Kapal Dinaiki 12 Delegasi Malaysia Ditahan Tentera Israel. 30 Bot Lagi Terus Menuju Gaza

Share

Empat kapal dinaiki 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan dipintas tentera Israel di perairan Gaza setakat jam 10 pagi pada Khamis.

Menerusi paparan skrin perkembangan kapal delegasi Malaysia di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), mereka termasuk Musa Nuwayri, Ilya Balqis dan Sul Aidil yang berada di kapal Alma, serta Zizi Kirana di kapal Huga.

Selain itu, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi berada di kapal Sirius, manakala, Danish, Farah Lee di kapal Grande Blu serta penyanyi, Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio.

Dalam pada itu melalui perkembangan terbaru Global Sumud Flotilla di laman X, meskipun beberapa buah kapal dan bot telah ditahan oleh tentera haram Israel namun lebih  30 lagi bot sedang menuju ke Gaza.

Paling dekat adalah kapal Morgana yang di laporkan berada di kedudukan lebih kurang berada dalam lingkungan 50 km dari perairan Gaza.

Sumber: Sinar Harian & Global Sumud Flotilla

 

Related Post
Published by
Team Kashoorga