Bercakap soal jodoh sememangnya ia berbeza untuk setiap orang. Ada orang bertemu jodoh ketika sama-sama belajar. Ada juga yang bertemu jodoh ketika bekerja di tempat kerja dan tidak kurang juga jodoh yang diatur oleh kedua orang tua.

Pada zaman kini, orang muda lebih bersikap terbuka dan tidak lokek untuk berkongsi akan cita rasa dan pilihan mereka. Namun ramai yang tidak sedar memilih calon suami atau isteri yang terbaik perlulah sentiasa berlandaskan agama.

Bagi anda seorang wanita, pilihlah lelaki bukan hanya berdasarkan rupa dan harta. Berikut KASHOORGA senaraikan beberapa karakter penting perlu dipertimbangkan pada seorang lelaki.

IKLAN

TAAT PADA PERINTAH AGAMA

Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah.

Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.

IKLAN

MENJADI IMAM KETIKA SOLAT

Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.

IKLAN

KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA

Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.

Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.