Empat kapal dinaiki 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan dipintas tentera Israel di perairan Gaza setakat jam 10 pagi pada Khamis.
Menerusi paparan skrin perkembangan kapal delegasi Malaysia di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), mereka termasuk Musa Nuwayri, Ilya Balqis dan Sul Aidil yang berada di kapal Alma, serta Zizi Kirana di kapal Huga.
Selain itu, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi berada di kapal Sirius, manakala, Danish, Farah Lee di kapal Grande Blu serta penyanyi, Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio.
Ads
Dalam pada itu melalui perkembangan terbaru Global Sumud Flotilla di laman X, meskipun beberapa buah kapal dan bot telah ditahan oleh tentera haram Israel namun lebih 30 lagi bot sedang menuju ke Gaza.
Ads
Paling dekat adalah kapal Morgana yang di laporkan berada di kedudukan lebih kurang berada dalam lingkungan 50 km dari perairan Gaza.
Hati ibu mana tidak risau bila mana anak masih kecil hilang dari pandangan mata. Kerisauan ini tidak hanya dirasai ibu yang mengandungkannya tapi juga seluruh ahli keluarga yang mengharapkan anak kecil ini segera kembali ke pangkuan keluarga.
Jika kita masih bersedih dengan kisah adik Rayan yang terperangkap dalam telaga sedalam 32 meter selama lima hari dan hanya mampu hidup selama lima minit selepas diselamatkan di Maghribi, kini seluruh dunia tertumpu kepada kisah adik Fawaz Muhammad Al-Qatifan, 6 tahun dari Syria.
Kisah penculikannya mula menjadi sebutan selepas tanda pagar #savefawaz tular dan dapat dilihat dari video dirinya didera (dipukul dengan rotan) diikuti jeritan tangisan darinya yang berkata “Demi Allah jangan pukul saya” tular di media sosial.
Menyedihkan anak kecil ini diculik ketika pulang dari sekolah dan penculiknya meminta wang tebusan sebanyak 140,000 dolar namun keluarga Fawaz tidak mampu membayarnya. Jumlah itu terlalu besar buat keluarganya yang hidup serba sederhana.
Dalam video yang tular, dapat dilihat keadaan tubuhnya yang semakin kurus, Fawaz menjerit merayu supaya dirinya berhenti dipukul. “Demi Allah, jangan pukul saya.” Sambil dirinya teresak-esak menangis menahan kesakitan.
Bapa tidak mahu derma dikutip atas nama anaknya kerana telah mencukupi
Dalam pada itu, selepas video anaknya tular dan masing-masing mahu bersolidariti membantu mengutip wang untuk membantu membebaskan anaknya, bapa kepada Fawaz telah mengeluarkan satu video terbaru.
Jelasnya, dirinya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersolidariti dalam kes anaknya, Fawaz.
“Pada tarikh ini, kami telah mengumpul sejumlah wang dan keluarga Al-Qatifan akan melengkapkan jumlah keseluruhan untuk membebaskan Fawaz.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan semoga Allah memberkati kehidupan kalian. Namun masa yang sama, kami tidak mahu sesiapa di dalam atau di luar Syria mengutip derma atas nama anak kami Fawaz kerana wang tebusan yang diminta sudah mencukupi,” katanya.
Moga Allah terus menjaga anak syurga ini agar dirinya dapat kembali semula ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Teruskan berdoa untuk keselamatan dirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Baru-baru ini Finaz ada membuat posting mengenai teguran berkaitan tudung maksiat dengan muat naik sekeping gambar. Menurutnya muat naik ini adalah sekadar untuk peringatan dirinya sendiri.
Dan dalam posting lain Finaz menjelaskan berkenaan ‘tudung maksiat’ ini bukan untuk mempersendakan kaumnya sendiri. Ini kerana dia juga sendiri masih bergelut ke arah memperbaiki imej wanita dituntutIslam.
Tambahnya perjalanan dia memperbaiki gaya berpakaian sangat panjang. Menurutnya diawal kerjayanya, dia juga turut menggayakan tudung tercekik dengan menyarung baju pendek atau sekadar membalut aurat.
Bukan itu sahaja, Finaz juga turut mencukur kening dan mengenakan bulu mata palsu. Namun segalanya berubah apabila dia berhijrah kerjaya di TV Al-Hijrah.
Menurutnya bekas CEO di situ, Allahyarham Dt Bukhari dan isterinya sering menegur gayanya berpakaian.
Dan daripada situ dia perlahan-lahan mengubah gayanya bertudung. Biarpun tidak labuh tetapi tetap menutup aurat.
Finaz juga memberitahu dia juga turut tidak lagi mencukur kening, memakai bulu mata palsu dan juga memakai stoking. Hingga ke saat ini, Finaz berkata dia masih lagi struggling ke arah lebih baik dalam berpakaian.
Diakhir bicaranya Finaz mengingatkan bagi mereka yang sudah sempurna menutup aurat agar tidak menghina atau memandang rendah mereka yang masih menggayakan tudung tercekik, baju ketat, pendek ataupun seluar ketat.
Malah dia meminta mendoakan mereka kerana itu adalah yang lebih baik.
Masih saya ingat di awal waktu saya memakai stokin, ada hamba Allah di pejabat bertanyakan kepada saya, ‘mengapa pakai stokin, sejuk ke?’ Saya jawab, Ya
Dan hingga saat saya menulis caption ini, saya masih ‘struggling’ ke arah lebih baik dalam berpakaian. Namun Sahabat,
Jika anda SUDAH BERJAYA MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA,
Jangan sesekali pandang rendah, menghina mereka yang masih menggayakan tudung tercekik, baju ketat, pendek, seluar ketat & sebagainya.
DOAKAN MEREKA, bukankah lebih baik.
Jika mahu menegur, Jangan disindir.
Tidak semua KUAT IMAN macam kalian yang sudah sempurna menjaga aurat.
Dan buat sahabat yang mempunyai puluhan, ratus ribu malah jutaaan pengikut media sosial,
TANGGUNGJAWAB kalian lebih besar.
Anda dipuja. Apa yang anda pakai, akan menjadi inspirasi pengikut.
Jika baik, baiklah. Jika tidak, semoga Allah ampunkan kita.
Memang benar adakalanya ibu bapa terlalu mengikut perasaan ketika ingin menghukum anak yang melakukan kesalahan. Namun, kanak-kanak sebagaimana diketahui, fitrahnya memang ingin menerokai dunia yang baharu dikenalinya. Mereka masih naif; tidak tahu perbuatan itu salah atau tidak.
Kita sebagai orang tua lah bertanggungjawab untuk mengajar, mendidik dan memperbetulkan kesalahan anak. Namun walaupun kita mempunyai ‘kuasa’ mengajar, namun jangan pula cara menghukum melanggar batas-batas kemanusiaan. Islam ada menggariskan cara menghukum anak, untuk memberi pengajaran kepada mereka.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika salah seorang dari kalian memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.” Maka itu dilarang bagi setiap orang tua memukul wajah anaknya.
Ini juga dilarang oleh Rasulullah SAW, kerana hal itu akan menyebabkan trauma bagi anak. Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul anakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerana kemarahan (yang sangat).
Ketika pemilik suara itu mendekatiku, maka ternyata dia adalah Rasulullah SAW, dan baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada kamu terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini”
Melontarkan kata-kata keras dan kasar sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang merupakan sebab datangnya kebaikan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang terhalang dari (sifat) lemah lembut, maka (sungguh) dia akan terhalang dari (mendapat) kebaikan.”
Rasulullah SAW bersabda “Bukanlah orang yang kuat itu (diukur) dengan (kekuatan) bergelut (berkelahi), tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah.“ Untuk itu orang tua harus bersabar menghadapi anak.
Ada 2 cara bagaimana orang tua dapat menegur anaknya, tanpa melakukan kekerasan atau menumpahkan amarahnya.
Pertama: Teguran dengan nasihat yang baik Cara ini sering dipraktikkan oleh Rasulullah SAW misalnya ketika baginda melihat seorang anak kecil yang ketika sedang makan menjulurkan tangannya ke berbagai sisi makanan, maka baginda SAW bersabda, “Wahai anak kecil, sebutlah nama Allah (sebelum makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, serta makanlah (makanan) yang ada di hadapanmu.“
Serta dalam hadis yang terkenal, Rasulullah SAW bersabda kepada anak saudara baginda, Abdullah bin ‘Abbas r.a, “Wahai anak kecil, sesungguhnya aku ingin mengajarkan beberapa kalimat (nasihat) kepadamu: jagalah batasan-batasan atau syariat Allah, maka Dia akan menjagamu, jagalah batasan-batasan atau syariat Allah, maka kamu akan mendapatiNya di hadapanmu.”
Kedua: Menggantung tongkat atau alat pemukul lainnya di dinding rumah Ini bertujuan untuk mendidik anak-anak agar mereka takut melakukan hal-hal yang tercela dan hanya sekadar membuat anggota keluarga takut terhadap ancaman tersebut.
Rasulullah SAW menganjurkan ini dalam sabda baginda SAW, “Gantungkanlah rotan (alat pemukul) di tempat yang terlihat oleh penghuni rumah, kerana itu merupakan pendidikan bagi mereka.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?