Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang ‘datang’ dengan ‘pakej dakwah’ yang lembut dan berhemah ketika menyampaikan sesi dakwahnya.
Pendekatan dakwah Ustaz Ebit Lew menjadikan ramai orang terbuka hati untuk menerima dakwah yang cuba disampaikannya.
Menjadikan sosial media seperti Instagram miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah secara ‘halus,’ nyata usaha dan pendekatannya telah berjaya ‘mencuri’ hati ramai netizen.
Antara yang sering dikongsikan oleh Ebit Lew ialah tentang bagaimana dia menyantuni isterinya. Berikut perkongsian Ebit Lew. Moga dijadikan contoh buat para suami.
Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis safiyyah lew ini dah 10 tahun. Sekejap jer masa berlalu..selamat hari lahir anak tercinta buah hati ayah 27/6. Dekat tarikh lahir bidadariku yang tercinta 17/6.
Masih teringat-ingat isteri sedang berjalan dan tiba-tiba rasa nak bersalin. Terus ke hospital. Malam tu tak berhenti.berzikir dan berdoa supaya Allah mudahkan..
Ads
Saat mula keluar senyap jer baby. Doktor risau dan kami pun risau…isteri mengalirkan air mata. Tak berhenti mengalir air mata. Ya Allah panjanglah usia dan jadikan ia asbab hidayah..
SELALU MEMAHAMI
Syukur lahir dari perut isteri yang sanggup susah bersama suaminya. Yang tiada gaji besar. Tiada rumah dan tiada kereta. Duit hantaran dikumpulkan bersama walaupun belum benar-benar mengenali isi hati satu sama lain. Keperluan rumah berjimat cermat. Doa dan sokongan ibu bapa dan ibu bapa mertua. Isteri yang tidak pernah merungut walaupun sekali dalam hidupnya. Sedangkan selalu hidupku diuji dengan kesusahan dan kesibukan dalam kerja agama..pernah kadang-kadang tiba-tiba saya ada tugas agama yang perlu dilaksanakan. Bila pulang ke rumah, isteri telah menyiapkan semua barang untuk berada di jalan Allah.
Ads
Benarlah isteri yang paling dicintai suami ialah isteri yang paling memahami suami dan bersama-sama menyokong dalam kerja agama..
Saat kesibukan melanda. Saya berikan duit padanya. Sedar-sedar dia belikan hadiah buat mak ayah saya dengan duit yang diberikan…
HARGAI ISTERIMU
Kadang-kadang benarlah hargailah wanita yang bersama ketika kita susah. Selamanya tiada sepertinya dengan kehendak Allah.
Ads
Kadang-kadang pulang lewat ke rumah. Gembiranya hati lihat isteri sedang hidupkan Ta’lim bersama anak-anak.
Wahai anakku contohi dan belajar dari umi yang berkorban untukmu dan ayahmu dan hanya kerana mencintai Allah. Jadilah seperti sahabiah. Ya Allah terima kasih memberiku ibubapa yang baik. Ya Allah terima kasih memberiku isteri yang baik. Ya Allah terima kasih atas kurniaanmu-ebit lew
Biarpun penularan wabak COVID-19 semakin serius, namun majlis perkahwinan yang sudah dirancang perlu diteruskan memandangkan kad jemputan telah dihantar.
Masih boleh mengadakan majlis kenduri perkahwinan tetapi perlu mengambil kira beberapa perkara demi keselamatan bersama.
Dan sebagai tetamu diundang kita juga tidak mahu mengecewakan tuan rumah yang telah mengundang beberapa bulan sebelum ini.
Ini antara perkara boleh dilakukan sebagai tuan rumah dan juga tetamu yang mahu mengadakan majlis perkahwinan:
-Memandangkan virus ini mudah berjangkit melaluit ceciar dari rongga mulut dan sentuhan tangan. Anda disaran agar tak bersalaman dengan tetamu yang datang. Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada belah kiri sebagai hormat kepada mereka.
-Kalau anda demam, batuk, atau selesema. Jangan berada berdekatan dengan khalayak sebaliknya anda berada pada jarak 1 meter daripada mereka.
-Kerap cuci tangan dengan sabun. Kalau mustahil nak cuci tangan selalu sebab ramai tetamu nak kena tegur, ambil hand sanitizer dan letak dalam poket selalu.
-Sediakan tempat yang cukup dan sabun untuk tetamu.
-Kalau ada duit lebih sikit, apa salahnya tuan rumah hadiahkan hand sanitizer kepada tetamu.
‘Haram lembutkan suara sekalipun.’ Manja wanita dengan lelaki ajnabi adalah fitnah yang amat besar. Dalam pergaulan, wanita terutamanya isteri orang harus menjaga batas pergaulan.
Peramah dan manja adalah berbeza, wanita ramah tidak akan bermanja lebih-lebih dengan lelaki yang tidak dikenali rapat atau bukan mahram. Wahai wanita jagalah maruah diri lagi-lagi jika anda berstatus isteri orang.
Ikuti perkongsian Puan Sharifah Zahidah tentang sebuah kisah benar apabila sikap manja tersalah tumpah pada orang yang tidak sepatutnya sehingga hancur rumah tangga.
Ada satu kisah benar di antara kisah yang sukar untuk saya lupakan, tentang seorang wanita ‘manja’ yang selalu bermesej dengan guru kelas anaknya yang merupakan seorang ustaz sehingga terbit rasa cinta di hati.
Bermula dengan sekadar mesej bertanya pendapat dan meminta nasihat, akhirnya apa yang terjadi? Berkasih sayang dan bersikap curang terhadap pasangan masing-masing yang setia dan percaya.
Manja wanita bukan dengan ajnabi adalah fitnah yang amat besar. Itu bukan manja terpuji, itu manja terkeji.
Manja yang menampakkan sisi-sisi gatal, miang dan hilang maruah diri seorang wanita. Seterusnya akan mudah menarik lelaki yang punyai penyakit dalam hati. Manja ini telah banyak meruntuhkan rumah tangga dan membuatkan wanita menyakiti sesama wanita.
Di saat sang suami sibuk mencari nafkah, dia bermadu kasih dan menumpahkan kemanjaannya terhadap suami orang lain.
Sehingga satu ketika, caught red handed.
Suami wanita ini dapat tahu dia ber-abang-sayang dengan ustaz kepada anaknya sendiri. Maka bertemu adegan 3 kepala, si suami bertanya pada ustaz,
“Kenapa isteri saya?”
Tahu apa jawapan ‘ustaz’ ini?
“Sebab dia lembut. Selalu ceria dan positif. Isteri saya di rumah tak macam ni..” (Lembut yang dimaksudkan adalah manja kerana wanita ini suka melentokkan suara dan intonasinya. Saya sendiri dengar rakaman suaranya).
Memuji kelembutan isteri orang dan membandingkannya dengan kegarangan isteri di rumah sendiri.
Si suami ini kata dalam hati,
“Aku saja tahu dia di rumah macam mana..”
Long story short.
Isteri kepada ustaz merayu agar si suami ini jangan ceraikan isterinya yang bermadu kasih dengan suaminya. Kerana jika si isteri ini diceraikan, pasti dirinya juga diceraikan kerana isteri manja dan ustaz ini memang plan hendak bercerai dengan pasangan masing-masing dan mengahwini satu sama lain.
Tapi jodoh isteri ‘manja’ dengan suami sibuk ini tak berpanjangan. Isteri ‘manja’ berkeras minta diceraikan. Entah ke mana hilang ‘manjanya’ ketika ini.
Akhirnya, diceraikan juga lantaran isteri si manja yang sudah terlalu angau dengan ‘imam barunya.’
Maka, ustaz ini juga menceraikan isterinya agar dapat bersama dengan isteri orang yang manja.
Di sinilah mula terbongkar segalanya…
Bilamana si suami ini tadi berpeluang bercakap sendiri dengan isteri ustaz yang dikatakan garang.
Masakan tidak garang isteri di rumah?
Nafkah rumah tangga tak pernah dicukupkan. Si isteri kena buat macam-macam untuk tampung ketidak-cukupan daripada suami.
Penat dibebani segalanya, sehingga manja dan senyumnya juga sirna. Rumah tangga sendiri sudah cukup bermasalah, suami lebih sibuk dengar wanita lain punya masalah?
Sudahlah diri tak mampu dan dibantu isteri.
Boleh pula dia dengan mudah cair dengan kemanjaan seorang wanita jauh lebih tua yang sedang sunyi hati kerana suami yang sibuk bekerja dan berusaha menafkahi?
Runtuh dua rumah tangga hanya kerana kemanjaan seorang isteri sunyi beranak ramai – yang mengkhianati suami yang sibuk menafkahi.
Hanya kerana manja yang salah ditumpahkan, musnah rumah tangga yang cukup lama telah didirikan.
Kompleks bukan?
Isteri yang cukup dinafkahi, rasa sunyi.
Menumpah rasa dan manja pada lelaki ajnabi.
Lelaki ajnabi yang tak cukup menafkahi dan bergantung harap pada isteri, ambil kesempatan kemanjaan percuma atas alasan, “isteri dah tak lembut macam dulu lagi. Wanita manja beginilah yang aku cari..”
Suami yang sibuk menafkahi – ditinggalkan begitu saja hanya kerana romantis seorang ustaz yang pandai melayan luahah hati.
Suami sibuk menafkahi tak sempat dengar luahan hati tentang cicak mati di balik pintu. Hanya ustaz ini saja yang ada untuk dengar cerita-cerita “comel dan manja” isteri sunyi ini tadi.
Isteri ustaz yang berkorban untuk mencukupkan keperluan, disalahkan atas kegagalan “mengikat hati suami” kerana tiada lagi kelembutan dan kemanjaan dalam memberi layanan dan sentuhan. Tak sama macam isteri di “rumah orang sana.”
Beginilah manusia.
Bermula dari kisah sebuah kemanjaan yang salah ditumpahkan, terkorban 2 rumah tangga dengan anak-anak yang berderet ramai.
Manusia akan saling menghancurkan apabila dia sering-sering menuntut dilayan, sedangkan dia sendiri lupa berperanan. Sedangkan dia sendiri, gagal MENGHARGAI pengorbanan.
Sebenarnya,
Jika rumah tangga bermasalah sekalipun, tetapi tiada kemanjaan yang salah rumah memasuki/menganggu rumah tangga – pasti banyak rumah tangga dapat diselamatkan.
Di saat kemanjaan murah ini mula menghantui jiwa lelaki, maka habislah segala yang ada pada isteri terlihat buruk di mata suami. Wanita ajnabi manja juga yang dia cari. Dicerai isteri yang selama ini bergolok gadai demi sang suami.
Pesan saya kepada wanita,
Jangan kejam menganggu rumah tangga wanita lain dengan kemanjaan dan kegedikan yang datang dari murahnya maruah dirimu.
Manja itu membangunkan kemesraan dalam komunikasi suami isteri. Tetapi menghancurkan kekeluargaan bila ianya dicurah pada lelaki ajnabi.
Ianya langsung tak wajar dikeluarkan! Buat biasa-biasa sudah. Jangan tunjuk desperate sangat.
Boleh beza ramah-tamah sebab karakter dengan manja yang dibuat untuk menggoda.
Saya peramah orangnya. Pernah kalian nampak saya manja? Tidak bukan. Jadi jangan jadikan alasan kononnya anda itu “peramah” jadi nampak macam “manja.” Nonsense.
Orang ramah boleh jadi tegas pada tempatnya. Tiada pasal ramah dan manja kononnya dianggap benda sama.
Akhir kata,
Wanita, jaga ‘manja mu’ yang sebenarnya gedik, miang dan gersang itu. Jangan jadi murah. Jangan jadi pemusnah rumah tangga orang.
Nampak wanita mengada dan manja cuba hampiri rumah tangga kita, boleh sound direct dengan segera. Wanita penggoda murahan, selalunya tak makan saman. Berhati-hati, ambil pengajaran.
Ini kisah benar tuan puan. Jangan sampai ia terjadi pada ahli keluarga anda pula.
Bahaya ya, manja jadian ini. Ini detik mula sondol-sondolan berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Cegah sebelum parah.
Kashoorga: Satu teguran yang baik dan kisah ini menjadi peringatan buat kita semua.
Jika pokok lambat berbuah, tak berbuah langsung dan yang lebih malang ada juga yang sudah padam, jangan salahkan sape-sape, kita tu yang tak baca doa masa tanam pokok. Ni doa bagi yang tak tahu, yang dah tahu kita geng.
Selawat 3x
-Bismilahhirohmanirohimm.-
…’Subhaanalwaarisu al baa isu’..
Ertinya:
Maha suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.
Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.