Jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk dapatkan visa umrah elektronik bagi memudahkan urusan menunaikan umrah di Tanah Suci.
Malahan dikatakan langkah ini diambil semata-mata untuk melancarkan urusan jemaah yang ingin ke Makkah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa lagi kerana semuanya kini berlaku di hujung jari.
Jemaah Malaysia kini antara yang diwajib menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa).
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad mengumumkan jemaah umrah dari lima negara – United Kingdom (UK), Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia – wajib menyediakan data biometrik masing-masing, antaranya cap jari.
Ads
Guna Imbasan Biometrik
“Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah”, kata kementerian itu.
Aplikasi baharu itu merupakan komitmen kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih, sekali gus menjadikannya antara yang pertama di dunia menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.
Kementerian turut menjelaskan bahawa inisiatif ini dibangunkan bagi memudahkan urusan jemaah yang ingin ke Makkah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa secara fizikal. – BERNAMA.
Ads
Kashoorga: Alhamdulillah, harapnya pelaksaan E-Visa dapat memudahkan urusan jemaah umrah.
‘Usaha sebaik boleh, Allah juga yang Menentukan.’ Isteri masuk embrio matang, Achey mohon doakan mereka kuat. Setiap pasangan yang berumahtangga diuji dengan pelbagai antaranya soal zuriat.
Tidak semua pasangan bertuah dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin. Begitu juga yang dilalui pelawak dan pelakon, Achey atau nama sebenarnya Nor Nasir Hamzah.
Melalui hantarannya di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang perkembangan terkini tentang rawatan IVF (proses rawatan persenyawaan in-vitro) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Allahuakhbar! Bismillah, tiada daya dah usaha hamba mu ini tanpa keizinan mu Ya Allah…
Doakan @anne_achey._ kuat dan hari ini bermula FASA PENTING…
Bismillah bermula dari Ogos dan kini proses penting telah tiba memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.
Telah masuk fasa yang sangat penting. Mudah-mudahan berjaya. Mohon doakan proses ini berjalan dengan baik.
Tak mudah proses ini. Positif kita jalani, insyallah positiflah kita dapat. Usaha sebaik yang boleh Allah juga yang menentukan.
Berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.
Dalam masa yang sama, rata-rata warganet dan juga rakan artis turut mendoakan Achey serta isterinya dipermudahkan urusan di samping mendoakan apa yang pasangan ini usahakan berhasil dan berakhir dengan berita gembira.
Ezzatyabdullah InsyaAllah semoga dipermudahkan dan berjaya sihat semuanya.
fizzfairuzofficial Semoga dipermudahkan.. Insyalah.. dia menunggu papa dan mama dia ok..
Salinasaibi Semoga dipermudahkan “Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin”
Ismaliza tanty Ya Allah Kau permudahkan urusan mereka berdua ,Kau berikan kekuatan dan kesihatan yg baik sepanjang perawatan mereka .Amin
‘Bila pergi umrah, sebaiknya fokus dan kusyuk pada ibadah.’ Bukan sibuk tayang telekung yang mahal, handbag berjenama. Kita kumpul duit ke sana adalah untuk menjadi tetamu Allah dan beribadat.
Jadi betulkan niat supaya tak terpesong dan tidak timbul riak di hati apabila kita menyarung pakaian atau telekung yang mahal ketika menunaikan ibadat umrah. Ikuti perkongsian Puan Dzurisikim Dzulkefli dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan.
Dua hari lepas adik saya minta untuk meminjam pakaian saya yang polos, tanpa sebarang manik atau hiasan mahupun renda untuk dipakai bagi menunaikan umrah.
Saya berikan bersama beg tangan polos juga. Yang tidak nampak sebarang jenama…. Benar-benar kosong. Hanya beg yang ringkas.
Saya beritahu adik saya, setiap kali ke Mekah, selalunya saya pakai beg biasa sahaja. Saya memang orang yang sederhana. Dan saya juga beritahu kepada adik saya, jika boleh… Jangan kita bawa beg tangan yang boleh buat orang menoleh kepada kita di dalam masjid nanti.
Asalkan beg itu cukup untuk kegunaan. Boleh bawa wang, Al Quran kecil atau keperluan lain. Sudah cukup.
Sewaktu saya hendak membawa anak-anak menunaikan umrah pada bulan 5 yang lalu, ada yang berbisik kepada saya. Mengapa saya tidak ambil penerbangan kelas perniagaan, agar nanti boleh saya bergambar dan masukkan ke media sosial. Sesuai dengan saya sebagai orang yang berniaga dan bagus untuk konten katanya.
Saya terus beristigfar dalam hati. Untuk menjaga hati orang yang berbisik kepada saya itu kerana dia berpangkat kakak, saya tidak menjawab. Hanya senyum sahaja.
Namun ini soal pergi buat ibadah. Duduk kelas mana pun kita pergi tempat sama. Waktu penerbangan sama. Makanan berbeza sedikit tapi tetap kenyang dan ada.
Alhamdulillah tempat duduk kelas ekonomi pun selesa. Kami bersyukur. Lebih mudah untuk ke bahagian belakang pesawat kerana ada ruang solat di situ.
Apabila membaca kisah ahli perniagaan yang memaparkan telekung dengan harga lebih RM6000 dan dengan kapsyen itu barulah tetamu VIP Allah…. Saya cuba fahami apa yang mahu disampaikan oleh ahli perniagaan itu.
Dia menjelaskan bahawa di TikTok harus tulis pendek dan padat jadi orang yang berniaga akan faham maksud beliau. Dia juga menjelaskan di Instagram bahawa yang dimaksudkan sebagai VIP adalah apabila dapat terbang dengan penerbangan ”business class”, supaya selesa beribadah, selesa baca Al Quran, tidak perlu risau tentang makan minum.
Dan dapat duduk di hotel paling dekat dengan masjid. Dapat khatam Quran. Mahu hadiahkan diri dengan telekung mewah dan mahal…. Mahu tawaf dan saie lancar bagaikan seorang VIP…
Saya cuba untuk menulis pandangan ikhlas saya tentang ini. Namun saya juga telah berkali-kali memadamkan semula tulisan saya.
Kerana, kita tidak dapat memandang hati manusia. Hanya mampu menilai dari luaran. Dan akal kita ini adalah sangat terbatas untuk menilai…. Subhanallah.
Dan kerana setiap kita tidaklah sempurna. Penuh dengan khilaf (kita sendiri) yang barangkali kita sendiri juga tidak sedari.
Memakai pakaian yang mahal tidak salah selagi dia mampu dan bagi menzahirkan rasa syukur terhadap Allah dan juga asalkan tidak timbul rasa riak dalam diri…
Hanya sebagai seorang wanita biasa, saya yakin bahawa bukanlah telekung mahal yang akan menjadikan kita seorang VIP bagi Allah. Bukan juga hotel yang paling dekat.
Bukan kerana perjalanan umrah pada bulan Disember yang menjadikan ia eksklusif dan VIP kerana pakejnya lebih mahal. Malah, bukan kerana mudah memasuki Raudah maka dia adalah tetamu VIP Allah melainkan barangkali dia yang berasa begitu kerana Allah telah permudahkan segalanya.
Janganlah sahabat wanita lain berasa sedih jika tidak mampu untuk bermewah ketika menunaikan Umrah kerana hal menjalankan ibadah ini bukanlah pertandingan dari sudut pakaian mahupun tempat penginapan mu ataupun kelas penerbangan mu.
Sepersalinan telekung yang bersih sudah cukup. Jika tercemar, bersihkanlah ia.
Orang yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah akan boleh sampai ke sana walau tanpa ada wang dalam tangan mahupun dalam bentuk simpanan apa pun.
Itulah orang yang benar-benar istimewa. Kerana diberikan kecukupan, jalannya dipermudahkan (padahal dia tidak mampu), tetapi kerana mahu… lalu Allah bantu.
Sesungguhnya harta adalah ujian buat kita. Kepayahan juga adalah ujian buat kita. Segalanya adalah pinjaman dan tidak akan kekal lama.
Berdoalah semoga kita semua dijauhkan dari sebarang rasa bermegah diri (walau setitik kecil) dalam hati atas apa sahaja yang Allah pinjamkan kepada kita.
Kashoorga : Semoga suatu hari nanti impian kita menjadi tetamu Allah menjadi kenyataan. Insyallah Amin.
‘Mutawwif ini nyaris terlepas flight, gara-gara passport nak mati lagi 3 bulan.’ Check betul-betul sebelum terbang atau tunai umrah kerana dek kesilapan kecil ini, anda pasti menanggung kerugian besar.
Menunaikan umrah menjadi impian semua orang dan bila berkesempatan ke sana, pasti peluang ini tidak dilepaskan. Oleh itu elakkanlah berlaku kesilapan kecil agar perjalanan umrah kita ke Tanah Suci berjalan lancar.
Selain mempersiapkan diri, anda juga disarankan untuk lebih peka dengan dokumen untuk ke sana terutamanya passport.
Mutawwif, Ahmad Isa berkongsi pengalaman yang tidak mungkin dia lupakan sampai bila-bila apabila dirinya hampir terlepas penerbangan ke Tanah Suci gara-gara passportnya hampir tamat tempoh.
Perkongsian santai ini menerusi Facebook Live bertujuan untuk memberi peringatan kepada bakal jemaah umrah yang bakal menunaikan umrah agar tak terlepas pandang berkaitan isu ini.
Perkara ini adalah pengalaman mutawif ini sendiri yang sudah tentu memberi pengalaman dan pengajaran yang berharga buat dirinya. Jauh di sudut hati, dia tidak ingin membuka aib sendiri namun dia rasakan kesilapan yang telah dia lakukan dapat diambil pengajaran oleh orang lain supaya perkara ini tak berulang.
Apatah lagi menunaikan umrah bukan sesuatu yang mudah, setelah sekian lama kita kumpul duit yang banyak dengan menggunakan tenaga dan kudrat, namun tiba-tiba perancangan untuk kita tunaikan umrah terhalang di saat-saat pasti itu adalah masalah besar.
“Itulah yang berlaku pada saya, saya hampir-hampir tidak sampai ke Mekah hari ini disebabkan kesilapan saya sendiri. Bila sampai di airport, saya dari awal sudah prepare document untuk ke sana.
“Apa yang berlaku ketika nak daftar untuk check in beg, masa itu lebih kurang dalam jam 11 pagi. Kami memang digalakkan untuk check in 4 hingga 5 jam lebih awal sebelum penerbangan bagi semua jemaah umrah.
“Tiba-tiba pegawai yang bertugas minta maaf dan katakan saya tak boleh terbang pada hari itu. Saya terus blank dan terus saya kata saya ni mutawwif, saya bawa jemaah 42 orang untuk ke sana. Jadi kalau saya tak pergi, apa yan g berlaku pada mereka. Ibarat anak ayam hilang maklah,”ungkapnya satu persatu.
Menurutnya, apa yang membuatkan dia terkejut adalah passport nya berbaki tiga bulan lagi untuk tamat tempoh. Sebenarya dari awal dia menyedari situasi ini, namun disebabkan permohonan visanya “lepas”, maka di fikirannya mesti passport pun boleh.
Rupa-rupanya sebaliknya, oleh itu jadi pengajaran buat semua jemaah yang akan menunaikan umrah pastikan passport kalian genap enam bulan dan ke atas sebelum tamat tempoh. Dibawah enam bulan consider kita tiada passport.
Bayangkan ketika itu flight ke Mekah adalah 3.50 petang, last check in adalah 2.30 petang. Walaupun ‘blur’, dirinya mesti lakukan sesuatu lakukan dalam tempoh masa yang singkat untuk hidupkan passport.
Setelah menerangkan keadaan sebenar pada keluarga, Ahmad Isa terus bergegas ke Jabatan Imigresen terdekat iaitu Putrajaya.
Tetapi dalam masa yang sama dia sempat berpesan kepada mutawwif lain untuk tengok-tengokkan jemaahnya kerana dia mungkin tak dapat terbang ke sana seperti yang dijadualkan.
Dalam melawan debaran, mutawwif ini tetap ke imigresen untuk renew passport. Bayangkan bila sampai di situ, nombor untuk pendaftaran passport habis. Allahuakbar! Dirinya cuba terangkan situasi sebenar yang dialami pada pegawai bertugas.
Dalam keadaan serba salah, atas dasar ehsan sebagai manusia, pegawai tersebut cuba membantu sedaya mungkin dengan memberi nombor giliran dan dia juga tak mampu beri jaminan passport mampu disiapkan segera kerana memang ramai orang.
Bila dapat nombor, dia terus ke kaunter khas. Pegawai yang bertugas minta maaf awal-awal kerana tidak dapat bantu kerana isu nombor ini sangat sensitif, kerana semua orang mengikut iliran. Tetapi dia tetap cuba merayu di kaunter lain dan mengakui kesilapan sendiri.
‘Setelah berkali-kali merayu dan menjelaskan situasi dan kesannya jika saya tak dapat terbang hari ini, membuatkan pegawai imegresen yang berada di kaunter serba salah dan akhirnya mereka cuba juga untuk membantu walaupun pada jangkaan mereka paling cepat akan siap pada jam 2 petang. Hati mula pasrah dan terfikir untuk tukar flight esok.
‘Tapi bila tengok harga tiket kapal terbang, maklumlah tiket last minit harganya dalam RM 4K ke atas. Tapi mengenangkan keadaan terdesak, saya akur dan redha kena habiskan duit untuk beli tiket baru akibat kesilapan sedniri tak check passport awal-awal.
‘Allah Maha Baik, tak lama kemudian, pegawai imigresen maklumkan passport sudah siap. Masyallah tak sangka sempat, dapat passport terus berlari ke airport dan akhirnya saya berjaya juga ke Tanah Suci. Ahamdulillah syukur pada Allah.’
‘Sampai di bumi Madinah, saya memang menangis bila terkenankan apa yang berlaku. Jadi sekali la gi saya nak remind dan share pada sahabat-sahabat yang nak pergi umrah check betul-betul tarik tamat tempoh passport lebih dari enam bulan.
‘Sudah tentu pihak travel aency tak akan refund duit. Tapi kalu nak per gi ju ga, terpaksa keluarkan kos untuk beli tiket baru yan g ternyata lebih mahal. Disebabkan dengan sedikit kesalahan, kita akan menanggung kerugian pula.’ Katanya sebelum mengakhiri live.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...