Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.

Dalam perkahwinan kita akan belajar tentang erti kehidupan. Mengenal sikap pasangan, menerimanya setulus hati, menerima kekurangan dan kelebihannya.

‏ تَخَيَّرُوا لِنُطَفِكُمْ وَانْكِحُوا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوا إِلَيْهِمْ

Maksudnya: Hendaklah kalian membuat pilihan bakal isteri yang terbaik untuk bakal zuriat kalian, hendaklah kalian berkahwin denganyang sekufu, dan kahwinkanlah mereka dengan perempuan yang sekufu Riwayat Ibn Majah (1968)

Masa yang sama, dalam memilih calon isteri yang berakhlak dan beragama sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan berdasarkan petunjuk sabda Rasulullah SAW:

لاَ تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيَهُنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوهُنَّ لأَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى أَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيَهُنَّ وَلَكِنْ تَزَوَّجُوهُنَّ عَلَى الدِّينِ وَلأَمَةٌ خَرْمَاءُ سَوْدَاءُ ذَاتُ دِينٍ أَفْضَلُ

Maksudnya: Janganlah kalian menikahi para wanita semata-mata kerana kecantikan mereka kerana kecantikannya mungkin akan merosakkan mereka (kerana tertipu dan sombong dengan kecantikan). Jangan juga menikahi para wanita kerana harta-harta mereka kerana berkemungkinan harta akan menyebabkan mereka jatuh dalam maksiat dan kejahatan. Akan tetapi, hendaklah kalian berkahwin dengan perempuan atas dasar agama. Seorang hamba perempuan yang sumbing pada mulut dan telinga tetapi mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna lebih baik (daripada perempuan yang merdeka yang membelakangi perintah agamanya.

IKLAN

Viral di aplikasi Tik Tok satu pasangan yang dilihat berbeza dari bentuk badan dan jumlah tontonan sangat tinggi iaitu 1.8 juta. Isterinya yang kelihatan berisi sementara suaminya pula kurus.

Dalam perkongsian itu, @nuraziani3 mengakui dirinya pernah ditanya adakah suaminya tidak mahu ada isteri berbadan besar.

@nuraziani3

Kedng orng tnya suami sy tak malu kaa ad bni gemok alhamdulillah suami ckap nk malu buat ap dah kita niat nak halal kn dia buat ap kita perlu malu..

♬ Mi favorite song – spam=block (sorry)

Namun katanya, suaminya tidak kisah kerana menyayanginya.Malah mereka banyak menghasilkan kandungan di Tik Tok untuk tatapan peminatnya.

IKLAN

Tak kisahlah bentuk badan bagaimana kerana pilihan manusia itu berbeza. Ada pasangan suka pasanganya dalam apa jua fizikal. Ada tak kisah pun kerana yang kekurangan itulah akan saling melengkapi satu sama lain. Paling penting kita bahagia dengan cara kita, bukan mengikut acuan orang. Tak perlulah mengimpikan pasangan macam pelakon drama Bollywood kerana citarasa orang berbeza-beza. Paling penting pasangan mampu menjaga kita dengan hatinya yang tulus ikhlas. Betul tak?


.

Jom sertai webinar jodoh kami. Kami akan ajarkan cara mengenal imam solat anda dan bersama-sama menuju ke jannah.Tempat terhad. Ramai sudah mendaftar.

WEBINAR JODOH : SUAMI KIRIMAN ILAHI

Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh

IKLAN

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku” ‍‍

Jelas dan yakin dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

Akan dijauhi heartbreak dan lelaki yang tak serius

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/