Kenapa Rasulullah Sebut 3 Kali Perkataan CELAKA Bagi Orang Yang Berdusta Untuk Buat Satu Kaum Ketawa

Share

Sejak semalam media sosial hangat memperkatakan lamaran pelakon Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose di pentas Anugerah Meletup Era 2020. Biar ada bersetuju dan tidak dengan tindakan lamaran itu tetapi nampaknya luahan hati Zizan Razak yang “dibahan”tentang soal jodohnya sekali lagi membuatkan pelakon itu bersuara.
Kali ini agak keras nadanya. Mungkin Zizan berasa kecewa apabila dirinya sekali lagi menjadi bahan gurauan melampau di media sosial.

Dalam fb officialnya ditulis tengah malam tadi, Zizan menulis perkara ini.

Melihat apa yang berlaku malam ni menjadi perbualan dimedia sosial tentang jodoh saya di media sosial selepas KAMAL ADLI melamar UQASHA SENROSE di pentas Ame 2020 malam tadi. Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan plan saya dan saya tidak tahu dan cuma memberi respon yang sporting untuk memberikan program nampak best. Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya dia.

Ternyata Zizan kurang senang apabila jodohnya menjadi bahan gurauan masyarakat kerana dirinya sedar jodoh maut ajal pertemuan itu ditentukan oleh Allah SWT.

Apa kesannya terhadap kita yang mungkin turut mempersendakan jodoh orang lain biarpun hal ini tidak kita perkatakan di hadapan orang mendengarnya?

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celakalah bagi orang yang berdusta untuk berbicara untuk membuat satu kaum ketawa, celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya." (Riwayat Abu Daud)

Walau kita membuat jenaka tetapi jenaka itu tidak boleh mengandungi celaan dan penghinaan kepada orang lain apatah lagi menyakiti hatinya. Dalam bahasa lebih mudah, jenaka jangan melampaui batas dan menyakiti hati orang lain mendengarnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

Jangan sampai tergolong ghibah

Apa yang dimaksudkan dengan ghibah?

Ghibah secara istilah adalah menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang Muslim sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan). Baik dalam soal jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, akhlaknya, bentuk lahiriahnya dan sebagainya. Cara melakukan ghibah juga bermacam-macam. Di antaranya dengan mengetengahkan keaiban seseorang dan meniru tingkah-laku atau gerak-geri tertentu dengan bertujuan untuk memperolokkannya dan mempersendakannya.

Secara bahasa mudahnya, ghibah bererti mengumpat.

Namun ia tidak hanya menjurus kepada perbuatan mengumpat semata-mata. Ramai orang meremehkan permasalahan ghibah, pada hal dalam pandangan Allah ia adalah sesuatu yang keji dan kotor.

Hal itu dijelaskan dalam sabda hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. "Ertinya : Ghibah itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seseorang lelaki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan ghibah yang paling berat adalah mengumpat seorang lelaki atas kehormatan saudaranya". (As-Silsilah As-Shahihah,)
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda “barangsiapa menolak (ghibah atas) kehormatan saudaranya, nescaya pada hari kiamat Allah akan menolak menghindarkan api neraka dari wajahnya". (Hadis Riwayat Ahmad)

IKLAN