Pemandangan solat subuh di Masjid Temerloh Jaya atau Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shahini tak seperti masjid lain. Suasananya meriah, penuh dengan jemaah seakan solat Jumaat.
Jemaah yang hadir mencapai 800 orang hingga kadang kala melimpah keluar masjid. Suasana luar biasa masjid ini di waktu Subuh memang banyak dikongsi netizen di media sosial.
Malah ramai yang datang dari negari lain semata-mata ingin merasaikan kemeriahan solat subuh berjemaah di masjid ini.
Kemeriahan masjid ini bukan saja pada waktu Subuh tapi juga pada waktu lain. Ternyata gerakan dakwah yang dilakukan ahli jawatankuasa masjid ini memberi impak yang besar.
Ads
Menjelaskan strategi awal yang dilakukan untuk mengajak masyarakat mengimarahkan masjid kata Ustaz Dr Abdullah Ismail Pengerusi Masjid Temerloh Jaya ia bermula dengan usaha melakukan majlis jamuan perdana rakyat yang dibuat setiap bulan di masjid.
“Setiap bulan, kami anjurkan jamuan perdana untuk jamuan masyarakat. Kami gunakan RM4-RM5k untuk buat makan-makan selepas solat Isyak. Jamu dengan kambing dan sebagainya.
“Ajak seluruh masyarakat makan sama-sama tak kira siapa, mereka solat atau tidak. Rupa-rupaya orang kita suka makan, ada yang datang untuk makan saja tapi kita pesan pada AJK jangan pandang rendah pada mereka ini.
Ads
“Bulan pertama mereka datang untuk makan tak sembahyang. Bulan kedua mereka sembahyang Isyak dan makan. Dan bulan ketiga merekalah yang memenuhkan solat subuh berjemah pada hari ini.
“Kami duduk sama-sama hari ini di masjid untuk dengan penuh kasih sayang, cinta ilmu dan faham dan belajar tentang agama.
Ads
“Masjid kami biasa saja tapi sampai hari ini ada ramai pelawat dari luar yang datang untuk solat subuh. Setakat ini dah hampir 18 ribu pengunjung dari serata negeri datang untuk merasai suasana di masjid ni.
“Ramai yang datang dari luar Pahang setiap subuh pagi Sabtu dan Ahad untuk merasai kenikmatan subuh berjemaah. Maknanya dalam negara kita ini ramai orang baik, yang rindu nak merasa solat subuh berjemaah yang meriah. Mereka sanggup datang dari jauh untuk merasai suasana ini,”ujar beliau dalam satu majlis.
Surat terbuka buat Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan keluarga, hadam baik-baik nasihat Dr Zulkifli ini. Ternyata apa yang berlaku kepada pasangan selebriti ini turut mendapat perhatian ramai dan tidak terkecuali Dr Zulkifli.
Mengambil kesempatan ini, Mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi surat terbuka berupa nasihat kepada Syamsul Yusuf dan ahli keluarganya.
Ternyata apa yang disampaikan Dr Zulkifli bukan hanya khusus buat Syamsul dan Puteri Sarah, tetapi mungkin boleh digunapakai oleh pasangan suami, isteri di luar sana. Ini isi kandungan surat terbuka Dr Zulkifli:
Semasa saya di dalam penerbangan Garuda Air menuju ke Jakarta pada tengahari ini pada 9 Januari 2023, saya sempat meneliti isu-isu semasa di media sosial.
Masih hangat dibincangkan tentang saudara Syamsul Yusof, keluarga dan juga bapanya, Datuk Yusof Haslam. Isu yang agak lama berlarutan, sehingga dinoktahkan dengan pengakuan Syamsul baru-baru ini.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam isu ini. Sejujurnya saya tergerak untuk mengemukakan sedikit nasihat.
Bukanlah ingin membuktikan saya lebih mengetahui, tetapi sekadar ingatan bersama berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada. Saya lafazkan ‘أستغفرُ اللهَ وأتوبُ إليهِ’. Mudah-mudahan kita beroleh sedikit panduan dan pedoman.
Saya mulakan nasihat ini seperti berikut:
Ini selaras dengan firman Allah SWT:
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran.”
(Surah al-Asr: 3)
Imam al-Tabari berkata: Maksud saling berpesan dengan kebenaran itu adalah mereka saling menasihati untuk mengerjakan amalan, sebagaimana diturunkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya, iaitu yang diperintahkan-Nya dan menjauhi apa yang dilarang-Nya. (Lihat Tafsir al-Tabari, 24/590)
Kita mahukan apa yang terzahir adalah satu gambaran umat atau kelompok Muslimin yang bersatu padu, satu umat yang terpilih, yang sedar dan yang tegak di bumi di atas lunas-lunas kebenaran, keadilan dan kebaikan.
Begitulah yang ditafsirkan oleh Sayyid Qutb Islam pada ayat di atas. Allah SWT mahukan mereka menjadi satu umat yang terpilih, kuat, sedar, siap siaga mengawasi kebenaran dan kebaikan dan sentiasa saling berpesan sesama mereka supaya menjunjung kebenaran dan bersabar dalam perjuangan dan hidup saling mesra.
Di samping itu, bekerjasama dengan semangat ukhuwah Islamiyah sebagaimana apa yang disarankan oleh kata-kata berpesan di dalam al-Quran. (Lihat Tafsir Fi Zilal al-Quran, 17/521). Begitulah besarnya peranan nasihat.
Tindakan saudara meletakkan noktah bagi kemelut “cakap-cakap belakang” dengan mengisytiharkan perkahwinan tersebut adalah perlakuan yang berani.
Saya katakan syabas kerana itulah kalimah yang terbaik kerana ia berakhir dengan tindakan yang selari dengan syarak. Semoga dengan ini, akan selesailah kemelut yang menjadi teka-teki yang hakikatnya menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.
Sikap yang ditunjukkannya jelas amat matang. Nada suaranya memberi erti seribu satu macam makna yang hanya dirasai oleh seorang bapa yang sedaya upaya berlaku adil dengan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai pencorak kepada selembar kain putih.
Maksudnya: “Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu sedangkan itu adalah keburukan bagi kamu. Allah itu lebih mengetahui dan kamu tidak mengetahui.”
Surah al-Baqarah (216)
Ibn Kathir berkata:
Hal ini berlaku untuk semua perkara. Boleh jadi manusia menyukai sesuatu, padahal tidak ada kebaikan dan maslahat sama sekali di dalamnya. Allah yang mengetahui akhir sesuatu dari perkara kita.
Allah yang mengkhabarkan dengan apa yang ada maslahat untuk dunia dan akhirat kita. Maka lakukan dan patuhlah pada perintah-Nya, nescaya kita akan beroleh petunjuk.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/573)
Ini bersyaratkan dengan redha dan patuh kepada perintah Tuhan dan Rasul, buat mengikut kehendak-Nya dan menghindarkan hanya beriman dengan emosi dan perasaan. Kenyataan ini ditegaskan oleh tokoh tasawuf, Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari:
Maksudnya: “Segala cita-cita terdahulu itu tidak boleh mencarikkan segala kota takdir.”
Ia membawa maksud bahawa sesuatu yang ditentukan Allah SWT sejak azali tidak boleh diubah dengan apa-apa jua pun termasuk kekuatan azam hati. (Lihat Ahasin al-Kalim Syarh al-Hikam, 1/22)
Antara tindakan kita, lihatlah ke hadapan dengan penuh optimis dan keyakinan yang tinggi. Jarakkan diri dari bersifat pesimis. Justeru, kitalah yang akan mewarnai kehidupan kita untuk menuju kebahagiaan.
Kita akan menuju untuk menemui Tuhan. Ambillah kebaikan dalam hidup dan jadikan keburukan sebagai sempadan untuk membina semula kehidupan yang baharu. Tidak ada yang sempurna kerana kehidupan itu sendiri adalah medan ujian.
Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.”
(Surah al-Mulk: 2)
Untuk menghasilkan ‘أَحْسَنُ عَمَلًا’ (yang lebih baik amalnya), maka sudah tentu dengan mengutip pengajaran dan pengalaman terdahulu bagi memaknai kehidupan kita di dunia. Kehidupan yang berorientasikan akhirat.
Bak kata Hamka, “Hidup ini hanya sekali, justeru biarlah bererti.” Justeru, binalah tekad untuk membina kehidupan baru yang lebih baik.
Inilah realiti, di mana semua pihak perlu akur. Nasihat saya, dalam kehidupan rumah tangga, tiga perkara utama perlu dititikberatkan:
Keadilan sama ada dari nafkah zahir dan batin, termasuk juga perasaan kasih sayang.
Kebelakangan ini ada pro dan kontro tentang peranan Lembaga Zakat. Ada yang mendakwa orang di pusat zakat perlahan buat kerja hingga ada yang lebih awal memberi bantuan kepada golongan susah saat pandemik melanda dunia dan negara kita.
Lebih teruk, sikap salah faham sentiasa wujud dalam minda masyarakat dan kemudian menviralkan hal ini di media sosial tanpa usul periksa sehingga menimbulkan salah faham masyarakat mengenainya.
Di saat mungkin ramai yang melatah, istigfarlah sebanyak mungkin untuk kembali menyucikan hati kita yang mungkin sudah ada titik-titik hitam. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW yang bermaksud:-
“Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya seorang mukmin apabila melakukan suatu dosa, maka lekatlah satu titik hitam di hatinya. Jika ia bertaubat dan meminta ampun, maka hatinya kembali menjadi bersih, jika (tidak bertaubat dan beristighfar,bahkan) ia menambah dosa, maka bertambahlah titik hitam itu, sehingga menutup hatinya. Demikianlah titik hitam yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai ruang (kegelapan) dalam firman-Nya yang bermaksud: “ Sesekali tidaklah begitu, bahkan apa yang mereka perbuat itu telah menggelapkan hati mereka.” (HR. Ahmad dan Tirmizi)
Di sebalik isu yang viral tentang peranan zakat, di media sosial tular tentang kisah bantuan zakat diberi kepada individu rumah besar.
Pasti kita bersoal-soal, kalau rumah besar, tentu orangnya kaya raya. Ada banyak duit, jadi kenapa zakat nak kena bagi bantuan. Benarkah cara pengagihan zakat ini dilakukan.
Sebelum kita melatah dan menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat, seorang amil zakat yang juga usahawan, Faizal Rahim@acaiijawe menjelaskan kenapa rumah besar pun boleh diberi bantuan makanan.
Baca tweet dikongsinya:-
Ada ramai juga pertikaikan kenapa zakat bantu orang yang ada rumah besar. Bukankah mereka orang kaya?
Tak semestinya. Meh aku jelaskan secara ringkas.
1. Zakat ni ada maklumat yang ramai orang lain tak tahu. Ia diperolehi daripada siasatan oleh pegawai zakat. pic.twitter.com/lF2yiEWh21
2. Contoh, nampak rumah besar, tapi suami mati mengejut (kemalangan, jantung, kanser). Tiada sumber pendapatan lain sebab isteri suri rumah + anak ramai.
3. Bila mati, dengan MRTT, rumah tu dapat kat waris. Maksudnya rumah dah jadi milik mereka tapi tiada duit nak makan/hidup.
Mungkin ramai yang keliru dan sebab seseorang boleh bertukar menjadi asnaf, lapan golongan yang layak mendapat zakat Faisal Rahim menerangkan hal ini kala ditanya ekoran tweetnya itu.
Assalamualaikum tuan, jika tidak keberatan, saya ingin bertanya. Apa ya possibility asnaf ni boleh bertukar status? Maksudnya dulu asnaf, sekarang tidak lagi. Tetapi kehidupan mereka seperti biasa saja sama sahaja sepertj sebelum ini, tidak berubah sepenuhnya pun.
Oh faham Tuan. Sangat jelas terima kasih atas penerangannya. Kiranya kalaulah pendapatan isi rumah bulan seterusnya meningkat, boleh jadi title Asnaf tu berubahlah ya? Walaupun gaji/pendapatan tersebut diperolehi melalui OT?
Tak kurang ramai juga yang tweet memuji penjelasan ini agar tiada salah faham masyarakat mengenainya.
Penjelasan yg baik. Mungkin utk elakkan fitnah, xperlu pihak zakat share gbr asnaf kategori begini sbb yg melihat boleh serkap jarang tanpa usul periksa, namun pihak lembaga lebih maklum. Teruskan berkhidmat.
jadi kalau nampak zakat berhenti depan rumah batu begini, jangan cepat melatah dan menviralkankannya di media sosial agar tidak timbul fitnah di kalangan masyarakat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai pengundi.’ Dr Zulkifli ingatkan berdoa dan mohon petunjuk pilih pemimpin yang ‘terbaik’ kerana kita berhak memilih siapa untuk menjadi pemerintah kita kelak.
Bahang PRU ( Pilihanraya Umum) makin terasa apatah lagi di jalanraya banyak poster dan bendera parti masing-masing berdiri megah menanti saatnya siapa yang bakal menerajui negara. Ada di kalangan kita yang sedari merancang perjalanan untuk pulang mengundi di kampung halaman.
Paling penting siapa pun pilihan kita, jangan lupa tunaikan tanggunjawab kita sebagai pengundi seperti yang disarankan oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ini. Ikuti perkongsiannya,
Tanggungjawab kita sebagai pengundi
Sudah diketahui umum bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan berlangsung pengundiannya pada 19 November ini.
Sekarang, semua parti politik dan calon menambahkan lagi kerancakan kempen Pilihan Raya dengan pelbagai seni dan cara termasuk rapat umum atau menggunakan media sosial moden untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pengundi.
Saya lafazkan alhamdulillah kerana setakat ini, masih lagi terkawal tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku. Dan lebih menarik dari itu, terlalu banyak berita yang dipaparkan pertemuan calon-calon semasa berkempen di pasar, masjid, surau, atau tempat umum.
Rasa penghormatan antara satu sama lain dan bertegur sapa merupakan sejuzuk daripada tanda kematangan demokrasi berparlimen semasa berkempen diwujudkan dan diamalkan. Syabas semuanya.
Hijab & Solat, Antara Tuntutan Agama Dan Kehendak Diri
Menginsafi apa yang akan berlaku, makanya sebagai pengundi, saya mengesyorkan kepada diri saya, keluarga saya, bahkan masyarakat supaya kita mengambil kecaknaan dan prihatin berkenaan isu ini.
Dalam masa yang sama, hendaklah kita melaksanakan tugasan kita untuk mengundi pada hari yang telah ditetapkan. Ini merupakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang mesti kita tunaikan.
Keduanya, perlu kepada kita sentiasa mengambil maklum ilmu dan juga kefahaman terhadap manifesto yang dibentangkan kepada kita kerana sesebuah parti atau calon akan melaksanakan dengan sebaik mungkin berdasarkan tekad dan iltizam jika diberi kemenangan untuk melaksanakan manifestonya.
Ketiga, kita diajar untuk berdoa, beristikharah (mohon petunjuk dari Allah melalui solat dan doa sebagaimana riwayat yang sahih) dan beristisyarah (mohon nasihat dan pandangan dari yang mengetahui).
Keempat, antara doa yang sepatutnya kita lazimi pada saat ini ada tiga doa, iaitu:
اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا
Maksudnya: “Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.” (Lihat Ibtihalat wa Da’awat oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 68)
اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Lihat Nafahat al-Minbar al-Makki, 1/137)
اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.” (Lihat al Mustadrak ‘ala Majmu’ Fatawa, 3/108)
Fudhail bin ‘Iyadh Rahimahullah pernah berkata:
لَوْ أَنَّ لِي دَعْوَةً مُسْتَجَابَةً مَا صَيَّرْتُهَا اِلَّا فِي الاِمَامِ
Maksudnya: “Seandainya aku memiliki doa yang mustajab, aku akan tujukan doa tersebut pada pemimpinku.”
Kemudian ditanya kepada Fudhail, “Kenapa begitu?” Lantas jawabnya: “Jika aku tujukan doa tersebut pada diriku sahaja, maka itu hanya bermanfaat untukku. Namun jika aku tujukan untuk pemimpinku, maka rakyat dan negara akan mendapat manfaat dan kebaikan secara umum.” (Lihat Hilyah al-Auliya’, 8/77)
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Pilih Pemimpin ‘Terbaik’
Semoga peringatan ini akan membawa kepada kebaikan kepada pemimpin yang dipilih nanti. Kita mengharapkan negara kita akan menjadi negara yang aman sentosa, makmur dan rakyatnya sentiasa dilimpahi keberkatan dari Ilahi. Amin.
Kashoorga : Pilihlah pemimpin yang anda percaya dan yakin.