Apakah hukumnya bagi lelaki memakai inai? Kita lihat ketika majlis perkahwinan, selalunya pengantin lelaki akan diinaikan jarinya.
Inai adalah perhiasan bagi wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha:
Maksudnya: Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata:
“Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”. Lalu Baginda berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”.
Ads
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam al-Majmu’:
Maksudnya: Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dikalangan perempuan berdasarkan hadith-hadith masyhur padanya dan haram ke atas lelaki-lelaki (memakai inai) kecuali untuk berubat.
Ads
[Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr, 1/294]
Ads
Begitu juga al-Imam al-Syarwani Rahimahullah di dalam hasyiahnya bagi kitab Tuhfah al-Muhtaj karangan Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menyatakan perkara yang sama iaitu digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin untuk berinai dan haram ke atas lelaki.
Oleh kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita maka tidak boleh bagi lelaki untuk berinai. Sama ada untuk tujuan perkahwinan ataupun atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya, tetap tidak boleh melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Walau bagaimanapun lelaki boleh mengenakan inai pada rambut, ini kerana terdapat hadis yang membenarkannya.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Golongan yang suka belanja orang lain makan memang murah rezeki mereka. Makin banyak bersedekah makin banyak dan berganda rezeki dan pahala yang mereka akan dapat. Sikap pemurah untuk memberi kawan makan minum dan seumpamanya adalah sikap yang mulia dan dituntut Islam. Sikap pemurah lawannya kedekut. Pemurah menjadikan seseorang itu dikasihi dan dimuliakan.
Bukan semua orang mempunyai sahsiah sebagai seorang pemurah. Pemurah dalam Islam bukan sahaja dari aspek wang ringgit tetapi juga dari aspek ilmu pengetahuan, senyuman dan bantuan kudrat seseorang kepada orang lain yang berada di sekitarnya.
Melalui perkongsian Prof Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff di laman Facebooknya, beliau berkongsi perlu menjauhi sifat kedekut belanja orang lain makan.
Jangan terlampau kedekut untuk belanja orang makan
Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang.
[Sahih Muslim ]
INILAH PAHALA DAN KEUTAMAAN MEMBERI MAKAN ORANG LAIN
1) Nabi bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan”. (HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thobroni)
2) Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Raslulullah, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam agama Islam? Maka Rasulullah menjawab, iaitu kamu memberi makan kepada orang lain, dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari: 12 dan Muslim: 39)
3) Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari baghaian luarnya.” Lantas seorang arab Baduwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang sentiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia pada tidur.” (HR. Tirmidzi: 1984)
4) Nabi bersabda, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR. Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, al-Hakim, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah).
5) Nabi bersabda, “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)
6) Nabi bersabda, “Ada seorang wanita penzina melihat seekor anjing di hari yang panasnya begitu terik. Anjing itu mengelilingi sebuah perigi sambil menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Lalu wanita itu melepas sepatunya (lalu menimba air dengannya). Ia pun diampuni kerana amalannya tersebut.” (HR. Muslim: 2245)
Imam Ibnu Hajar mengatakan, “Jika dengan memberikan minum pada anjing boleh mendapatkan pengampunan dosa maka memberi minum pada manusia tentu pula akan mendapatkan pahala yang besar.” (Fathul Bari Syarh Shahih Bukhari 5: 42)
Sumber: Prof Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff dan dakwah.net
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebagai respon kepada isu yang berlegar dalam media sosial berkaitan dengan situasi seseorang yang terbakar, ini penjelasan daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan.
Pertamanya, kami rakamkan ucapan takziah kepada keluarga Puan Khatijah Abdul Karim atas apa yang terjadi kepada suaminya. Kami berdoa kepada Allah semoga Almarhum Mohammad Suhaimi Khamis ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.
Keduanya, kami terpanggil untuk membuat sedikit ulasan berkenaan dengan rakaman gambar Almarhum yang tersebar sekarang ini. Kami berpendapat perbuatan tersebut adalah amat tidak wajar kerana sekalipun niat yang baik, tetapi bukan itu caranya.Sepatutnya sesiapa yang berada dalam kondisi seperti itu hendaklah berusaha seupaya mungkin untuk menolong atau dengan apa cara sekalipun kerana ia termasuk di dalam nas Ilahi:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa” Surah al-Maidah (2)
Syeikh al-Maraghi berkata: Oleh itu, manusia antara satu sama lain wajib memberi pertolongan dalam urusan yang membawa kepada kebaikan. Pertolongan itu sama ada antara individu atau pun masyarakat, dalam soal kehidupan dunia atau kehidupan akhirat. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1474)
Syeikh al-Sobuni berkata: Iaitu bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara melakukan kebaikan dan kebajikan dan meninggalkan kemungkaran serta (bertolong-tolonganlah dalam) perkara yang membawa ketaatan kepada Allah SWT. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 1/301)
HULURKAN BANTUAN
Justeru, kami menyeru kepada masyarakat agar menghulurkan bantuan kepada Puan Khatijah Abdul Karim dan keluarganya untuk membantu dalam meringankan beban yang ditanggungnya dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan yang berbaki.
Ketiganya, rakaman tersebut boleh melukakan hati keluarga serta sahabat handai Almarhum dan akan dibuat pelbagai andaian serta persepsi. Sepatutnya memberi perasaan gembira kepada kaum keluarga. Itulah yang sebenarnya. Tetapi dengan munculnya rakaman ini akan menyebabkan jiwa keluarga tersebut tertekan.
Keempatnya, akan ada tafsiran dan pelbagai pandangan yang kadang kala tidak diselidiki terlebih dahulu seterusnya mengiyakan apa yang dinyatakan. Natijahnya, ia akan meleret keluar daripada tajuk utama.
Kelimanya, akan ada orang yang menggunakan gambar tersebut dalam apa jua bentuk yang setidak-tidaknya boleh memanipulasikan mengikut kehendak dan tujuan tertentu.
PADAMKAN SEGERA GAMBAR DAN RAKAMAN
Justeru, kami syorkan hendaklah sesiapa yang mempunyai perasaan kasih sayang kepada Almarhum dan keluarganya perlu dipadam gambar dan rakaman seperti itu kerana kadang-kadang ia dilihat membuka aib keluarga Almarhum jua.
Semoga kita semua diselamatkan daripada fitnah dan juga diberi taufik dan hidayah. Amin.
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar kita diberi kefahaman dalam memanfaatkan media sosial atau aplikasi dengan memahami feqahnya, mana yang boleh dan mana yang sepatutnya tidak didedahkan.
Permohonan maaf amat sesuai dan sepatutnya dikemukakan kepada kaum keluarga Almarhum.
Kami menutup Qalam Mufti pada kali ini dengan berdoa kepada Allah SWT untuk Almarhum Mohammad Suhaimi Khamis:
Sebagai manusia kita dingatkan supaya jangan menilai seseorang itu hanya dari luaran sahaja. Apa yang kita lihat kadang-kadang tidak seperti yang disangkakan.
Malah mungkin ada sisi baik yang kita tidak nampak sehinggalah betul-betul berpengalaman bersama dengannya.
Seperti perkongsian Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang juga merupakan seorang penceramah bebas di laman sosial Instagramnya.
HAPPY BIRTHDAY @hafidz.roshdi
Kadang kadang aku keliru aku ke dia yg PU
apa apa pun
Kita doa supaya Allah mengistiqomahkan apa yg ada pada dirimu dan inn sha Allah
Hang akan terus maju lagi kedepan
Korang tnggu lagu kita nnti
Oh lupa nak oyak scene last tu hafidz nak bunuh dirii sebab tertekan so kita la wak yg memujuknnya
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...