Perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama. Jadi, niatkanlah perkahwinan untuk ibadah.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:-

“Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur dan aku juga mengahwini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.”.

Antara hikmah pensyariatan perkahwinan, suami isteri hendaklah berkomunikasi dan beramal dengan cara yang baik, serta memanggil dengan nama yang baik. Antara cara pergaulan yang baik antara suami isteri ialah saling cinta menyintai dan kasih mengasihi, saling nasihat menasihati, tidak membuka aib pasangan, amanah, cinta, kasih, saling percaya, berlemah lembut dalam pergaulan, ucapan yang baik, penghargaan dan penghormatan serta tolong-menolong pada mentaati Allah dan tanggungjawab bersama terhadap rumah tangga. Bertepatan dengan Firman Allah SWT:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”. Surah an-Nisa’ (19).

Tapi bagaimana kalau dapat suami “tak guna”? Dirinya mengingin diangkat sebagai raja tapi melayan isteri bukan seperti permaisuri sebaliknya hamba.

Baca perkongsian dari fb saudara Firdaus Syakirin tentang definisi Lelaki Tak Guna dalam perkahwinan ini.

IKLAN

Jangan Tersilap Pilih Suami, Nanti Makan Hati. Lelaki Kongsikan Definisi “Lelaki Tak Guna” Dalam PerkahwinanDefinisi “Lelaki yang tak guna” dalam perkahwinan itu adalah :-

Lelaki yang tak mampu membahagiakan, tapi tak juga mahu melepaskan…

Lelaki yang tak mahu menyayangi, tapi mampu pulak menyakiti…

Lelaki yang tak nak memahami, tapi nak difahami…

IKLAN

Lelaki yang tak boleh menghargai, tapi nak dihormati…

Lelaki yang mengambil anak perempuan seseorg bukan untuk dibela dan dijaga, tapi untuk membela dan menjaga dirinya sendiri…

Lelaki yang berumahtangga semata-mata untuk ada seseorang yang boleh menguruskan serba serbi tentang kehidupannya…

Lelaki yang menggunakan perempuan yg dikahwini itu untuk kepentingan dirinya…

IKLAN

Lelaki yang tak nak berubah walaupun perubahan itu adalah untuk kebaikannya…

Lelaki yang sentiasa merasakan dirinya betul walaupun ketika dia salah…

Lelaki yang marah bila ditegur dan pantang bila dinasihati…

Lelaki yang culas akan nafkah, tanggungjawab serta kewajipannya sedang dia tahu bahawa itu adalah tugas tetapnya…

Lelaki yang menundukkan isteri dengan agama namun dia tidak pula mengamalkannya dalam kehidupan hariannya…

Lelaki yang nak isteri taat pada perintahnya sedang dia tidak pula taat pada perintah Allah SWT…

Renung-renungkan…

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI