Pemandangan solat subuh di Masjid Temerloh Jaya atau Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shahini tak seperti masjid lain. Suasananya meriah, penuh dengan jemaah seakan solat Jumaat.
Jemaah yang hadir mencapai 800 orang hingga kadang kala melimpah keluar masjid. Suasana luar biasa masjid ini di waktu Subuh memang banyak dikongsi netizen di media sosial.
Malah ramai yang datang dari negari lain semata-mata ingin merasaikan kemeriahan solat subuh berjemaah di masjid ini.
Kemeriahan masjid ini bukan saja pada waktu Subuh tapi juga pada waktu lain. Ternyata gerakan dakwah yang dilakukan ahli jawatankuasa masjid ini memberi impak yang besar.
Ads
Menjelaskan strategi awal yang dilakukan untuk mengajak masyarakat mengimarahkan masjid kata Ustaz Dr Abdullah Ismail Pengerusi Masjid Temerloh Jaya ia bermula dengan usaha melakukan majlis jamuan perdana rakyat yang dibuat setiap bulan di masjid.
“Setiap bulan, kami anjurkan jamuan perdana untuk jamuan masyarakat. Kami gunakan RM4-RM5k untuk buat makan-makan selepas solat Isyak. Jamu dengan kambing dan sebagainya.
“Ajak seluruh masyarakat makan sama-sama tak kira siapa, mereka solat atau tidak. Rupa-rupaya orang kita suka makan, ada yang datang untuk makan saja tapi kita pesan pada AJK jangan pandang rendah pada mereka ini.
Ads
“Bulan pertama mereka datang untuk makan tak sembahyang. Bulan kedua mereka sembahyang Isyak dan makan. Dan bulan ketiga merekalah yang memenuhkan solat subuh berjemah pada hari ini.
“Kami duduk sama-sama hari ini di masjid untuk dengan penuh kasih sayang, cinta ilmu dan faham dan belajar tentang agama.
Ads
“Masjid kami biasa saja tapi sampai hari ini ada ramai pelawat dari luar yang datang untuk solat subuh. Setakat ini dah hampir 18 ribu pengunjung dari serata negeri datang untuk merasai suasana di masjid ni.
“Ramai yang datang dari luar Pahang setiap subuh pagi Sabtu dan Ahad untuk merasai kenikmatan subuh berjemaah. Maknanya dalam negara kita ini ramai orang baik, yang rindu nak merasa solat subuh berjemaah yang meriah. Mereka sanggup datang dari jauh untuk merasai suasana ini,”ujar beliau dalam satu majlis.
Umur kita ini semakin hari semakin meningkat. Bagi yang dah berusia 40an itu sepatutnya sudah bertambah lah kematangan dan pahala yang dikumpul sedari muda. Yang pasti kubur pun sedang melambai menanti jasad di tanam. Mengikut pandangan para ulama, usia kehidupan kita ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa. Awas ya kalau dah berusia 40an
Sudah tentu setiap satunya ‘menawarkan’ cabaran berbeza. Setiap daripada kita juga dianugerahklan rezeki usia berbeza, maka dengan rezeki itu, gunakanlah akan ia sehabis baik jangan sedikit pun terleka dibuai mimpi dunia.
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)
Umur kehidupan kita ini terbahagi kepada lima fasa. Dari kita dilahirkan kita akan menghadapi 99 ujian kematian. Bagi yang bernasib baik atau berusia 40an ke atas , mereka akan berjaya menghadapi semuanya hingga akhir dan ada sebaliknya iaitu dia tidak sempat lalu menemui ajal- Imam Ibnu al-Jauzirah.
Fasa pertama: kehidupan: Kita akan melalui zaman kanak-kanak iaitu dari dilahirkan sehinggalah mencapai usia awal remaja iaitu dalam usia 15 tahun.
Fasa kedua: Ini adalah ketika kita muda, iaitu antara umur 15 hingga 35 tahun.
Fasa ketiga: Kita menjadi manusia dewasa iaitu pada usia 35 hingga 55 tahun.
Fasa keempat: Kita meniti usia awal tua iaitu usia bonus berumur antara 55 hingga 70 tahun.
Fasa kelima: Ini adalah ketika kita berumur antara 70 hingga akhir hayat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Ini adalah usia double bonus kerana dipanjangkan usia.
Rezeki panjang umur ini bukan untuk dioraikan dengan alpa. Apabila kita mencapai usia 20 hingga 40 tahun, ini adalah tempoh yang mana kita dikurniakan keenakan duniawi daripada Allah SWT.
Setelah mencapai usia 40 tahun, digalakkan membaca doa ini:
“Yang telah Kamu berikan kepadaku dan ke atas kedua ibu-bapaku, ya Allah tolong kurniakan kepadaku satu amalan yang kamu reda dalam hidup ini.”
Usia 40 an ke atas sebenarnya adalah masa yang sewajarnya kita bermuhasabah diri dengan lebih banyak kerana pada usia ini kita sudah pun berada di kemuncak pencapaian hidup; lebih stabil dan matang.
Dan oleh kerana itu, banyak hal yang kita perlu jaga dan lakukan untuk memperoleh kehidupan berkualiti dan sihat untuk usia kehidupan seterusnya. Kita mahu terus dapat beribadah dalam keadaan sihat dan waras.
Sebagai rujukan kita yang sudah capai usia 40 an ke atas, tidak rugi amalkan nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di bawah mulai hari ini.
Nasihat 1: Lakukan urutan urat saraf 7 kali setahun. Amalan ini bagi melancarkan perjalanan darah. Lakukan berurut ini walaupun ketika kita tidak mengalami kesakitan saraf pun.
Nasihat 2: Minum air kosong dengan banyak kerana kebanyakkan penyakit berpunca dari kekurangan air dalam badan.
Nasihat 3: Rajin lah bersenam sekurang-kurangnya berjalan kaki atau menaiki tangga.
Nasihat 4: Kawal nafsu makan dengan mengurangkan kuantiti pengambilan makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
Nasihat 5: Kawal rasa amarah dan jangan terlalu fikirkan perkara yang boleh menggusarkan. Tiba masa kita memperbanyakkan redha dan melupakan perkara yang tidak penting.
Nasihat 6: Sepanjang lebih 20 tahunm kita telah kuat bekerja, kini biarkan harta kita pula berbakti untuk kesenangan kita.
Nasihat 7: Lupakanlah dendam dan kisah silam yang menyakitkan hati. Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
Nasihat 8: Take it easy. Banyakkan bergurau-senda dengan ahli keluarga, rakan, jiran dan kenalan. Ini akan membantu kita untuk kurangkan tekanan dan dapat menikmat hidup dengan pergaulan yang harmoni.
Nasihat 9: Perbanyakkan luang masa untuk Allah. Tambahkan ilmu agama dan banyakkan ibadat kerana pada usia ini kita semakin cepat menuju kepada-Nya.
Nasihat 10: Perbanyakkan bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan Allah. Semoga sahaja pahala kebaikan ini dapat membantu kita di akhirat kelak. InsyaAllah.
Nasihat 11: Amalkan makan makanan sunnah. Ingat, dalam usia begini, pelbagai penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang. Hari ini, harga sebuah kesihatan cukup mahal. Ada duit banyak sekalipun, kalau tidak sihat, ia tidak akan memberi makna. Duit banyak dihabiskan untuk rawatan dan ubatan.
Janganlah lagi kita disibukkan dengan urusan dunia pada usia 40 an ke atas ini Janganlah kita lalai lagi kerana kita tidak tahu adakah esok masih ada lagi untuk kita. Oleh itu, tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. Kita ingin mempersiapkan diri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa pun kita, bila tibanya hidayah dari Allah yang menjentik hati, manusia akan mulai berubah. Kita kena percaya dan yakin, segala apa yang ada di dunia ini termasuk hati kita adalah milik Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya.
Jika sebelum ini terkenal dengan penampilan barang kemas yang haram dipakai lelaki, ternyata penampilan terbaru artis rap popular MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan dari kumpulan K-Clique yang berjinak dalam dunia tabligh buat ramai kagum. Dari satu perkongsian dari intagram AzuanMazlan7, berkongsi gambar MK keluar berdakwah 3 hari.
Alhamdulillah, kini giliran MK @hairiwhuut keluar dakwah 3 hari? Peminat MK juga kena jadikan ikutan kebaikan ini di seluruh alam. Sayang MK kerana Allah SWT.
Usaha dakwah & tabligh menyantuni & mendatangi ummat dengan berkasih sayang. Dengan sifat & akhlak Rasulullah SAW yang dibawa oleh jemaah tabligh, ramai yang datang pada agama & berkasih sayang kerana Allah SWT.
Bagi masa & doakan semoga MK istiqomah keluar dakwah 3 hari setiap bulan bagi memperbaiki diri. Kepada mereka diluar sana, pandanglah setiap ummat Rasulullah SAW ada potensi menjadi manusia terbaik disisi Allah SWT. Jangan pandang keburukkan orang lain tapi pandanglah keburukkan diri sendiri kerana banyak lagi kelemahan diri kita sendiri untuk diperbaiki.
Setiap manusia ada kesilapannya dimasa lalu tetapi Allah itu Maha Baik & Maha Penyayang kerana setiap manusia Allah akan bagi hidayah 70 kali setiap hari & masa tetapi bergantung kepada manusia itu sendiri sama ada nak ambil atau lepaskan. Jika dia lepaskan hidayah yang Allah bagi bermakna Allah SWT tidak berkehendak kapadanya. Manusia yang terbaik dia akan segerakan untuk berhijrah ke arah kebaikan untuk mengejar redho Allah swt.
Tahniah Dato' @kingfadino saham akhirat yang mengalir & terus mengalir.
Dalam pada itu, seorang lagi jemaah Farith Zul turut berkongsi gambar kenangan bersama MK yang turut sama dalam jemaah tabligh berkenaan.
Guys MK pun keluar 3 hari guys.
Masyallah, budak-budak muda Sabah ni kalau kena tasykil mudah InsyAllah. Pengalaman jemaah-jemaah yang keluar dakwah di Sabah memang selalu beri laporan ramai pemuda walaupun zahirnya nampak “rock & blues” namun hati mereka lembut dan mudah tersentuh dengan dakwah.
Allah sayang. Bila mana satu orang mula datang kepada agama, bertemu orang-orang soleh itu tandanya ada perkara baik yang Allah SWT inginkan untuk dirinya. Pandanglah walau 1 kebaikan pun yang ada pada orang lain walaupun dalam dirinya ada 1000 keburukan.
Ambik beg … Ciao ciao ciaooo 3 hari Jom 3 hari!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Selepas peristiwa sedih libatkan airlines negara kita.’ Pramugara ini ambil inisiatif mulakan penerbangan dengan bacaan doa secara terbuka.
Malahan tindakannya tidak mendapat halangan daripada pihak atasan, jadi dia teruskan hingga ke hari ini. Ustazah Asma’ Harun berkongsi kisah ini dan diharap apa yang dilakukan oleh pramugara ini menjadi inspirasi kepada orang lain.
Menarik dan tenang penerbangan hari ini, pramugara bernama Qismat Alias memulakan dengan mengumumkan bacaan doa sebelum terbang dan menyudahkan dengan ucapan Alhamdulillah sebaik mendarat, biasanya kita akan mendengarnya bila menaiki penerbangan menuju ke Tanah Suci, situasi pagi ini jarang berlaku.
Pramugara tersebut (gambar pertama) datang dan menegur kami, terus saya memuji apa yang dia lakukan, lalu dia bercerita;
“Ustazah,selepas beberapa peristiwa yang menyedihkan melibatkan Airlines kita, bermula itu saya ambil inisiatif sendiri memulakan penerbangan dengan bacaan doa secara terbuka tak kira ke mana penerbangan dituju, dan pihak atasan pun tidak menghalang, jadi saya syukur Alhamdulillah..”.
Sambungnya lagi,
“Pernah satu ketika, berlaku situasi yang agak mencemaskan ketika telah beberapa ketika di udara, penerbangan perlu berpatah balik, dan syukur semua anak kapal dan penumpang dalam keadaan tenang.
‘Kemudian ada seorang lelaki bukan Islam bertemu saya dan berkata “mungkin sebab you baca doa tadi, tuhan lindungi dan selamatkan kita semua, thank you”
“Jadi saya bertambah yakin dengan kekuatan dan pentingnya berdoa, hanya Allah sahaja yang boleh membantu kita”.
Kami saling bertanya tentang keluarga, rupanya beliau belum bernikah, dan ada beberapa kisah lucu diceritakannya, bukan tak berusaha untuk bernikah namun ada sahaja ujian yang mendatang. Saya terus sahaja mendoakan buatnya.
Ceritanya lagi,
“Ustazah, boleh jadi ini adalah doa dan niat hati saya daripada kecil untuk menjaga ibu saya, ibu membesarkan kami seorang diri sejak kami kecil, maka Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk saya”.
Senyum riang ceria sahaja pramugara ini walau umur dah penghujung 40-an. Seorang anak yang berbakti dengan sebaiknya kepada ibunya.
Moga satu hari yang terdekat dan berkat, Allah kurniakan buatnya seorang Isteri yang solehah, mana tahu jodohnya sedang menatap tulisan saya ini..
Terima kasih sudi membaca dan menyebarkan.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Terengganu, menghadiri majlis graduasi Huffaz Anakanda Maisarah. Moga Allah kurniakan zuriat keturunan kita penjaga dan beramal dengan alQuran.
Kashoorga: Semoga pramugara ini bertemu jodoh dan inisiatifnya membaca doa setiap kali penerbangan mempermudahkan urusan semua orang.