Lidah insan beriman tidak lekang dari menyebut nama Allah. Namun bagi kita Melayu yang tidak menguasai bahasa Arab, adakalanya kita gagal menggunakan pada tempat yang betul.
Khususnya penggunaan ungkapan “Masya-Allah” dan “Subhanallah”.
Contoh kesilapan itu adalah seperti berikut:-
“Masya-Allah, habis mati ternakan aku” “Subhanallah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Ads
Sepatutnya begini:-
“Subhanallah , habis mati ternakan aku.” “Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Ads
Apakah beza maksud dua ungkapan itu? “Subhanallah” bermaksud “Maha Suci Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian malang yang menakjubkan kerana keburukan atau kenegatifannya dan kita berharap kejadian itu TIDAK berlaku lagi atau berulang.
Ads
Manakala Masya-Allah bermaksud “kejadian itu berlaku atas kehendak Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian yang menakjubkan kerana kebagusannya dan kita berharap kejadian itu berlaku lagi atau berulang.
Jadi, apabila kita berkata dengan cara yang betul, “Subhanallah, habis mati ternakan aku” bermakna kita berharap peristiwa malang atau kejadian buruk itu tidak akan berlaku lagi.
Dan apabila kita berkata, “Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan” bermakna kita berharap peristiwa atau kejadian yang menakjubkan itu akan berlaku lagi atau berulang. Namun, kedua-dua ungkapan itu merupakan zikir kepada Allah. Wallahu a’lam. Sumber : Bahagian Dakwah Jakim.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Walaupun kita dalam fasa Perintah Kawalan Peregerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak membataskan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.
Jika sebelum ini ada yang menggunakan cara kaedah online untuk majlis akad nikah terutama untuk pasangan di Lembah Klang.
Dan terbaru pasangan yang berada di Negeri Kedah juga diberi kelonggaran untuk tidak menghadiri kursus perkahwinan. Sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temuduga ringkas.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.
“Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.
“Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan),” katanya di sini.
Jadi kepada pasangan menetap di negeri Jelapang Padi ini boleh mengambil kesempatan berbuat demikian dan hanya menjalankan acara wajib sahaja seperti akad nikah.
Memiliki anak adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Anak dianggap pembawa rezeki dalam alam rumahtangga. Namun tidak semua diberikan rezeki satu ini walau sudah mencuba pelbagai cara dan keadah untuk mendapatkan si comel ini.
Masa yang sama, aturan Allah itu juga cukup indah buat hamba-hambanya yang bersabar dan redha dengan semua ujian kehidupan ini. Dikongsi dari instagramnya, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan mereka mengambil anak angkat, seorang bayi lelaki diberi nama Musa yang kini sah sebagai mahramnya.
Melayari kehidupan berumahtangga selama 11 tahun, dalam perkongsiannya Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman memaklumkan mereka mengambil Musa sebagai anak angkat sejak tiga bulan lalu.
Bahkan dirinya turut berkongsi perjalanan dan perjuangan mereka untuk memperoleh seorang zuriat walau pun bukan lahir dari rahimnya.
Pernah melakukan keadah IUI, IVF selama bertahun-tahun namun Allah menganugerahkan kami bayi yang manis ini melalui cara lain dan semua itu sudah pasti. Jika Allah mengkehendakinya untuk anda, tiada apa dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab”tulisnya.
Tambahnya lagi, dirinya mengambil masa lebih setahun untuk menikmati momen sebegini (sebelum memiliki Musa) kerana ada banyak perkara perlu difikirkan termasuk soal nama (dalam islam sudah tentu nama bin Abdullah atau nama lain dan bukannya nama bapa angkat).
Bahkan perjalanan kemanusiaan kami juga sangat membantu dalam membuat keputusan ini. Jelasnya lagi membuka pintu hatinya untuk peristiwa yang mengubah corak kehidupannya hari ini bukan mudah dan dirinya sentiasa berdoa agar Allah meluaskan hatinya dan memberi ruang di dalamnya untuk dirinya melepaskan rasa tidak yakin dan percaya kepada Allah, perancangan-Nya, jalan-Nya.
“Alhamdulilah, dengan baby Musa, hati, jiwa, minda dan badan saya sedia menerimanya. Dia adalah anugerah dan ciptaan Allah yang indah, dan merupakan satu keistimewaan bagi kita untuk memilikinya setakat ini.,”katanya sambil menambah menjadi ibu bapa baru adalah satu perjalanan roller coaster yang mengagumkan dan kami menyayanginya setiap saat.
“ Alhamdulilah. Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin.” tulisnya panjang lebar.
Percayalah, jika kita diuji dengan ujian sebegini, ada jalan keluar darinya (memiliki cahayamata) walau bukan lahir dari rahim sendiri. Dan kegembiraan itu tetap sama kerana kedatangan anak adalah rezeki.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Gelaran yang patut wanita geruni setelah berkahwin ialah menjadi ISTERI DERHAKA sedangkan pada awalnya sudah bersemangat untuk menjadi isteri mithali.
Bukan perkara mudah menjadi isteri lebih-lebih lagi tidak menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Apabila ini terjadi, biarpun suami telah menasihati, namun isteri tiada kesedaran berubah maka akan timbul lah istilah isteri derhaka kerana tidak taat kepada perintah suami yang soleh dan beriman. Elakkan lah melakukan perbuatan yang akan mengecilkan hati suami, takut-takut boleh jadi isteri derhaka.
Rasulullah SAW pernah bersabda : لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا “Andai boleh kuperintahkan seseorang untuk bersujud kepada yang lain tentu kuperintahkan seorang isteri untuk bersujud kepada suaminya.” (HR. Tirmidzi)
Akan tetapi, banyak daripada para isteri yang kurang memahami tentang erti pentingnya hal itu, bahkan baik disedari ataupun tidak para isteri tetap melakukan perkara-perkara yang menyebabkan mereka boleh menjadi isteri derhaka. Cuba audit diri, adakah sikap atau ciri ini ada pada isteri, jika Ya, perlu lakukan perubahan segera :
Ciri ciri isteri derhaka pada suami yang paling utama ialah tidak taat pada perintah suami. Seorang isteri yang baik dan solehah adalah isteri yang sentiasa taat pada suami dalam keadaan apa sekalipun.
Dengan taat pada suami, hal itu akan menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang serta kesetiaan suami kepada isterinya. Akan tetapi sebaliknya, jika isteri tidak taat pada suami, maka besar kemungkinan rasa kasih sayang, rasa cinta, serta kesetiaan suami akan hilang.
Islam menyebut perbuatan seorang istri yang tidak taat kepada suaminya sebagai nusyus dalam erti kata lain bersikap membangkang. Isteri nusyus adalah isteri yang melawan dan melanggar perintah suami (tidak taat pada suami), serta tidak redha atas kedudukan yang telah diberikan Allah SWT kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:
“Pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.” (HR. An-Nasai dan Ahmad)
Dalam hadis yang lain, Baginda SAW bersabda: إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ “Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), serta betul-betul menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan benar-benar taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini, “Masuklah dalam syurga melalui pintu mana saja yang engkau suka.” (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)
Kedua-dua hadis ini jelas menunjukkan bahawa isteri yang taat pada suami adalah salah satu ciri wanita yang baik, dan bagi wanita seperti itu, maka Allah SWT menjanjikan syurga bagi mereka.
Antara perbuatan tidak mentaati sumai yang kerap kita dengar antaranya: Keluar rumah tanpa izin suami Mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati suami Membuka rahsia suami pada orang lain Membelanjakan wang suami secara berlebihan tidak pada tempatnya Mengkhianati suami, misalnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain Lalai atau tidak mahu melayani suami, baik secara terang-terangan mahupun secara samar.
Tiada satu pun di dunia ini sempurna kejadiannya. Hanya Allah sahaja yang sempurna kerana Dia Maha Pencipta segalanya. Meminta sesuatu yang sempurna dalam rumahtangga akan membebankan suami walaupun dia telah sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada isteri.
Selalu ini terjadi apabila isteri melihat kekurangan diri berbanding orang lain. Contohnya gaya hidup rakan-rakan yang dilihat dalam sosial media, televisyen, majalah dan lain-lain.
Islam sangat memuliakan seorang wanita, bahkan dalam Islam seorang ibu dikurniakan tiga kali ganda hak untuk lebih dihormati daripada seorang ayah dan syurga berada di bawah telapak kaki seorang ibu.
Akan tetapi Rasulullah SAW ada bersabda bahawa majoriti penghuni neraka adalah para wanita. Ini disebabkan wanita seringkali kufur nikmat yang diberikan Allah SWT. Hal ini terjadi kerana mereka menidakkan semua kebaikan yang telah dilakukan oleh suami kepada mereka. Apa sahaja kebaikan yang suami telah lakukan, isteri tetap mempertikaikannya dan ini menyebabkan suami berkecil hati.
Hubungan pernikahan tidak hanya bertujuan untuk menyatukan dua insan ke dalam hubungan yang sah, akan tetapi suatu pernikahan juga bertujuan untuk menyatukan dua keluarga. Kecintaan, kasih sayang, dan penghormatan seorang suami akan semakin bertambah apabila isterinya mampu menempatkan dirinya dengan baik dalam keluarga si suami.
Akan tetapi terkadang seorang isteri menuntut agar perhatian dan kasih sayang suami hanya ditujukan kepadanya saja, tanpa menyedari bahawa suami juga memiliki kewajiban untuk berbakti kepada orangtuanya. Hal inilah yang sering menyebabkan kecemburuan isteri pada keluarga suami dan berupaya untuk menjauhkan suami dari keluarganya.
Ada kalanya, walaupun suami telah memberikan yang terbaik bagi memenuhi keinginan isteri dan adakalanya tidak. Dalam keadaan ini, isteri berangpan bahawa suami tidak mampu memenuhi permintaannya. Isteri harus ingat bahawa setiap manusia tidak sama kemampuannya dalam menyediakan keperluan tertentu.
Mengungkit-ungkit kebaikan yang pernah dilakukan terhadap suami juga boleh menyebabkan isteri menjadi derhaka. Hal ini tentu akan menyakiti perasaan sang suami.
Cemburu itu bagus tetapi jika terlalu cemburu ia akan menyebabkan suami berasa sakit hati walaupun hakikatnya tidak ada perkara yang perlu dicemburui oleh isteri apatah lagi tiada bukti dan fakta. Rasa cemburu terhadap suaminya menurut syariat Islam ialah apabila suami melakukan kemaksiatan seperti berzina, menzalimi isteri, mengurangi hak-hak isteri dan sebagainya.
Isteri harus selalu berusaha menyenangkan suaminya, seperti menunjukkan wajah yang ramah, tidak bermuka masam, serta sejuk ketika suami memandangnya. Selain itu, isteri juga harus selalu menjaga perbuatan dan ucapannya agar tidak menyakiti hati suami, misalnya tidak mencaci, suka mengkritik, berkata-kata keras, mahupun sering mengajuk suami. Hal ini akan membuat perasaan suami terluka.
Aktif dengan aktiviti luar rumah bukanlah isu besar, akan tetapi setiap kali melakukan aktiviti tersebut, isteri harus mendapatkan izin dari suami dan tidak boleh mengabaikan tugas serta tanggungjawabnya di rumah.
Jagalah penampilan di hadapan suami bukan hanya jika keluar dari rumah sahaja. Jika seorang isteri terlihat kotor, lusuh dan berbau ketika berada di hadapan suami, maka tidak hairan jika lama-kelamaan suami akan menjadi tidak betah di rumah. Akan tetapi juga sebaliknya apabila isteri terlalu sibuk berdandan sehingga lupa akan kewajipannya sebagai isteri.
Kashoorga: Kata kunci untuk kekal menjadi isteri solehah adalah, jangan sesekali mengecilkan hati suami. Jika tidak berpuas hati, bincang dahulu. Jika penjelasan rasional, maka isteri perlu terima kenyataan itu. Perlu ada sikap tolak ansur dan kematangan berfikiran.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?