Kek Tumbang Di Majlis Resepsi, Netizen Puji Datuk Alha Tak Melenting. Doakan Keduanya Murah Rezeki & Bahagia Till Jannah!

Share

Perkahwinan itu adalah detik terindah dalam hidup. Kalau boleh mahu majlis yang diraikan akan dikenang sampai bila-bila. Dan sebagai raja sehari pasti kita mahukan perjalanan majlis itu bermula dengan lancar hinggalah berakhirnya majlis berkenaan.

Namun kita hanya merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Siapa sangka majlis resepsi usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa yang diadakan di Dewan Mindef  mencetuskan satu memori indah yang cukup manis untuk dikenang.

Kek perkahwinan berbentuk menara yang dihias seakan-akan cermin tinggi tumbang ketika pengantin sedang merakamkan gambar kenangan.

Walaupun kejadian itu tidak disengajakan, tetapi berkali-kali pihak yang meletakkan kek tersebut di tenga pentas meminta maaf pada Datuk Alha.

Namun beliau sedikitpun tidak marah atau melenting malah memberitahu ia menjadi satu memori yang cukup indah untuk diingati dirinya dan isteri kelak. Baginya apa yang penting tidak ada yang cedera atau berada di belakang kek berkenaan.

Berkongsi status di laman Instagramnya, Datuk Alha memberitau rezeki (makan kek) hanya setakat itu sahaja dan meminta maaf kepada tetamu yang tidak dapat merasa kek berkenaan.

Tambahnya lagi dia juga turut berterima kasih kepada team Nas Great Idea Wedding yang bertanggungjawan merealisasikan impiannya menyediakan kek kaca kerana sebelum itu ramai yang menolak kerana tidak mahu mengambil risiko jika berlaku apa-apa.

Datuk Alha  dan isteri, Datin Noor Azlin yang selamat melangsungkan akad nikah di Taiping 28 September lalu turut memohon maaf daripada tetamu jika ada kekurangan daripada pihak mereka sepanjang majlis berlangsung.

Sebaik muat naik posting berkenaan, ramai yang memberitahu majlis semalam seperti wedding of the year walaupun berlaku kejadian kek tumbang.

Rata-rata  memberikan komen positif dan menyifatkan Datuk Alfa seorang yang positif, humble dan berhati mulia apabila tidak marah atau melenting disebabkan kejadian berkenaan. Malah mereka turut mendoakan rezeki beliau lebih murah lagi di tempat lain kelak.

Suka sebab seorang yang positif

sarahadila__ positive nya dato’ ni. patutla ramai orang suka. rezeki dato’ kat tempat lain tu. yang penting, wedding dato’ still wedding of the year. 

arnimuamalaysia @alhaalfa tahniah.. mulia hati awk suami is3.. hakak tabik.. mudah mudahan.. bhgia til jannah.. n cepat dpt baby yer.. aminn..

ezahadnan Insha Allah ade rezky laen utk dato’ yg melimpah ruah lps nih..stay humble dato’..salute!

Moga rumah tangga kekal till jannah

_einasaad_ Allah..takde rezeki..semoga sy pun jd sepositif dato..semoga rumahtgga dato kekal bahagia hingga kesyurga…aamiin

iamshekin xpe dato..yg penting majlis lancar..kek rebah dpt cvr dgn majlis yg meriah gtu..smg bahagia hgg hjg nyawa..suka tgk dato n datin..part story dpd awl smp kawen tu plg inspired! 

Moga rezeki terus mencurah-curah selepas ini

narabeauty_hq Allahh akan datangkan yang lagi baik untuk Dato n Datin nanti. Berlapang dada dan tidak salahkan mana2 pihak lebih melegakan. Mmg nampak berat giler kek tu. Semoga rezeki Dato @alhaalfa lebih mencurah2 selepas ni

nettyzjoey Semoga rezeki dato lagi & lagi & lagi & lagik murahhh lps ni… btol, kek mmg bole cari..stay positive n humbleee !

wawadhiya_ Sebenar Allah nak tunjuk nilai jati diri dato lebih bernilai dari kek tu .. setinggi2 kek .. tinggi lagi budi bahasa dato 🖒 jatuh kek tu ..tapi kesabaran dato tak ikut jatuh sekali …

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALHA ALFA & NAS GREAT IDEA

IKLAN