Tempoh perkenalan walaupun bertahun-tahun tidak menjaminkan apa-apa. Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya.
Bersedialah untuk menerima dan reda bahawa tidak semestinya apa yang diinginkan akan diperolehi.
Bersedialah menerima perasaan kecewa dan sedih. Memang akan rasa sakit, tetapi kesakitan itulah yang akan membuatkan diri kita menjadi lebih kuat pada masa akan datang.
Usah dipertikai kenapa diri kita yang ditimpa ujian ini. Usah ditanya kenapa diri kita yang mesti melaluinya. Ini kerana setiap ujian yang kita lalui itu ada hikmahnya.
Ikuti perkongsian lelaki ini.
Ads
Ads
Itulah realiti kehidupan. Tidak sama seperti dalam novel cinta yang dibaca. Tidak sama seperti drama TV yang dilihat. Segalanya penuh dengan tanda tanya dan misteri.
Sumber Kredit: Twitter @Bangyeem
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Ads
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
“Bakal datang kepada manusia suatu masa, di mana orang tiada peduli akan apa yang diambilnya apakah dari yang halal ataukah dari yang haram. (HR Bukhari Muslim dari Abu Hurairah RA).
Mencapai akhir zaman sebelum datangnya kiamat manusia akan menghalalkan apa saja perbuatan termasuk cara memperoleh kuasa dan kekayaan seperti yang pernah diisyaratkan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah para ulama terdahulu sudah menyatakan hal ini akan terjadi.
Di saat sebahagian rakus mengejar harta dan kekayaan sebahagian lagi bingung dengan keadaan yang terjadi. Kita yang hidup di zaman ini akan menjad penuh tanda tanya di saat sebahagian lagi berlelah-lelah mencari nafkah untuk menampung keluarga agar tak kelaparan.
Berdasarkan riwayat hadis Bukahari di atas, ia membuatkan sebahagian masyarakat menjadi keliru kerana kita berbeza-beza persepsi. Ketika tangan kita cuba melindungi harta yang ada, boleh jadi ada tangan lain yang akan merebut kekayaan kita itu. Dan kerana tamak, kita cuba merampasnya kembali tanpa sedar ianya halal atau haram cara ia diperoleh.
Sebuah kisah diceritakan dalam buku Kasyful Mahjub karya Ali ibn Utsman Al-Hujwiri tentang Abu Halim Habib bin Salim Al-Ra’i, seorang sufi sahabat Salman Al-Farisi. Ia boleh menjinakkan segerombolan serigala yang sedang menitiskan air liur ketika melihat biri-birinya yang sedang ia gembala di tepi Sungai Eufrat.
Antara kebolehannya ia mampu mengeluarkan air susu dan madu dari sebongkah batu untuk tetamunya. Saat ditanya kepandaiannya, kata sufi ini, ia dapat melakukan atas kehendak Allah dan kerana taat dirinya kepada Rasulullah.
Ketika seorang syeikh memintanya mengajar hal ini agar dia dapat melakukannya, Al-Ra’i berkata: ”Jangan jadikan hatimu dipenuhi keinginan hawa nafsu dan mengisi perutmu dengan barang-barang haram. Kerana azabnya di akhirat kelak tidak tertanggung oleh mu.
Melihat kepada apa yang berlaku hari ini, manusia akhir zaman sudah tidak mempedulikan semua itu terutama minum arak, mengamalkan riba pinjaman bank, mengamalkan rasuah, menggadai maruah serta mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Sumber: Harian Republika
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Move on tak bererti melupakan.’ Shuib perlukan ‘mak’ buat 4 anaknya, benda halal lebih baik doakan. Lagipun bukan semalam arwah Siti Sarah pergi meninggalkan Shuib dan anak-anaknya.
Hidup ditinggalkan isteri di saat amat diperlukan bukanlah mudah untuk ditelan. Bayangkan selama ini bersama, tiba-tiba teman yang setia disisi pergi buat selamanya. Namun hidup perlu diteruskan biar apa pun terjadi.
Baru-baru ini tular berita dan netizen mula menghidu hubungan cinta Shuib bersama seorang wanita. Menurut Shuib, dia menerima wanita tersebut setelah ibu dan anaknya terlebih dahulu menerima wanita tersebut.
Sudah tentu bukan sesuatu yang mudah, namun siapa kita untuk menghalang, lagipun tiada hukum yang mengatakan berkahwin lain selepas kematian isteri adalah dosa. Ikuti perkongsian video, Iddin Ramli dan hadam baik-baik penjelasannya.
Netizen dakwa Shuib cepat “move on”. Awal betul ye dapat pengganti. Move on ini bukan bererti melupakan.
Move on ini adalah bila mana kita sudah mula menerima dan kita faham, bahawa setiap ketetapan yang berjalan itu adalah yang terbaik kepada kita yang disusun dan diaturkan oleh Allah.
Kita nak suruh orang sedih sampai bila? Ujian yang datang hari ini tidak akan menhentikan hari esok untuk tiba. Esok tetap ada untuk kita jalani dan teruskan kehidupan macam biasa. Sampai bila nak sedih? Nak jatuh sampai bila kan?
Kalau orang sudah jumpa jodoh, kita raikan sajalah. Doa yang baik-baik. Lagipun benda itu baik kot. Halal. Jangan kita haramkan benda yang memang halal.
Orang pun ada anak 4 orang. Bukan senang nak besarkan betul tak? Kena besarkan, paling-paling kena ada seorang mak, wanita untuk membesarkan anak yang masih kecil tu. Sebaiknya doakan yang terbaik.
Malahan perkongsian video turut disokong warganet dan mereka bersetuju sudah tiba masanya Shuib mencari pengganti. Antaranya,
Nurul Atqhh
Bukan move on, tak pernah lupa tentang dia. Sentiasa ada dalam hati, cuma kita kena redha dengan ketentuan yang telah diaturkan oleh Allah.
Cuma kadang kala kita rasa tak boleh terima keadaan yang terjadi pada kita. Pandangan setiap orang berbeza pendapatnya, kalau baik untuk kita, kita ambil. Kalau buruk kita jadikan tauladan dan munasabahkan diri.
Siti NurZahidah 11
Yes. Move on tak bererti melupakan. Yang hidup, teruskan dengan kehidupan. Yang pergi, tetap telah tiada. Tak perlu dengar cakap-cakap orang. Kalau nak halal kan, baguslah. Payah kalau hidup asyik nak ikut kata-kata orang. Boleh depression tahu.
Haidar Al Islam
Betullah tu, lagi pun kita yang hidup ini harus teruskan kehidupan. Lagi pun lelaki bukan ada idah, tak salah pun kalau dia hendak kahwin.
‘Tiada amalan khusus pada malam nisfu sya’ban melainkan ibadat umum.’ Tapi kita dituntut untuk banyak berdoa kerana malam nisfu sya’ban adalah antara malam mustajabnya berdoa.
Tentu saja sebagai hamba-Nya, rebutlah peluang yang ada setiap kali hadirnya malam-malam yang mustajab doa seperti malam nifsu sya’ban.
Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ
Maksudnya:
“Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]
Kita dituntut pada malam ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT.
Untuk itu, tidak dinafikan bahawa pada malam tersebut mempunyai kelebihan dan padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi yang memohon ampun dan yang berdoa kepada-Nya.
Disebabkan itu, Imam al-Syafie mengatakan sesungguhnya berdoa padanya iaitu pada malam nisfu Sya’ban adalah mustajab.
Di dalam hadith ini juga menunjukkan keampunan Allah SWT amat luas. Antaranya firman Allah SWT yang menceritakan akan Allah SWT itu bersifat dengan pengampun. Firman Allah SWT:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”. [Nuh:10]
Pendapat ulama’ berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban
Telah berkata Imam al-Syafie RA:
“Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264]
Ibnu Rajab RA mengatakan:
“Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247]
Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban.
Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum.
Oleh itu, sekali lagi kami nyatakan bahawa tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam nisfu Sya’ban.
Kesimpulannya, kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit berdasarkan hadith yang kami nyatakan di awal perbahasan iaitu Allah SWT akan turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban dan mengampunkan hamba-hamba-Nya.
Dalam masa yang sama, tidak ada amalan yang khusus pada malam nisfu Sya’ban melainkan amalan-amalan yang bersifat umum.
Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai asal di dalam agama. Amin.