Jika mahu bernikah perlu ada wali. Salah satu persiapan penting majlis nikah ialah kehadiran wali. Ia merupakan salah satu rukun nikah dan wajib dipenuhi.
Bagi yang sudah mengikuti kursus kahwin, tentunya sedia maklum akan syarat-syarat layak menjadi wali kepada pengantin perempuan.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Al Fiqh Al Manhaji Ala Madzhab Al Imam Al Syafii, terdapat tujuh syarat melayakkan seseorang itu bertindak sebagai wali nikah.
Makanya kepada bakal-bakal pengantin, sila baca sehingga habis supaya betul-betul faham apakah syarat-syarat untuk jadi wali nikah.
Ads
Gambar sekadar hiasan
Seorang Islam
Wali bukan Islam, tidak boleh menjadi wali bagi bakal pengantin.
Berdasarkan firman Allah swt.: وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman. (Q.S. Annisa’:141)
Keperluan wali beragama Islam, adalah kerana perbezaan agama akan menjadi penghalang untuk mewariskan harta. Buat pengetahuan, muslim dan bukan muslim tidak boleh saling mewariskan harta.
Adil
Syarat ini bermaksud wali tersebut tidak pernah melakukan salah satu dosa-dosa besar, bukan orang yang selalu melakukan dosa kecil serta bukan orang yang melakukan sesuatu yang dapat merosak harga diri, seperti kencing sembarang di jalanan, berjalan dengan telanjang dan lain-lain.
Oleh kerana itu, tidak boleh orang yang fasik (dengan ciri-ciri tersebut) menikahkan pengantin muslimah, tetapi hendaknya hak perwaliannya itu diserahkan kepada pihak yang boleh menjadi wali lainnya yang lebih adil.
Ads
Perkara ini berdasarkan pada atsar sahabat Ibnu Abbas r.a. yang mengatakan: لا نكاح إلا بولي مرشد وشاهدي عدل
Tidak ada nikah kecuali dengan wali yang mursyid (adil) dan adanya dua orang saksi yang adil. (Musnad Asy Syafii)
Baligh
Wali adalah seorang lelaki yang telah baligh. Kanak-kanak tidak boleh menjadi wali nikah, karena tidak adanya sifat kewalian pada dirinya, maka ia pun tidak boleh menjadi wali untuk selain dirinya.
Orang gila tidak boleh menjadi wali, kerana dia tidak memiliki sifat kewalian, iaitu menjadi wali untuk dirinya sendiri saja pun tidak boleh apatah lagi menjadi wali orang lain.
Mengalami masalah penglihatan
Wali yang ada masalah penglihatan (pandangan kabur) tidak layak menjadi wali sama ada disebabkan faktor usia atau mabuk. Orang yang alami masalah penglihatan hanya akan menyulitkan proses pernikahan berjalan lancar kerana tidak mempunyai penglihatan berkualiti.
Namun, jika dia hanya sakit sementara seperti pengsan, pitam atau alami epilepsi masih boleh menjadi wali setelah dia sedar atau pulih setelah mendapat rehat yang cukup.
Tiada masalah mental
Wali tidak alami masalah mental. Orang waras dapat berfikir dengan baik dan tahu membezakan perkara baik dan buruk.
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم:لاَ يَنْكِحُ الْمُحْرِمُ وَلاَ يُنْكَحُ وَلاَ يَخْطُبُ Dari Usman bin Affan r.a. ia berkata, Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang sedang ihram tidak boleh menikahkan dan dinikahkan serta tidak boleh meminang.” (HR. Muslim).
Sekiranya bakal wali memiliki salah satu ciri-ciri di atas, maka bakal pengantin perlu cari wali lain yang mempunyai ‘rekod bersih’ bagi memastikan mereka sesuai memainkan peranan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
“Mandikan jenazah ibu bapa, khidmat terakhir seorang anak kepada orang tua mereka.” Disebabkan kata-kata ini ada tukang mandi jenazah yang mengajak anak perempuan memandikan jenazah ayah atau anak lelaki memandikan jenazah ibu.
Si anak, yang dengan emosi nak memberi khidmat terakhir, ditambah dengan ketiadaan ilmu, akan mudah tenggelam dengan emosi, apatah lagi dikatakan ia adalah khidmat terakhir kepada ibu bapa sebelum ibu bapa dikebumikan.
“Hakikatnya perkara tidak ada asal dalam agama. Ia tidak termasuk khidmat kepada ibu bapa. Hatta jika ibu bapa berwasiat begitu pun ia tidak boleh ditunaikan.”
Demikian menurut pendakwah bebas dan juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ustaz Masri Ramli.
Dalam huraian beliau memetik perkongsian dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengatakan secara asasnya, apabila seseorang lelaki itu meninggal dunia maka dia akan dimandikan oleh ahli keluarga terdekat dari kalangan lelaki juga mengikut keutamaannya.
Ini seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi:
فان كان الميت رجلا لا زوجة له فأولى الناس بغسله الْأَبُ ثُمَّ الْجَدُّ ثُمَّ الِابْنُ ثُمَّ ابْنُ الِابْنِ ثُمَّ الْأَخُ ثُمَّ ابْنُ الْأَخِ ثُمَّ العم ثم ابن العم لانهم احق بالصلاة عليه فكانوا احق بغسله
Maksudnya: Sekiranya yang meninggal dunia itu adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai isteri maka orang yang paling utama memandikan jenazahnya adalah bapanya, kemudian datuknya, kemudian anak lelakinya, kemudian cucu lelakinya, kemudian saudara lelakinya, kemudian anak saudaranya yang lelaki, kemudian bapa saudara, kemudian sepupu lelaki. Ini kerana mereka merupakan golongan yang paling berhak untuk menunaikan solat jenazah ke atasnya maka demikian mereka juga paling berhak untuk memandikan jenazahnya. Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (5/129).
Berkaitan dengan jenazah orang perempuan pula kami nukilkan kenyataan dari Imam al-Shirazi Rahimahullah yang menyebut:
فان ماتت امرأة ولم يكن لها زوج غسلها النساء وأولاهن ذات رحم محرم ثم ذات رحم غير محرم ثم الاجنبية فان لم يكن نساء غسلها الاقرب فالاقرب من الرجال
Maksudnya: Sekiranya seorang perempuan itu meninggal dunia dan dia tidak mempunyai suami maka yang memandikan jenazahnya adalah orang-orang perempuan. Yang paling utamanya adalah golongan wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan dari kalangan mahram kemudian yang wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan selain dari kalangan mahram, kemudian wanita ajnabiyyah (bukan keluarga). Sekiranya tidak ada golongan perempuan, maka jenazah wanita itu dimandikan oleh kaum kerabat yang paling hampir dari kalangan orang lelaki.
Rujuk Al-Muhazzab Fi Al-Fiqh al-Syafi’e, Al-Shirazi (1/238).
Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas kenyataan Al-Shirazi di atas memperincikan lagi perbahasan tersebut dengan katanya:
إذَا مَاتَتْ امْرَأَةٌ لَيْسَ لَهَا زَوْجٌ غَسَّلَهَا النِّسَاءُ ذَوَاتُ الْأَرْحَامِ الْمَحَارِمِ كَالْأُمِّ وَالْبِنْتِ وَبِنْتِ الِابْنِ وَبِنْتِ الْبِنْتِ وَالْأُخْتِ وَالْعَمَّةِ وَالْخَالَةِ
Maksudnya: Apabila seorang perempuan itu meninggal dunia dan dia tidak mempunyai suami maka dia dimandikan oleh golongan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dari kalangan mahram seperti ibu, anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan, saudara perempuan, ibu saudara dari sebelah bapa serta ibu saudara dari sebelah ibu.
Perlu diketahui prinsip asal dalam pemandian jenazah ini adalah jenazah lelaki dimandikan oleh orang lelaki dan jenazah perempuan dimandikan oleh orang perempuan.
Sekiranya si mati adalah lelaki maka yang lebih utama untuk memandikannya adalah mereka yang paling utama menunaikan solat ke atas jenazahnya dan juga isterinya. Namun jika dia tidak mempunyai isteri maka individu yang utama memandikan jenazahnya adalah sebagaimana turutan yang telah disebutkan oleh Imam Al-Nawawi di atas.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa sekiranya anak lelaki memandikan jenazah bapanya maka ini adalah dibolehkan. Demikian juga dibolehkan untuk anak perempuan memandikan jenazah ibunya.
Adapun anak lelaki memandikan jenazah ibunya dan anak perempuan memandikan jenazah bapanya, hal ini hanyalah dibolehkan apabila tidak terdapatnya turutan-turutan awal golongan yang diberi keutamaan dari kalangan orang-orang lelaki dan juga perempuan.
Dalam situasi ini, tatacaranya adalah dengan memandikan jenazah dari sebalik pakaian yang menutup jenazah dan mengelap badan jenazah dengan menggunakan perca kain dan bukannya dengan tangan sendiri.
Sekiranya golongan-golongan yang utama memandikan jenazah itu ada, maka tidak boleh untuk anak perempuan memandikan jenazah bapa dan tidak boleh anak lelaki memandikan jenazah ibunya.
Sebenarnya pemakaian braces atau pendakap gigi adalah dibenarkan jika memenuhi keperluan seperti sukar mengunyah makanan dan hilangnya keyakinan bila berkomunikasi.
Namun begitu, tak dinafikan dalam masyarakat kita ramai yang suka memberatkan isu memakai braces ini. Apa lagi bila si pemakai braces meninggal dunia. Begitulah juga isunya dengan wanita yang mewarnakan kuku, warnakan rambut serta yang bergigi emas.
Bagi yang kurang pengetahuan agama selalunya meminta pengurus jenazah tanggalkan braces atau potong rambut yang diwarnakan. Sedangkan tiada saranan dalam agama untuk berbuat demikian.
Ikuti perkongsian Dr Mohd Khairul Izwan dan hadam baik-baik apa yang dijelaskan,
“Saya ada soalan, kalau orang Muslim memakai braces (pendakap gigi). Kemudian, katakanlah tiba-tiba dia meninggal dunia dan ada braces ni.
‘Agak-agak orang yang uruskan kita macam mana ya? Mereka kena panggil doktor gigi untuk buka (tanggalkan) braces orang meninggal itu atau macam mana ya?”
Sebenarnya, hukum asal memakai braces bagi tujuan memperbaiki susunan gigi untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi penampilan, keyakinan diri, membantu penguyahan dan juga memudahkan pembersihan gigi, hukumnya adalah harus.
Apabila seseorang meninggal dunia, maka tiada keperluan untuk menanggalkan braces tersebut dan tidak mengapa untuk ditinggalkan serta dikebumikan bersama-sama dengan jenazah yang memakai braces itu.
Ini selari dengan tatacara pengurusan jenazah di mana jenazah yang telah meninggal dunia mestilah dilakukan dan disantuni dengan cara yang paling menghormati jenazah tersebut, seperti mana kita dituntut untuk menghormati seseorang ketika dia masih hidup.
Dalil bagi kenyataan ini bersandarkan kepada firman Allah di dalam Surah Al-Isra ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam.”
Oleh yang demikian, bagi anda yang berhajat untuk memakai braces ataupun telah memakainya, maka tidak perlu khuatir tentang isu tersebut sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia ketika masih memakai braces.
Dan bagi yang bertugas untuk menguruskan jenazah pula, maka tidak perlulah berusaha untuk menanggalkannya atau memanggil doktor gigi bagi menanggalkannya dan uruskanlah jenazah tersebut seperti biasa.
Begitu juga keadaannya dengan gigi palsu kekal seperti crown, bridge mahupun implant pergigian. Semuanya tidak perlu ditanggalkan dan boleh dikebumikan bersama-sama dengan jenazah.
Kadang-kadang kita berdoa bersungguh-sungguh, tapi terasa seperti lambat benar Allah memakbulkan. Kalau ini yang kita rasakan saat ini, mungkin boleh amalkan lafaz ini sebelum memulakan doa.
Sebenarnya, ada rahsia besar dalam berdoa yang ramai terlepas pandang, iaitu cara kita memulakan doa itu sendiri.
Rasulullah SAW sendiri pernah mengajar satu lafaz doa yang jika dibaca, Allah SWT tidak akan menolak permintaan hamba-Nya. Malah Nabi SAW bersumpah sesiapa yang berdoa dengan lafaz ini, pasti Allah akan makbulkan.
Ini bukan janji kosong, tetapi sandaran daripada hadis sahih yang disampaikan oleh para ulama.
Perkara ini dikongsikan oleh Ustaz Dr Kamilin Jamilin Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, dan juga ahli hadis tanah air.
Ujarnya dalam satu perkongsian video di akaun media sosial miliknya, Nabi pernah bersumpah sesiapa yang berdoa dengan doa ini nescaya Allah pasti akan makbulkan.
Satu hari Nabi SAW berjalan dan terdengar ada seorang sahabat baginda berdoa dengan lafaz
“اللهم إني أسألك بأني أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد”
Maksudnya;
“Ya Allah, aku memohon kepadamu dengan persaksianku bahawa tiada Ilah melainkan Engkau yang Maha Esa dan hanyasanya menjadi tempat berdoa dan sembahan yang tidak dilahirkan mahupun melahirkan dan tiada apapun yang setara dengan-Nya.”
Kemudian Nabi SAW mengucapkan:
“لقد سألت الله باسمه الأعظم الذي إذا سئل به أعطى، وإذا دعي به أجاب”
Maksudnya;
“Sesungguhnya sahabat itu tadi telah meminta kepada Allah dengan lafaz ataupun ucapan yang jika seseorang menyebutnya maka Allah tidak akan menolak permintaannya dan jika dia berdoa nescaya Allah tidak akan menolak doanya.”
Rujukan: Hadis Hasan, Riwayat Abu Dawud (1493), At-Tirmizi (3475), Ahmad dan lain-lain.
Jadi setiap kali kita nak berdoa kepada Allah jangan lupa untuk kita mengucapkan lafaz doa ini. InsyaAllah Allah pasti akan makbulkan selagi mana kita tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang doa kita.
Pilihlah waktu afdal ini untuk berdoa dan mulakan lafaz seperti yang disebutkan di atas.
-Ketika Sujud
Ini adalah waktu paling dekat kita dengan Allah, maka digalakkan berdoa sebanyak mungkin, terutama sujud terakhir. Rasulullah SAW bersabda:
“Paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka perbanyakkanlah doa.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 482)
-Selepas Tasyahhud Akhir & Sebelum Salam
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA:
“Aku bertanya kepada Nabi SAW: Ya Rasulullah, doa apakah yang paling didengari (paling dekat untuk dimakbulkan)? Baginda menjawab: Di penghujung solat sebelum salam.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi, no. 593 – dinilai Hasan)
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.