Ketua Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Safri Muhammad, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.
Menurut isterinya, Rusamiah Ismail, 51, Allahyarham Safri dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit gigi yang teruk dan pitam.
“Keadaan kesihatannya mula merosot dan mengalami batuk menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk menidurkannya jam 5 petang tadi,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Ads
Ujarnya, doktor mengesahkan jantung arwah terhenti dan pihak hospital terpaksa melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebanyak lima kali sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, Allahyarham yang berasal dari Medan, Indonesia turut meninggalkan tiga orang anak berusia 15 hingga 20 tahun.
Ads
Beliau sebelum ini bertanggungjawab ke atas kajian My #QuranTime 1.0 dan 2.0 yang disiarkan di tiga stesen TV sejak tahun 2020 dan mengajar kelas bahasa Arab dan al-Quran di Kumpulan Karangkraf sejak tahun 2014.
Pada Sabtu lalu, Allahyarham terlibat dalam program Wellness #QuranHour di Masjid Darul Ehsan, SS 15 Subang Jaya.
Ads
Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang berkata, Allahyarham mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Sains al-Quran dari Universiti Madinah turut terlibat dengan World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour sejak ianya mula diperkenalkan.
Ramai di kalangan ibu bapa mengungkapkan rasa sayang mereka kepada anak-anak ketika menjemput anak-anak pulang dari sekolah atau mengajak anak bermain, membelikan mainan yang mahal, ataupun memberi makanan bergizi pada si buah hati. Sebenarnya ada satu lagi bentuk mekanisme yang mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Mekanisme yang dimaksudkan ialah PELUKAN.
Ya! Siapa yang dapat menyangkal bagaimana PELUKAN mampu mengungkapkan kasih sayang ampuh antara ibu bapa dengan anak-anak. Anak kecil dan bayi setidak-tidaknya memerlukan 5 hingga 6 pelukan setiap hari. Kajian juga mengungkapkan bahawa sering memeluk anak boleh membuatkan mereka hidup dan ‘berkembang’ dengan lebih baik.
EMPAT MANFAAT MEMELUK ANAK-ANAK
MENJADIKAN ANAK-ANAK LEBIH PINTAR
Manfaat memeluk anak bukan hanya sekadar menunjukkan kasih sayang tetapi juga mampu menjana perkembangan otak mereka. Otak anak-anak akan lebih berkembang jika dibandingkan dengan anak yang jarang dipeluk. Meskipun hal ini bukan bererti boleh meningkatkan IQ mereka, pelukan ibu bapa mampu memaksimumkan cara kerja dan perilaku mereka. Memeluk anak secara rutin akan memberikan baik untuk masa depan mereka, persekitaran dan perilaku mereka apabila dewasa nanti.
ANAK-ANAK TERHINDAR DARIPADA RASA STRES DAN CEMAS
Penghasilan hormon endorfin dalam tubuh menjadi salah satu manfaat kesan daripada memeluk anak-anak. Pada dasarnya, hormon ini berfungsi untuk mengurangi ketegangan saraf dan juga tekanan darah. Ini bererti anak-anak yang lebih banyak atau sering dipeluk oleh kedua ibu bapanya akan terhindar daripada stres dan cemas.
ANAK-ANAK JADI TENANG DAN PENYANYANG
Dengan membiasakan memeluk atau dipeluk, anak akan menganggap hal ini sebagai rasa kasih sayang. Kemungkinan juga, ketika anak besar nanti mereka akan menjadi lebih empati dan penyayang, kerana manfaat pelukan tersebut dapat memberikan energi baik kepada mereka.
MENGUATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH ANAK
Keadaan stres dapat memicu pengeluaran hormon kortisol pada tubuh. Dan sayangnya, sistem saraf otonom pada anak belum cukup berkembang untuk mengatur emosi-emosi pada skala besar. Kalau dibiarkan terlalu lama, hal tersebut akan membunuh sel-sel otak tertentu iaitu area hippocampus. Maka sebab itulah pelukan itu membawa manfaat kepada sistem saraf mereka kepada keadaan seimbang. Lalu dengan terjadinya pelukan, hormon oksitosin yang dilepaskan ke dalam aliran darah juga akan membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh anak-anak.
Walau bagaimanapun memeluk anak-anak juga ada teknik yang tertentu.
Berikut dikongsikan teknik memeluk anak lelaki dan anak perempuan.
Cara memeluk anak perempuan:
Tepuk dan gosok-gosok belakang anak perempuan (rujuk gambar sebelah kiri). Bahagian tersebut dinamakan sebagai Qalbu. ANCHOR POINTNYA. Semoga bila ibu menggosok-gosokkan bahagian itu IN Shaa Allah, ibu bagi nasihat apa pun, anak-anak akan pasak dan ingat sampai bila-bila.
Cara memeluk anak lelaki:
Bagi anak lelaki pula, ANCHOR POINTNYA ialah di bahagian belakang kepala di bahagian atas (rujuk gambar sebelah kanan). Gosokkan beberapa saat. Ketika itu, lontarkan beberapa nasihat kepada anak lelaki anda. Berikan nasihat yang serba ringkas.
Sumber: Baby Comel TRB
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Memiliki seorang isteri yang solehah tentunya menjadi idaman bagi setiap kaum lelaki. Isteri yang solehah umpama perhiasan dan kecantikan dunia yang mampu mengalahkan indahnya kilauan emas, intan atau bahkan permata sekalipun.
Bukan itu sahaja memiliki seorang isteri yang solehah juga mampu membawa kehidupan yang lebih baik, sama ada untuk suaminya atau bahkan untuk keluarga kecilnya.
Doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab. Hikmah doa seorang isteri memberikan impak yang besar dalam kehidupan seorang suami.
MENDORONG KEJAYAAN SUAMI
Kekuatan doa seorang isteri dan keutamaan berdoa dalam Islam ternyata memiliki manfaat dan faedah yang begitu luar biasa di dalam kehidupan seorang suami.
MEMBUKA PINTU REZEKI
Tatkala seorang suami meminta izin kepada isterinya untuk mencari nafkah maka sebaiknya diiringi dengan doa terbaik seorang isteri.
MEMBERI SEMANGAT KEPADA KEHIDUPAN SUAMI
Doa seorang isteri memberi semangat kepada seorang suami itu untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi.
MEMUDAHKAN URUSAN SUAMI
Saat doa isteri mengiringi langkah seorang suami maka ia akan memudahkan segala pekerjaan yang dilakukan oleh suami.
MEMBUKA PINTU SYURGA
Bukan hanya untuk kejayaan di dunia semata-mata, doa daripada seorang isteri juga turut membuka pintu syurga baik untuk suami, isteri dan juga anak-anak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sesungguhnya hidup kita di dunia ini adalah untuk diuji. Tujuannya ialah mengukur sejauh manakah tahap iman dan kesabaran yang ada pada diri seseorang itu. Sifat sabar yang ada pada diri seseorang itu menjadikan diri lebih kuat dan tabah.
Ya! Sabar itu mudah disebut di bibir tanpa menghadirkan rasa simpati yang tinggi dalam hati. Tanpa disedari, sabar itu sebenarnya suatu sifat yang menuntut kepada mujahadah dan ketahanan pada aras tinggi.
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 2999)
Pengajaran:
1. Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.
2. Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak reda walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.
3. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.
Ayuh kita usahakan agar memiliki sifat SYUKUR dan SABAR dalam hidup ini.
Sumber: Imam Muda Azlan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?