Biar awalnya kita berubah atau terhalang melakukan dosa disebabkan pakaian dulu. Moga akhirnya nanti kita sungguh-sungguh berubah asbab hidayah yang Allah bagi.”
Begitulah. Terima kasih ustaz yang pesan ke saya dulu. Ingat sungguh sampai ke hari ini.
Moga ada kebaikan buat saya dan kawan-kawan yang lain.
Kashoorga: Jangan tunggu sampai seru baru hendak berubah.
Amalan ini lebih dikenali sebagai split bill, iaitu membahagikan jumlah bayaran secara adil mengikut pesanan setiap individu.
Dalam konteks semasa, ia sudah menjadi satu norma sosial yang diamalkan secara meluas di seluruh dunia.
Malah, split bill bukan sekadar soal wang, tetapi turut mencerminkan nilai amanah, keadilan dan tanggungjawab dalam perhubungan sesama manusia.
Namun begitu, dalam kehidupan hari ini, ada yang berasa serba salah. Adakah meminta semula wang yang telah didahulukan itu dianggap berkira? Atau adakah membiarkan rakan mendahulukan bayaran tanpa segera membayarnya semula boleh dianggap tidak adil?
Hakikatnya, setiap harta yang dimiliki oleh orang lain tetap menjadi haknya selagi tidak dihalalkan.
Dalam soal ini, Islam sangat menitikberatkan amanah dan tanggungjawab dalam urusan harta. Jika seseorang menggunakan wang rakannya, maka dia wajib memulangkannya semula kecuali jika rakannya itu dengan rela hati menghalalkan atau niat untuk belanja.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Sesiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.” Riwayat al-Bukhari (2387)
Hadis ini memberi peringatan jelas bahawa soal hutang, walaupun kecil, tidak boleh dipandang ringan.
Dalam konsep split bill, hukum asalnya adalah harus. Namun, bahagian yang telah didahulukan oleh rakan itu tetap dikira sebagai hutang yang perlu dilunaskan dan wajib untuk melangsaikannya. Jangan kerana nilainya kecil, kita menganggapnya remeh. Dibimbangi perkara yang tidak diselesaikan di dunia akan menjadi beban pada kemudian hari.
Berbeza pula keadaannya jika seseorang itu dengan ikhlas mahu belanja dan tidak meminta bayaran semula. Jika itu berlaku atas kerelaan dan ihsan dirinya sendiri, maka tiada isu. Namun, jangan pula kita mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.
Ketika keluar makan beramai-ramai, setiap orang sepatutnya bijak berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Sedarlah had bajet masing-masing dan jangan memesan melebihi kemampuan hanya kerana orang lain yang mendahulukan bayaran. Jika ada rakan yang membayar dahulu, segerakanlah membayar semula bahagian anda walaupun dia tidak mendesak atau menuntutnya.
Begitu juga jika ada rakan yang mahu belanja, berpada-padalah ketika membuat pesanan.
Elakkan memilih makanan atau minuman yang terlalu mahal sehingga boleh membebankan dirinya.
Menghargai kebaikan orang lain juga sebahagian daripada adab dalam persahabatan.
Kesimpulannya, split bill bukanlah tanda seseorang itu kedekut atau terlalu berkira.
Sebaliknya, ia adalah satu bentuk keadilan dan tanggungjawab agar tiada sesiapa yang terbeban secara kewangan. Hubungan persahabatan juga akan lebih terjaga apabila tiada rasa tidak puas hati atau persengketaan dalam soal wang.
Biarlah dilihat berkira di dunia, asalkan tidak dituntut di akhirat kelak.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Orang kata, kalau tak bertengkar suami isteri, tak ada thrill lah. Hubungan suami isteri memang tak pernah sunyi daripada perselisihan faham.
Bak kata peribahasa, ‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ Pengalaman menangani masalah rumahtangga secara matang mampu menjamin kerukunannya.
Setiap pasangan mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap rumahtangga yang asalnya dibina dengan penuh kasih dan sayang.
Rasulullah SAW bersabda :
Orang lelaki ialah penjaga ke atas keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka, manakala perempuan penjaga ke atas rumahtangga dan anak-anaknya serta dia bertanggungjawab terhadap mereka (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam melayari bahtera perkahwinan, sebagai insan biasa, kita sering melakukan kesilapan seterusnya mencetus pertengkaran.
Dalam situasi tidak stabil ini, selalu terkeluar kata-kata yang menyakitkan hati antara satu sama lain.
Hasutan syaitan bakal menyemarakkan lagi amarah. Di sini lah kekuatan cinta dan kasih suami isteri diuji dan tidak mustahil pasti ada hati yang terluka.
Oleh itu, awas! Jangan kita gunakan ayat-ayat kasar ini untuk melempiaskan rasa marah kepada pasangan semasa bertengkar.
Acapkali terjadi, kita gagal kawal fikiran dan emosi masa bergaduh. Ada sahaja kata nista terkeluar bagai air mengalir deras. Sumpah seranah, maki-hamun dan kutukan laju sahaja keluarnya dari mulut tanpa memikirkan perasaan pasangan.
Masa ini lah syaitan berpesta kerana berjaya memainkan peranan. Hati sakit, dosa pun dapat.
Jika semasa keadaan aman damai, indah dan baik sekali nama panggilan yang diberikann kepada pasangan. Tetapi tatkala bergaduh, keluar semua nama panggilan yang kurang enak dituturkan.
Bertambah malang apabila panggilan itu turut didengari anak-anak yang masih kecil. Ini akan menjadi teladan oleh mereka. Ia sangat bahaya.
Macam-macam boleh terjadi ketika emosi tak terkawal. Ini termasuklah apabila sanggup membandingkan kekasih lama dengan pasangan.
Jika kita boleh terima kekurangan pasangan semasa keadaan harmoni, kenapa pantas bertukar kepada adegan perbandingan yang boleh mengguris hati? Itu kan kurang bijak namanya.
Perkataan cerai ini sewajarnya dielakkan langsung. Takut-takut, akan jatuh talak. Hati yang sedang marah memang tidak fikir kesan masa hadapan. Apa yang penting waktu itu, hati puas menyakitkan pasangan. Bawa-bawalah beristighfar.
Kadangkala, apabila bertengkar, semua perkara nak diungkit termasuklah hal-hal yang tidak bersangkutan pun dengan isu pokok punca pertengkaran.
Matlamat ketika ini hanyalah ingin menyakitkan hati pasangan. Hindarilah kata-kata mempersendakan impian dan kegemaran pasangan. Ia satu tindakan tidak matang.
Berhati-hati lah ketika menghemburkan perkataan ketika bertengkar. Jangan mengeruhkan lagi keadaan sehingga sanggup menyalahkan takdir dipertemukan dengan pasangan. Apabila ini terjadi seolah-olah kita menyalahkan Allah dengan jodoh yang ditetapkanNya.
Ucapan ini sepatutnya langsung tak boleh keluar dari mulut kita walau apa pun keadaannya. Jangan sesekali berkata betapa kita mahu pasangan mati cepat agar kita tidak pening kepala!
Ini hanya akan menyebabkan pasangan saling membenci antara satu sama lain dan jika berbaik sekali pun selepas pertengkaran itu, hati yang terluka tetap akan berbekas.
Sebagai seorang Muslim, kita mempunyai keimanan di hati. Ketujuh-tujuh ucapan di atas tidak menggambarkan didikan agama yang diterapkan oleh ibu ayah dan guru kita. Cuba audit diri selalu.
Paling penting, bawa bertenang. Ikut cara Rasulullah SAW mengawal rasa marah.
Dalam satu hadis yang mahsyur, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Seorang pemuda meminta nasihat daripada Nabi SAW, dan Nabi bersabda:
“Janganlah kamu menuruti amarah”
Dia mengulangi pertanyaannya, dan Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali. (HR Sahih Bukhari : 6116)
Alangkah baiknya jika kita dapat kawal emosi. Tenangkan diri, mungkin boleh keluar seketika dari rumah untuk mencari ketenangan seperti ke masjid atau ke pantai.
Hanya dengan ketenangan hati, kita dapat berfikir secara rasional dan matang serta dapat mencari solusi yang baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Tersuka tanpa sengaja.’ Ini hukumnya mencintai suami orang dalam Islam. Perasaan cinta itu bukanlah sesuatu yang dilarang dalam Islam.
Cinta menurut Islam adalah fitrah. Setiap orang pasti ada cinta dalam hatinya. Dan memang benar, jatuh cinta adalah suatu perkara biasa.
Tetapi rasa cinta kepada suami orang adalah tak dibenarkan sama sekali. Seolah-olah kita sengaja mencintai suami milik wanita lain. Sebenarnya rasa cinta pada suami orang ini boleh dikawal dengan emosi yang matang.
Sesungguhnya Islam memandang serius berkaitan perasaan cinta ini kerana dalam Islam mengehadkan pergaulan dengan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Jatuh cinta dalam Islam juga tidak seharusnya diungkapkan melalui hubungan kasih-kekasih. Larangan untuk “bercouple’ dalam Islam telah disebutkan dalam Al-Quran:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra: 32)
Berbaik kepada hukum jatuh cinta atau menyayangi suami orang dalam Islam. Keadaan ini sering berlaku dalam masyarakat, malahan ada sesetengah wanita tanpa rasa bersalah mengakui jatuh cinta dengan suami orang.
Paling mengharukan apabila wanita perampas ini terang-terang mencintai lelaki yang sudah berkahwin dan kemudiannya meminta untuk berkahwin dengannya.
Pada pendapat anda bagaimana Islam memandang perkara ini?
Jika difikirkan secara logik, pastinya kita faham bahawa menyayangi suami orang adalah satu perbuatan yang tidak baik. Ulama juga berpendapat demikian. Menurut jumhur ulama, mencintai suami hingga merosakkan rumah tangga lelaki adalah haram.
Imam Al-Haitsami dalam kitabnya yang bertajuk Al-Zawajir’an Iqitiraf al-Kabair menjelaskan bahawa memutuskan hubungan wanita dengan suaminya adalah sesuatu yang haram. Perbuatan ini dikategorikan sebagai dosa besar.
Ini juga dijelaskan dalam beberapa hadis:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa yang menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka dia bukan dari golongan kami. Dan sesiapa yang merosakkan (hubungan) seorang wanita dengan suaminya, maka dia bukanlah dari golongan kami.”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak halal bagi seorang wanita meminta (suaminya) agar suaminya menceraikan wanita lain (yang menjadi isterinya) dengan tujuan wanita ini memonopoli ‘pelatnya’, sebenarnya dia. hak adalah apa yang telah ditetapkan untuknya sesuai dengan kedudukan wanita dalam Islam.
Pendapat Ulama:
Ulama Syafie berpendapat bahawa wanita yang mengganggu suami orang maka membinasakan rumah tangga lelaki tersebut. Kemudian boleh baginya meminta dikahwinkan setelah lelaki itu diceraikan.
Tetapi perbuatan ini adalah perbuatan fasik dan maksiat. Dia menanggung dosa yang besar di hadapan Allah Ta’ala.
Ulama Hanafi juga mempunyai pendapat yang sama dengan Syafie. Supaya mereka berkahwin selepas lelaki itu menceraikan isterinya. Tetapi perbuatan itu adalah perbuatan yang paling buruk dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Ulama Maliki berbeza pendapat. Menurut mereka, wanita yang merosakkan rumah tangga orang lain. Kemudian dia meminta lelaki itu berkahwin selepas perceraian, maka hukum perkahwinan itu tidak sah. Kerana jalan yang diambil juga tidak baik.
Kashoorga: Sebelum tersasar jauh, lebih baik bunuh perasaan cinta yang membenih di hati. Jangan sampai terlalu turutkan rasa hati sendiri, tanpa sedar anda menyakiti banyak hati.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.