“Bila nak kawin ni? Kerja dah bagus, pendek kata semua dah lengkap.” Tak dapat dinafikan soalan begini seakan satu soalan ‘puaka’ buat mereka yang masih bujang. Yang si tukang tanya pun lontar soalam macam tak ada perasaan.
Ya! memang semua orang ingin hidup berpasangan namun andai belum sampai jodoh, apa lagi yang mampu dilakukan selain terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang sesuai.
Namun buat mereka yang masih berseorangan dan masih belum ketemu dengan jodoh anda, usahlah bermuram durja. Hidup single bukan bermakna kehidupan anda akan suram.
Ikuti perkongsian lelaki ini, Syafiq Ridhwan tentang perihal jodoh.
Jangan risau kalau masih ‘single’.
Jangan risau.
Awak bebas untuk buat apa sahaja. Tidur di hari ahad macam ini, dan ketika awak bangun, awak masih tidak perlu memikirkan untuk terus mencuci muka, atau merapikan rambut seperti orang lain. Awak boleh pakai apa pun pakaian yang awak mahu, bebas tanpa perlu dikritik oleh orang lain.
Ads
Awak boleh berikan reward kepada diri awak, atas apa jua pencapaian kecil yang telah awak tetapkan. Awak boleh lepak di kedai kopi sambil menghabiskan berapa lama untuk membaca novel. Atau mungkin menonton drama di laptop. Ia lebih kepada kebebasan yang telah awak rancang sendiri.
Single ini membolehkan awak menyimpan duit. Menyimpan seberapa banyak duit awak mahu dan berjalan mengelilingi dunia, membeli cenderamata kenang-kenangan untuk diri sendiri dan menyimpannnya sebagai memori di masa hadapan kelak.
Awak boleh bila-bila masa ketawa, menangis bila menonton drama sedih, atau menjerit sekuat hati ketika menonton filem seram. Setidaknya awak menjalani setiap satu saat dalam hidup awak dengan gembira, menghargai setiap satu nafas yang ditarik dan dihembus.
Tiada siapa cakap menjadi single, atau masih belum bertemu jodoh itu adalah satu perkara yang teruk. Atau awak menjadi orang yang paling malang. Tidak sama sekali.
Ads
Sebenarnya, awak tengah memupuk diri sendiri untuk menjadi yakin. Yakin bahawa awak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri. Dan sebenarnya, awak sedang bercakap dengan diri awak sendiri.
“Satu hari kelak, aku pasti akan berdua, tapi biarlah untuk masa sekarang, aku menjalani setiap satu pengalaman dan peluang hidup ini dengan penuh makna”
Jangan risau.
Ads
Jodoh hatta pertemuan itu semua, tuhan dah tentukan. Seberapa lama pun, seberapa lambat pun, pasti suatu hari kelak, tuhan akan ketemukan juga.
Untuk ketika ini, kekal tenang, tersenyum, dan berdoalah.
Tuhan Maha Mendengar.
P/S : Sampai-sampaikan pada kawan-kawan yang masih single dan masih kecewa dengan jodoh yang tak kunjung tiba. Moga Allah permudahkan urusan kita.
Syafiq Ridhwan Dalam satu ada dua. Dalam dua. Ada kita.
Sumber Kredit: FB: Syafiq Ridhwan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Rasa bahagia dapat merasa pemusafiran bersama family, dengan Irfhan dan Naylie. Paling touching dapat bawa dorang ziarah Nabi hari-hari waktu di Masjid Nabawi…
Di Makkah pula dapat duduk dekat dataran dengan anak-anak dalam Masjidil Haram tengok Kaabah. Lepas itu tak sangka سبحان الله dapat merasa pengalaman hujan batu(ais) di tanah suci Makkah.
Pada semua yang kirim doa… Semoga Allah menerima taubat kita dan moga Allah terima hajat-hajat dan permintaan kita…
Bila sudah balik, memang rasa rindu sangat. Semoga kepulangan kami berserta dengan redha dan keampunan Allah SWT.
Yang selalu dalam hati dan ingatan di setiap langkah saya dan sentiasa menyokong dan memberi kekuatan, doa ku moga Allah membalas dengan banyak-banyak kebaikan, bahagia dunia dan akhirat, dan moga Allah satukan kita kembali di syurga.
Umrah dengan anak-anak ini memanglah berbeza banding pergi bersendirian.
Betul! ada cabaran-cabarannya, tapi secara peribadi saya sangat bersyukur dapat bawa Irfhan dan Naylie. Saya senang hati, rasa aman dapat bimbing dan dedahkan mereka untuk lebih dekat pada Allah SWT dan mencintai Rasulullah sejak dari usia kecil.
Alhamdulillah, pengalaman serta detik-detik kenangan bahagia.
So, sesiapa yang bercadang hendak menunaikan ibadah umrah dengan anak-anak…
Tak perlu risau berlebihan, jangan takut. Malah, jangan fikir negatif tapi sentiasa bersangka baik pada Allah, Bismillāhi tawakkaltu ‘ala Allāh..
Percayalah anak-anak belajar banyak perkara dari trip umrah, sama macam bila dorang dapat pengalaman bercuti ke mana-mana kan. Inikan pula pengalaman ke tempat Nabi kita, tanah suci…
Rata-rata warganet turut berkon gsi pen galaman berharga ketika menunaikan umrah bersama anak-anak kecil, sudah tentu pengalaman yang sukar dicari ganti.
Haryatikarib Alhamdulillah sangat betul puan, saya dan suami pun baru-baru ini bawa anak-anak umrah bersama untuk first time. Anak-anak umur 6 dan 9 tahun. Alhamdulillah Allah mudahkan, kami semua seronok dan gembira setiap kali ke masjid, naik bas untuk ziarah dan lain-lain. Serahkan semua kepada Allah kerana Dia Maha Mengatur yang baik-baik.
Noorbaiti1577 Terima kasih bg semangat, saya pun risau juga.. Saya akan berangkat hujung minggu depan membawa anak-anak saya bersama. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.
Fatinhaizurad So true Irma. Saya bawa anak usia 10, 8 dan 6 tahun pada tahun 2017. Di Malaysia memang fikir macam-macam. Tapi tetap berdoa pada-Nya. Minta dipermudahkan. Alhamdulillah Masyallah Tabarakallah ️ Allah sangat baik, sepanjang ibadah Allah permudahkan.
Kashoorga: Sesungguhnya Allah Maha Baik, jika niat kita baik, insyallah Dia akan permudahkan.
Isteri suka maki suami, jangan sampai tak cium bau syurga. Sikap memaki hamun adalah perbuatan negatif yang tidak disukai Allah, apa lagi bila seorang isteri memaki hamun suaminya.
Sebaiknya dalam hubungan rumah tangga seharusnya saling menghormati dan terima baik serta buruk pasangan kerana kita juga tak sempurna.
Sebelum ini tular, anak pelakon senior, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memaki hamun suaminya gara-gara meremukkan keretanya. Kak KM marah kerana suaminya tidak meminta maaf sejurus kejadian itu berlaku.
Tindakan Kak KM mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet. Namun ramai yang tidak menyokong tindakannya yang dikatakan melampaui batas.
Sesungguhnya, isteri merupakan amanah dan cerminan bagi suami. Dalam Islam, setiap isteri wajib taat pada suaminya dengan baik dan setiap suami juga wajib melayani isteri dengan sebaiknya.
Islam mengajar supaya pasangan suami isteri hendaklah sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya supaya dapat melahirkan rasa cinta dan kasih dalam perkahwinan.
Umumnya, setiap orang yang berkeluarga pasti mengharapkan kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangganya.
Tidak dinafikan cabaran hidup berumah tangga sangatlah kuat dan hebat. Setiap perkahwinan yang dibina pasti ada ujian yang mendatang.
Mungkin awal perkahwinan kaya, kini jadi miskin, mungkin dahulu isterinya cantik atau suaminya baik, tetapi sekarang semua sudah bertukar disebabkan faktor usia, kewangan dan lain-lain.
Dalam konteks ini, kita perlu melihat apa tujuan sebenar perkahwinan serta tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh suami dan isteri.
Suami ada peranannya sendiri sebagai ketua keluarga, manakala isteri juga ada peranannya buat suami dan anak-anak. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dan akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin.” [HR. Bukhari 5200]
Justeru itu, isteri hendaklah melakukan sesuatu yang yang baik serta menyenangkan hati suami. Apa sahaja perkara yang baik, semua akan dikira pahala. Jika menyakiti suami, dosa yang akan kita dapat.
Namun, sekiranya isteri melakukan perkara yang sebaliknya terhadap suami, bermakna isteri telah melakukan perbuatan nusyuz.
Perbuatan nusyuz seorang isteri adalah haram dan termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar, dan akan dikenakan hukuman bagi sesiapa yang melakukannya.
Firman Allah dalam surah an-nisa’ ayat 128 yang bermaksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya).”
Mentaati suami dalam semua urusan keluarga adalah kewajipan yang paling asas bagi seorang isteri kecuali pada perkara yang dilarang agama seperti melakukan zina dengan lelaki lain (pelacuran), meminum arak, mencuri dan sebagainya. Allah berfirman dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Isteri yang menyakiti dan mengabaikan suaminya boleh menyebabkan kesan yang buruk di dunia dan di akhirat kerana kunci untuk masuk ke syurga bagi seorang isteri terletak pada keredaan suaminya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Jikalau memerintahkan seseorang untuk bersujud, pasti aku akan memerintahkan seseorang perempuan untuk sujud kepada suaminya”. [HR. Tirmizi 1159]
Hadis tersebut jelas menyatakan kedudukan suami dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh isteri kepada suaminya. Hadis itu memberi gambaran bahawa seorang isteri wajib taat, patuh dan hormat kepada seorang suami kecuali pada perkara yang mungkar seperti yang dijelaskan di atas.
Antara perkara yang menyakiti suami ialah:
1. Menghina dan mengumpat hal suami pada orang lain
2. Keluar rumah tanpa keizinan suami kecuali pada perkara yang hak pada isteri
3. Tidak melayan suami dan bergaul dengannya
4. Melakukan perbuatan curang terhadap suami
5. Mendoakan perkara yang buruk kepada suami
Dalam konteks ini, perkara tersebut dikaitkan dengan sabda Rasulullah tentang kaum wanita yang menjadi penghuni neraka akibat menyakiti suami. Sabdanya yang bermaksud:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Baginda menjawab: “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” [HR. Bukhari 5197]
Oleh itu, beringatlah para isteri. Sentiasa muhasabah diri dan perhatikan adakah segala perbuatan kita itu menggembirakan suami atau sebaliknya.
Insafilah setiap kesilapan yang telah dilakukan terhadap suami dan mohon maaf pada suami sekiranya telah melakukan perbuatan yang salah.
Kashoorga: Sebelum bertindak, sayangilah dirinya sepenuh hati supaya hidup kita sebagai isteri selamat dunia dan akhirat serta diredhai Allah.
Dua hari lalu, tular seorang pekebun atas nama Azhar Baling membuat pengumuman di fb, ingin menyedekahkan semua timun ditanamnya.
Dalam pengumuman dibuat itu, pemilik akaun memaklumkan sesiapa saja boleh datang termasuk membawa lori untuk mengambil lambakan timun tersebut.
Tulisnya:-
“Askm selamat petang sapa-sapa nak timun boleh datang kebun saya. Boleh bawak lori. Kita bagi free. Kalau ada sapa sapa berhajat memerlukan boleh hubungi 0176666091 sekarang atau secepat mungkin.
Ekoran itu, di ruangan komen ramai yang mengakui bersyukur dengan hal ini dan mengakui kalau dekat, mereka pasti datang ke kebunnya. Bahkan mendoakan agar pekebun ini dimurahkan rezeki. Difahamkan, hal ini dilakukan kerana pekebun berasa kecewa dengan harga ambilan di ladang iaitu RM0.30 sen sekilo.
.
Ekoran statusnya itu, hal ini mendapat perhatian dari Pejabat FAMA daerah Baling yang telah datang dan membuat perbincangan dengan pekebun ini.
Dalam satu hantaran terkini di fb Pejabat Fama memaklumkan akan membeli timun pada harga RM0.70 sekilo bagi membantu pekebun.
“Usahawan tersebut merupakan peserta Kontrak Pemasaran dan memang menghantar bekalan secara tetap kepada Fresh Mart Baling serta hantaran ke Pasar Borong Selayang melalui Fresh Mart. Dana untuk projek tanaman pun di perolehi daripada Fresh Mart.
“Difahamkan Fresh Mart menawarkan harga RM 0.30/kg. Usahawan tidak berpuas hati dan menularkan untuk beri percuma timun di Fb. Usahawan pun tidak memaklumkan apa-apa info lebihan pengeluaran kepada pihak FAMA Daerah.
“Susulan daripada isu tular ini mulai semalam, pihak FAMA telah berbincang dengan usahawan untuk membantu buat belian pada harga lantai iaitu RM 0.70 /kg.
“Pada hari ini, Pengarah FAMa Negeri En Isa bin Hamzah dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Kedah (Operasi) En Mohd Adib bin Yusoff telah melawat ladang di kawasan Kg Lalang, Baling. Susulan daripada itu, pihak Pusat Operasi Sungai Petani telah mengatur pasaran belian timun secara Forward Agreement Kontrak Pemasaran”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.