Gelaran yang patut wanita geruni setelah berkahwin ialah menjadi ISTERI DERHAKA sedangkan pada awalnya sudah bersemangat untuk menjadi isteri mithali.

Bukan perkara mudah menjadi isteri lebih-lebih lagi tidak menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Apabila ini terjadi, biarpun suami telah menasihati, namun isteri tiada kesedaran berubah maka akan timbul lah istilah isteri derhaka kerana tidak taat kepada perintah suami yang soleh dan beriman. Elakkan lah melakukan perbuatan yang akan mengecilkan hati suami, takut-takut boleh jadi isteri derhaka.

Ciri-ciri Isteri Derhaka; Takut Tidak Bau Harumnya Syurga

Artikel berkaitan : Ziarah Kubur Ibu Bapa Tiap Jumaat, Doa Anak Derhaka Tetap Diterima Allah

Artikel berkaitan: Elak Sakitan Hati Isteri Kalau Tak Nak Di Mark Malaikat, Derhaka Pada Allah. Pesanan Untuk Para Suami!

Rasulullah SAW pernah bersabda :
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
Andai boleh kuperintahkan seseorang untuk bersujud kepada yang lain tentu kuperintahkan seorang isteri untuk bersujud kepada suaminya.” (HR. Tirmidzi)

Akan tetapi, banyak daripada para isteri yang kurang memahami tentang erti pentingnya hal itu, bahkan baik disedari ataupun tidak para isteri tetap melakukan perkara-perkara yang menyebabkan mereka boleh menjadi isteri derhaka.
Cuba audit diri, adakah sikap atau ciri ini ada pada isteri, jika Ya, perlu lakukan perubahan segera :

1.Tidak taat pada suami

Ciri ciri isteri derhaka pada suami yang paling utama ialah tidak taat pada perintah suami. Seorang isteri yang baik dan solehah adalah isteri yang sentiasa taat pada suami dalam keadaan apa sekalipun.

Dengan taat pada suami, hal itu akan menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang serta kesetiaan suami kepada isterinya. Akan tetapi sebaliknya, jika isteri tidak taat pada suami, maka besar kemungkinan rasa kasih sayang, rasa cinta, serta kesetiaan suami akan hilang.

Islam menyebut perbuatan seorang istri yang tidak taat kepada suaminya sebagai nusyus dalam erti kata lain bersikap membangkang. Isteri nusyus adalah isteri yang melawan dan melanggar perintah suami (tidak taat pada suami), serta tidak redha atas kedudukan yang telah diberikan Allah SWT kepadanya.
Rasulullah SAW bersabda:

IKLAN

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

“Pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.” (HR. An-Nasai dan Ahmad)

Dalam hadis yang lain, Baginda SAW bersabda:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), serta betul-betul menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan benar-benar taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini, “Masuklah dalam syurga melalui pintu mana saja yang engkau suka.” (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)

Kedua-dua hadis ini jelas menunjukkan bahawa isteri yang taat pada suami adalah salah satu ciri wanita yang baik, dan bagi wanita seperti itu, maka Allah SWT menjanjikan syurga bagi mereka.

Antara perbuatan tidak mentaati sumai yang kerap kita dengar antaranya:
Keluar rumah tanpa izin suami
Mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati suami
Membuka rahsia suami pada orang lain
Membelanjakan wang suami secara berlebihan tidak pada tempatnya
Mengkhianati suami, misalnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain
Lalai atau tidak mahu melayani suami, baik secara terang-terangan mahupun secara samar.

2. Meminta kesempurnaan dalam rumah tangga

Tiada satu pun di dunia ini sempurna kejadiannya. Hanya Allah sahaja yang sempurna kerana Dia Maha Pencipta segalanya. Meminta sesuatu yang sempurna dalam rumahtangga akan membebankan suami walaupun dia telah sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada isteri.

Selalu ini terjadi apabila isteri melihat kekurangan diri berbanding orang lain. Contohnya gaya hidup rakan-rakan yang dilihat dalam sosial media, televisyen, majalah dan lain-lain.

IKLAN

3. Menafikan segala bentuk kebaikan yang dilakukan suami kepadanya

Islam sangat memuliakan seorang wanita, bahkan dalam Islam seorang ibu dikurniakan tiga kali ganda hak untuk lebih dihormati daripada seorang ayah dan syurga berada di bawah telapak kaki seorang ibu.

Akan tetapi Rasulullah SAW ada bersabda bahawa majoriti penghuni neraka adalah para wanita. Ini disebabkan wanita seringkali kufur nikmat yang diberikan Allah SWT. Hal ini terjadi kerana mereka menidakkan semua kebaikan yang telah dilakukan oleh suami kepada mereka. Apa sahaja kebaikan yang suami telah lakukan, isteri tetap mempertikaikannya dan ini menyebabkan suami berkecil hati.

4. Tidak suka pada keluarga suami

Hubungan pernikahan tidak hanya bertujuan untuk menyatukan dua insan ke dalam hubungan yang sah, akan tetapi suatu pernikahan juga bertujuan untuk menyatukan dua keluarga. Kecintaan, kasih sayang, dan penghormatan seorang suami akan semakin bertambah apabila isterinya mampu menempatkan dirinya dengan baik dalam keluarga si suami.

Akan tetapi terkadang seorang isteri menuntut agar perhatian dan kasih sayang suami hanya ditujukan kepadanya saja, tanpa menyedari bahawa suami juga memiliki kewajiban untuk berbakti kepada orangtuanya. Hal inilah yang sering menyebabkan kecemburuan isteri pada keluarga suami dan berupaya untuk menjauhkan suami dari keluarganya.

5. Hilangnya rasa qona’ah dan redho isteri

Ada kalanya, walaupun suami telah memberikan yang terbaik bagi memenuhi keinginan isteri dan adakalanya tidak. Dalam keadaan ini, isteri berangpan bahawa suami tidak mampu memenuhi permintaannya. Isteri harus ingat bahawa setiap manusia tidak sama kemampuannya dalam menyediakan keperluan tertentu.

Ciri-ciri Isteri Derhaka; Takut Tidak Bau Harumnya Syurga

IKLAN

6. Mengungkit-ungkit kebaikan yang dilakukan

Mengungkit-ungkit kebaikan yang pernah dilakukan terhadap suami juga boleh menyebabkan isteri menjadi derhaka. Hal ini tentu akan menyakiti perasaan sang suami.

7. Cemburu yang melampau

Cemburu itu bagus tetapi jika terlalu cemburu ia akan menyebabkan suami berasa sakit hati walaupun hakikatnya tidak ada perkara yang perlu dicemburui oleh isteri apatah lagi tiada bukti dan fakta. Rasa cemburu terhadap suaminya menurut syariat Islam ialah apabila suami melakukan kemaksiatan seperti berzina, menzalimi isteri, mengurangi hak-hak isteri dan sebagainya.

8. Kurang menjaga perasaan suami

Isteri harus selalu berusaha menyenangkan suaminya, seperti menunjukkan wajah yang ramah, tidak bermuka masam, serta sejuk ketika suami memandangnya. Selain itu, isteri juga harus selalu menjaga perbuatan dan ucapannya agar tidak menyakiti hati suami, misalnya tidak mencaci, suka mengkritik, berkata-kata keras, mahupun sering mengajuk suami. Hal ini akan membuat perasaan suami terluka.

9. Terlalu sibuk dengan aktiviti di luar rumah

Aktif dengan aktiviti luar rumah bukanlah isu besar, akan tetapi setiap kali melakukan aktiviti tersebut, isteri harus mendapatkan izin dari suami dan tidak boleh mengabaikan tugas serta tanggungjawabnya di rumah.

Ciri-ciri Isteri Derhaka; Takut Tidak Bau Harumnya Syurga

10. Kurang menjaga penampilan

Jagalah penampilan di hadapan suami bukan hanya jika keluar dari rumah sahaja. Jika seorang isteri terlihat kotor, lusuh dan berbau ketika berada di hadapan suami, maka tidak hairan jika lama-kelamaan suami akan menjadi tidak betah di rumah. Akan tetapi juga sebaliknya apabila isteri terlalu sibuk berdandan sehingga lupa akan kewajipannya sebagai isteri.

Kashoorga: Kata kunci untuk kekal menjadi isteri solehah adalah, jangan sesekali mengecilkan hati suami. Jika tidak berpuas hati, bincang dahulu. Jika penjelasan rasional, maka isteri perlu terima kenyataan itu. Perlu ada sikap tolak ansur dan kematangan berfikiran.

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI