Kita mungkin menerima pesanan begini di WhatsApp, inbox di sosial media atau SMS satu ketika dulu. Memang ada yang percaya dan melakukan suruhan ini.
Awas ya kerana ini bermakna anda telah melakukan tathayyur atau syirik kecil. Segeralah memohon keampunan Allah SWT.
Makna Thiyarah atau Tathayyur
Thiyarah merupakan istilah bahasa Arab yang membawa maksud burung. Sejarahnya bermula pada zaman orang Arab jahiliyyah ketika ingin mengerjakan safar.
Mereka akan merujuk kepada pergerakan burung yang telah dilepaskan ke langit kerana bagi mereka jika burung tersebut bergerak ke kiri, maka mungkin akan terjadi musibah di tengah jalan manakala jika burung tersebut bergerak ke sebelah kanan, maka nasib yang baik-baik sahaja akan menyusul dan mereka dibenarkan untuk mengerjakan safar (perjalanan) .
Dari segi umumnya, maksud thiyarah adalah beranggapan sial ketika terjadinya sesuatu musibah yang melanda dengan alasan sesuatu perkara yang terjadi sebelumnya. Ia adalah sama erti dengan tathayyur.
Contoh-contoh Tathayyur
– Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
– Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
– Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.
– Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik ke rumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
– Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.
– Tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
– Diberak burung kononnya ada rezeki.
– Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
– Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
– Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
– Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.
– Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.
Ads
Kenapa dikatakan syirik?
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
Hadis riwayat Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Bahaya At-Tathayyur
“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:
Ads
1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah SWT serta bersandar kepada selain Allah SWT. Padahal Allah Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
Al-Ikhlas: Ayat 2
Dan perintah Allah SWT
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, sedangkan hal tersebut hanya jangkaan dan khayalan sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)
Ads
Setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah
Setiap kejadian di muka bumi ini terjadi dengan izin Allah. Sebagai seorang hamba yang bertaqwa dan mempunyai iman di dada, wajib mempercayai kepada qada’ dan qadar.
“Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan, mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
Sebagai manusia yang lemah, kita banyak berbuat dosa. Sedekah pula adalah antara amalan yang boleh memadamkan dosa yang kita lakukan.
Daripada Mu’az bin Jabal r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang boleh memasukkannya ke dalam syurga dan menjauhkannya dari neraka.
Maksudnya: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah bertanya padaku tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah.
Kemudian Baginda bersabda lagi:
“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” (HR Tirmizi, hadis )
Berdasarkan hadis ini marilah kita sama-sama tingkatkan amalan sedekah untuk menghapuskan dosa dan mencari ganjaran pahala bekalan di alam akhirat nanti.
Dalam mempraktikkan sedekah, berikut adalah 8 waktu yang afdal atau terbaik untuk bersedekah sebagaimana perkongsian ilmu dari Ustazah Asma’ Harun. Jom sama-sama amalkan!
8 WAKTU TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH
1. PADA WAKTU PAGI
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw bersabda:
Maksudnya: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu pun hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya (261).
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita (262).” (Surah al-Baqarah: 261-262)
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu pun hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” (HR Bukhari, hadis sahih)
5. SAAT MASIH HIDUP DI DUNIA AGAR TIDAK MENYESAL KELAK
Maksudnya: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kematianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munafiqun: 10)
6. PADA BULAN ZULHIJJAH IAITU 10 HARI TERAWAL BULAN TERSEBUT
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”
Baginda bersabda:
“Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (HR al-Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah Ramadan, beliau menjawab, “Bulan Sya’ban untuk memuliakan Ramadan, ” Beliau ditanya lagi, lalu sedekah apa yang paling utama? Beliau menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan.” (HR Tirmizi, hadis dhaif)
b) Daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah manusia yang paling dermawan dan Baginda akan terlihat lebih dermawan pada bulan Ramadan; ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya setiap malam pada bulan Ramadan dan mengajarkan Al-Quran.” Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah SAW ketika ditemui Jibril a.s., lebih dermawan dalam hal kebaikan daripada angin yang berembus.” (HR an-Nasa’i, hadis sahih)
8. PADA HARI JUMAAT
Ibnu Qayyim Al-Jawziyah menyatakan:
Maksudnya: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.” (Kitab Zad Al-Ma’ad)
SubhanAllah, Allahu Akbar.
Setiap daripada kita dikurniakan bentuk nikmat dan rezeki yang berbeza-beza daripada Allah SWT. Maka, jalan untuk memanfaatkan rezeki itu juga berlainan. Sedekah bukan hanya melalui wang ringgit sahaja, tetapi berzikir, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga merupakan bentuk-bentuk sedekah.
Maksudnya: “Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana jika tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Berusaha dengan tangannya, sehingga dia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.” Mereka bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Tolong orang yang sangat memerlukan bantuan.” Mereka bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau menyuruh melakukan yang ma’ruf.” Sahabat bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?” Baginda bersabda: “Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Allahu Akbar, betapa besar dan pentingnya ibadah sedekah sehingga Rasulullah SAW tidak memberi kelonggaran kepada para sahabat yang tidak mampu melakukannya, sebaliknya Baginda terus melorongkan mereka kepada laluan-laluan yang membolehkan mereka mendapat pahala sedekah.
Semoga sedekah ini menjadi budaya yang terus subur dalam kalangan kita lalu menjadi asbab kita dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus melalui pintu sedekah, Allahumma amiin.
Kita selalu berasa masa makin singkat. Baru buat kerja, tengok-tengok dah tengah hari. Bukan sekali dua kita dengar kata-kata rakan ‘cepatnya masa berlalu…’
Balasan seringkali kita beri adalah ‘itu tanda kiamat dah nak dekat’. Namun menurut catatan Prof. Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, dari Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia ia juga ada kaitan dengan hilangnya keberkatan masa. Ia berdasarkan hadis yang dihuraikan oleh al-Imam Ibn Hajar.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita bahawa apabila semakin dekat hari kiamat nanti, manusia akan merasakan masa semakin singkat.
Sabda Rasulullah:
لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ فَتَكُونَ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah masa semakin singkat, (Manusia akan merasakan) Masa setahun jadi seperti sebulan sahaja.” (HR al-Bukhari)
Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Hajar menyatakan bahawa di akhir zaman itu manusia akan merasakan masa akan semakin singkat. Ini berlaku kerana hilangnya keberkatan masa.
Pandangan yang sama turut dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi. Kata al-Nawawi:
الْمُرَادُ بِقِصَرِهِ عَدَمُ الْبَرَكَةِ فِيهِ
“Dan yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu adalah disebabkan kerana hilangnya keberkatan masa.”
Perhatikan bagaimana para sarjana terdahulu menghasilkan karya yang sukar untuk dihasilkan oleh generasi pada hari ini. Sebagai contoh apa yang dilakukan oleh al-Imam al-Nawawi. Menurut Ibn al-Attar, al-Imam al-Nawawi meninggal pada usia 45 tahun (Tuhfah al-Talibin, 43).
Walaupun melalui usia yang singkat, beliau meninggalkan karya yang tidak terhitung.
Dr. Khalid Abu Syadi menyebutkan bahawa sekiranya dibahagikan usia hidup al-Nawawi dengan jumlah karyanya, kita akan dapati seolah al-Nawawi mengarang setiap hari sebanyak empat helaian kertas. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23).
Menurut al-Khatib al-Baghdadi pula, al-Imam Ibn Jarir al-Tabari (M310H) menulis setiap hari sebanyak 40 helaian kertas. Dr. Abu Syadi menjelaskan bahawa, sekiranya dikira usia al-Imam al-Tabari dengan tabiat penulisan beliau setiap hari ini, penulisan beliau mencapai bilangan hampir 584,000 helaian penulisan yang dihasilkan.
Seakan-akan keberkatan masa itu sentiasa mengiringi mereka sehingga mereka menghasilkan sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh orang lain. Sedangkan kita dan mereka telah dikurniakan dengan tempoh masa yang sama.
Bumi tidak pernah berputar lebih perlahan ketika mereka menulis. Tetapi karya yang dihasilkan seakan-akan masa yang dilimpahkan buat mereka lebih banyak dari kita.
Solat Tahajud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah tidur pada malam hari. Solat ini lebih afdal dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Ini kerana ada banyak kelebihan solat tahajud.
Ia boleh menjadi mencegah kita sebagai manusia melakukan lebih banyak dosa serta mencegah penyakit. Solat tahajud juga adalah usaha kita masuk syurga tanpa hisab.
Rasulullah SAW bersabda:
Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit
— Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A
Rasulullah SAW bersabda:
Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru: ‘Siapakah (di dunia) yang telah meninggalkan tempat-tempat tidur mereka (untuk qiamullail)?’ Lalu sekumpulan kecil yang bangun malam itu masuk syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan hisab kepada semua manusia
— Riwayat al-Baihaqi daripada Asma binti Yazid
Dalam pada itu Dr. Zaharuddin Abd Rahman turut berkongsi tentang keajaiban solat Tahajud yang mampu mendekatkan diri kita kepada pencipta.
Subuh masuk lewat ketika ini (6.15 untuk Kuala Lumpur) nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 6 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur – tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)
Waktu solat Tahajud bermula selepas Isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.
Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis:
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya: Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)
Justeru, ambillah peluang mendirikan solat Tahajud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah SWT menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya.
Jangan niat solat Tahajud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT & redaan-Nya. Insha Allah.
Jangan juga pandang rendah jika hanya mampu laksana dua rakaat Tahajud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah SWT berbanding yang banyak tetapi terputus.
Solat Tahajud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub jauh lebih mulia dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.
Tip memudahkan bangun solat malam:
*Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajud. *Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. *Bersederhana makan dan minum pada waktu siang. *Membaca ayat-ayat al-Quran.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...