Siapa tidak mengenal selebriti Tasha Manshahar yang cukup popular lagu duetnya bersama penyanyi Syed Syamim berjudul ‘Ragu-Ragu yang jadi siulan ramai.
Dan kini setelah mendirikan rumah tangga, Tasha Manshahar dikatakan lebih selesa menumpukan perhatian pada kerjayanya sebagai seorang guru.
Ternyata isteri kesayangan kepada penyampai radio Zayan FM, Fahrur Raqib ini tetap menjaga penampilannya yang kini selesa melayan anak lelaki tunggalnya serta menguruskan keperluan rumah tangga.
“Handbag what? Diaper bag all the time. Tap for deets.
“Honestly after a year bersalinkan Muammar, baru I ada mood nak update wardrobe i, baru ada interest nak bersiap sikit. Sebelum ni serius rasa macam tak guna pun nak bersiap sebab nanti selekeh juga urus anak.
Ads
“But! Actually bila kita pakai apa yg kita selesa and kita rasa kita nampak cantik/presentable, kita akan rasa alot better about ourselves. Disclaimer : definisi cantik/presentable setiap org adalah berbeza. So ikut lah masing-masing punya citarasa.
“I always prefer something simple, safe and easy to style. Colour pun usually lebih kurang sama je. Yg gelap2, yg earth tone, atau yg dusty2. Mommies pulak mcm mana?
Malah gayanya yang santun ini menggambarkan gaya wanita Muslimah sebenar dan turut dipuji warganet yang menjadikan dirinya sebagai idola.
Penampilannya sangat menarik ini menjadi inspirasi dalam berfesyan tanpa perlu mendedahkan aurat yang ada.
dnurdayana Saya pulak cuba belajar mgaya baju yg loose² ,simple..selari dgn saya seorang mummy anak 3 .semoga saya terus istiqomah dlm mjaga aurat . Aamin
ratuhati_1 Pastel & earth tone.. mommy share lh blouse muslimah yg loose tp bila pkai x nmpk selekeh
Seakan menjadi kebiasaan bagi ramai baik lelaki mahu pun wanita, waktu malam selesai Isyak kita duduk berkumpul, melepak dan bersembang kosong. Sama ada di rumah atau di restoren, ia boleh berlangsung hingga berjam-jam lamanya.
Hakikatnya mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri sebenarnya melarang kita dari berkumpul dan bersembang selepas waktu Isyak.
Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ
Maksudnya: Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir. Riwayat Al-Tirmizi (2730)
Perkara ini dikongsi dalam portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, yang turut memberi penjelasan tentang hadis ini.
Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah dalam mensyarahkan maksud perkataan سَمَرَ beliau berkata: Ia adalah perbuatan berbual-bual pada waktu malam. Lihat Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (1/433).
Berdasarkan hadis ini, perbuatan berjaga malam untuk berbual-bual selepas solat Isyak adalah tidak dibolehkan kecuali bagi orang yang solat ataupun sedang bermusafir.
Larangan ini secara lebih jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan turut diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
جَدَبَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ السَّمَرَ بَعْدَ الْعِشَاءِ
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang kami dari perbuatan berjaga malam (berbual-bual) selepas dari solat isya’. Riwayat Ibn Majah (703)
Imam Ibn Majah dalam komentar ringkasnya terhadap maksud perkataan جَدَبَ beliau berkata: ‘’Iaitu memberi amaran dan melarang kami’’.
Namun larangan di dalam beberapa riwayat di atas ini tidaklah datang dalam bentuk yang mutlak. Ini kerana terdapatnya beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri melakukan hal ini (berjaga malam) iaitu dengan adanya hajat keperluan dan juga manfaat.
Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab R.A beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْمُرُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ فِي الأَمْرِ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ وَأَنَا مَعَهُمَا
Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah berbual-bual pada waktu malam bersama dengan Abu Bakar bagi membincangkan urusan-urusan umat Islam dan aku turut serta bersama mereka berdua. Riwayat Al-Tirmizi (169)
Kesimpulannya berjaga malam dengan tujuan untuk kebaikan seperti berbincang tentang sesuatu yang boleh mendatangkan maslahah untuk ummah, menuntut ilmu, menunaikan tanggungjawab kerja, dan selainnya adalah diharuskan.
Sebaliknya, berjaga malam untuk mencuri, melakukan maksiat, dan pelbagai kejahatan lain adalah haram hukumnya.
Manakala berjaga sehingga lewat malam untuk berbual-bual kosong, menonton wayang gambar (movie), melihat perlawanan bola sepak, dan seumpamanya sekiranya ia membawa kepada pengabaian terhadap solat subuh, maka ia membawa hukum makruh.
Allah jadikan lelaki & perempuan fitrahnya berbeza. Kalau suami meninggal, jarang isteri kahwin lain berbanding lelaki yang hilang pasangan.
Fitrahnya begitu, jika lelaki tidak mampu hidup sendirian setelah kehilangan pasangan, wanita adalah sebaliknya. Rata-rata wanita memilih untuk teruskan hidup tanpa menikah lain.
Bagi wanita, hilang suami tidak bermakna tidak mampu meneruskan kehidupan. Ikuti perkongsian Nur Aqilah ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Saya pernah mendengar satu ulasan ustaz, tak ingat sudah dekat mana dan siapa orangnya.
Kenapa biasanya, kalau suami meninggal, isteri ini jarang kahwin lain,
Orang kata setia sampai ke akhir hayat.
Perempuan Fitrahnya Berbeza
Melainkan,
Ada sebab tertentu yang membuatkan isteri tu terpaksa berkahwin semula.
Tapi, kenapa pula kalau isteri sudah meninggal, ramai saja orang lelaki berkahwin yang lain. Payah nak jumpa yang tak kahwin lain.
Ini apa yang saya faham dari ulasan ustaz. Lelaki ini fitrah dia adalah perempuan.
Sebab itulah untuk lelaki, Allah selalu menawarkan bidadari di syurga. Sampai ada orang perempuan tak puas hati, kenapa lelaki saja dapat offer bidadari.
Orang perempuan tak ada ke bidadara? Sebab Allah tu Maha Tahu lah, Dia tahu dan faham sangat fitrah wanita ni bukan kepada lelaki sangat.
Perempuan ni, fitrah dia material. Dia kalau dah sampai di syurga,
Kalau boleh, dia nak relaks habis.
Sebab atas dunia sudah banyak berkorban masa, tenaga, emosi untuk suami. Yang orang perempuan nak,
Gunung emas,
Nak berlian,
Hendak sutera,
Nak cantik kulit mulus bagai,
Malah, nak rupa paras elok,
Nak travel,
Hendak duduk istana 10 tingkat,
Nak duduk bersembang sesama mereka sambil menikmati desert termewah,
Tak ketinggalan, nak Me-Time sambil buat apa yang paling dia suka.
Tak mahu sudah muka bertepek bedak sejuk, berbaju kelawar lusuh,
atau badan berbau kari, bawang,
Dan mahu perut gelebeh, mata pulak tak nak ada eyebag. Begitulah berbezanya lelaki dan wanita.
Perbezaan yang Saling melengkapkan.
-Secawan kopi pekat bersama secubit garam-
Datangkan mudarat dan sakiti manusia, boleh ke pijak semut sampai mati? Ada pendapat mengatakan bahawa kita diharamkan untuk membunuh semut.
Tetapi jika mendatangkan mudarat kepada manusia, adakah hukumnya masih sama? Ikuti perkongsian Pegawai JAKIM, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud ini dalam Ustaz Betul Ke?
Jelas Ustaz Hariri, semut adalah haiwan ciptaan Allah SWT bahkan semut juga adalah salah satu daripada nama-nama Al-quran iaitu Surah An-Naml atau Surah Semut iaitu surah yang ke-27. Surah ini mempunyai 93 ayat al-Quran dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah.
Ini bermakna semut ini bukanlah calang-calang binatang tetapi haiwan yang dijadikan nama Al-Quran. Nabi Muhammad saw, bersabda dalam satu hadis Riwayat Abu Daud, sesungguhnya nabi melarang kita membunuh tiga jenis binatang.
Pertama adalah lebah, burung dan seterusnya semut. Tidak ada masalah tiba-tiba pijak atau bunuh semut, sememangnya tidak boleh kerana nabi larang disebabkan semut adalah tentera Nabi Sulaiman a.s.
Namun bagaimana pula jika semut tersebut mendatangkan mudarat atau menyakiti manusia, adakah perlu dibiarkan saja.
Syeikh Wahbah Alzuhaili ada menyebut dalam kitabnya bahawa memang kita dilarang membunuh semut yang melata. Tetapi sekiranya semut tersebut membahayakan, mencederakan kita maka dibolehkan untuk membunuh kerana untuk menjaga keselamatan diri kita.
Selain daripada itu, terdapat hadis daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Salah seorang nabi singgah di bawah sebatang pokok, lalu dia digigit seekor semut, lantas Baginda memerintahkan agar barang-barangnya dialihkan dari pokok itu, kemudian Baginda memerintahkan agar sarang semut itu dibakar dengan api. Maka Allah mewahyukan kepadanya: ‘Mengapa tidak hanya dibakar semut yang menggigit sahaja?’
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan, terdapat dalam kalangan ulama yang menjadikan hadis ini sebagai dalil bagi mengharuskan perbuatan membakar haiwan yang mengganggu dan memberi mudarat dengan api berdasarkan kaedah syar‘ man qablana, sekiranya tidak ada dalam syariat kita apa yang mengangkatnya.
Namun begitu, terdapat dalam syariat kita larangan untuk menyeksa dengan api. Kemudian, beliau menukilkan pendapat Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini, bahawa hadis ini bermaksud dibolehkan untuk membunuh semut bagi syariat nabi tersebut. Begitu juga, dibolehkan membunuh semut dengan menggunakan api.
Hal ini kerana, asal dalam membunuh dan membakar adalah tidak berlaku kekerasan atau penyeksaan padanya, bahkan ia adalah untuk membakar lebih daripada seekor semut — yakni membakar sarangnya. Adapun di dalam syariat kita tidak dibolehkan membakar haiwan dengan menggunakan api melainkan dalam masalah Qisas dengan syaratnya.
Begitu juga, tidak dibenarkan untuk membunuh semut berdasarkan hadis Ibn Abbas. Begitu juga dinukilkan daripada al-Qadhi ‘Iyadh, beliau berpendapat hadis ini menjadi dalil mengenai keharusan membunuh setiap haiwan yang memberi mudarat dan mengganggu atau menyakiti manusia.
Di samping itu, terdapat juga riwayat daripada Abdullah bin Mas‘ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
“Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu permusafiran, kemudian Baginda SAW pergi untuk menunaikan keperluannya. Kemudian, kami melihat seekor burung bersama dua ekor anaknya. Lalu kami mengambil kedua anaknya dan burung tersebut datang dan mengepak-ngepak sayapnya. Kemudian Nabi SAW datang dan bersabda: ‘Siapakah yang menyakiti burung ini dengan mengambil anaknya? Kembalikan anaknya kepadanya.’ Setelah itu, Baginda SAW melihat sebuah sarang semut yang telah kami bakar dan Baginda bersabda: ‘Siapakah yang membakar sarang ini?’ Kami menjawab: ‘Kami (yang membakarnya).’ Baginda bersabda lagi: ‘Sesungguhnya tidak layak untuk menyeksa dengan api melainkan Allah SWT kerana Dia ialah Penguasa api.’
Al-Khattabi menyebutkan, hadith ini menunjukkan bahawa membakar sarang serangga adalah makruh. Adapun semut, keuzuran padanya adalah sangat sedikit. Hal ini kerana, kemudaratannya boleh dihilangkan tanpa perlu kepada cara membakarnya dengan api. Sesungguhnya diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Dahulu ada di antara para nabi telah digigit oleh seekor semut, kemudian Nabi itu memerintahkan untuk pergi ke sarang semut tersebut lalu membakarnya. Maka Allah mewahyukan kepada Nabi tersebut: ‘Adakah kerana seekor semut yang menggigitmu, kemudian kamu menghancurkan umat daripada umat-umat yang bertasbih.’
Kemudian, al-Khattabi menyatakan, semut terbahagi kepada dua jenis. Pertamanya, jenis yang mengganggu dan memudaratkan, maka mencegah kemudaratan atau gangguan daripada semut itu adalah dibolehkan yakni dengan membunuhnya.
Keduanya, jenis yang tidak memberi mudarat iaitu jenis semut yang memiliki kaki yang panjang, dan tidak boleh untuk membunuhnya.
Oleh itu, jelaslah bahawa sekalipun dibolehkan untuk membunuh semut yang memudaratkan, namun tidak dibenarkan untuk membunuhnya dengan cara membakarnya melainkan jika hal demikian hanya satu-satunya cara untuk membasminya. Maka ketika itu dibolehkan untuk membakarnya bagi membasminya.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...