La ilaha illallah wahdahu la syariikalah, lahul mulku walahul hamdu, wahua ‘ala kulli syai’in qodiir (dibaca 100 kali setiap mahu tidur)
“Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah kerajaan (kekuasaan) dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika diberi pilihan, memang tidak ada wanita yang ingin menjadi ibu segera sebaik bernikah dengan pasangannya. Namun suratan jodoh tiada siapa boleh menidakkan kuasa Allah. Menjadi ibu tiri adalah gelaran yang digeruni oleh ramai wanita sebenarnya.
Hanya yang cekal sahaja akan mengharungi kehidupan sebagai ibu tiri dengan tabah dan sabar. Hal ini berlaku kerana masih tebal stigma masyarakat mengaitkan mereka adalah manusia kejam yang akan menyiksa anak-anak tiri sebagaimana yang digambarkan dalam kisah dongeng Cinderella atau pun drama-drama televisyen.
Bukan semuanya kejam. Mereka juga manusia yang ada perasaan halus seorang ibu walaupun masih belum dikurniakan anak kandung. Buang lah jauh-jauh tanggapan negatif dan lapuk ini. Wanita sekarang tahu tanggungjawab mereka.
Bercerita lanjut akan hal ini, Faezah Elai, pelakon jelitawan yang juga merupakan isteri kepada Pengarah Filem & Drama terkenal Heykal Hanifah dan dikurniakan tiga anak tiri meluahkan pandangannya menerusi akaun Instagram miliknya.
Menjadi ibu tiri bukanlah satu perkara yang mudah. Peranan dan sumbangan ibu tiri kurang mendapat pengiktirafan dan sering disalah anggap oleh masyarakat. Jika ada sesuatu hal yang tidak kena dengan anak tiri, maka merekalah yang selalu dipersalahkan.
Masyarakat akan bercakap dan mengata bahawa jika duduk dengan ibu tiri begitulah nasib anak (nasib kurang baik). Tidak sama jika duduk dengan ibu kandung.
Lebih mengecewakan apabila dia berjaya menjaga dan mendidik anak-anak tiri, tetapi pujian tetap akan diberikan kepada ibu kandung, sedangkan yang menjaga anak itu selama ini adalah ibu tiri.
Orang sekeliling akan berkata bahawa walaupun ibu tunggal, dia tetap mampu mendidik anaknya dengan baik, sungguh mengaggumkan. Pujian diberikan kepada ibu kandung sebagai wanita yang hebat. Walau pada hakikatnya anak-anak itu dijaga oleh ibu tiri.
“Mentaliti apakah ini? Ini bukan zaman Cinderella, ibu tiri menganiaya anak tirinya. Ini tahun 2020! Sekarang ini, anak tiri lebih banyak karenah, silap sikit akan diviralkan”, ujarnya. Tapi jangan salah faham, saya tidak maksudkan tentang kehidupan saya.
Saya bersyukur dikurniakan dengan tiga orang anak tiri yang sangat memahami. Ya memang benar, saya telah menjaga mereka semenjak berkahwin.
Saya sangat menghormati perasaan ibu kandung mereka dan kerana itu jugalah saya tidak berkongsi sebarang hal tentang mereka dengan ibu kandung agar dia tidak sedih atau berkecil hati.
Sepatutnya mereka juga patut dihormati sebagaimana ibu kandung lain. Mereka menghabiskan masa bersama, tenaga dan mencurahkan kasih sayang kepada anak yang bukan anaknya sendiri.
Oleh itu, kepada semua ibu, jika anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang sangat mengasihi mereka, maka anda adalah seorang ibu yang bertuah.
Beritahu lah kepada anak-anak bahawa tiada salahnya mereka menyanyangi ibu atau ayah tiri. Jangan lah menghasut mereka membenci ibu tiri yang telah membela mereka seperti anak sendiri.
https://www.instagram.com/p/CFY2wgYlphP/
Kepada semua ibu tiri, ingat satu perkara ini, semua wanita boleh menjadi ibu, namun hanya wanita yang hebat sahaja mampu menjadi ibu tiri. Untuk menjadi ibu tidak semestinya ada pertalian darah, namun ia adalah kehadiran kita di saat mereka memerlukannya.
Sebelum mengakhiri kenyataannya, Faezah sempat meninggalkan pesanan supaya menjaga anak-anak tiri tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Buatlah dengan ikhlas kerana jika mengharap, nanti diri sendiri akan kecewa.
Kashoorga: Tidak ada istilah anak tiri tidak dapat menerima kehadiran ibu tiri. Jika seseorang wanita itu berstatus isteri kepada ayah mereka, maka anak tetap harus menghormati, menghargai dan berbuat baik kepada ibu tiri tersebut. Kedudukan mereka sama mulianya sebagaimana ibu kandung. Islam tidak pernah memandang rendah ibu tiri, malah mengangkat darjatnya kerana perilakunya yang baik terhadap anak tirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan aura penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memang sangat kuat. Dengan pengikut berjumlah hampir 7 juta di laman Instagram, pastilah apa saja yang dibuat menjadi ikutan atau insipirasi kepada orang lain.
Seperti yang berlaku melalui sebuah lagu yang dinyanyikan Siti di laman YouTube Siti Official Video apabila seorang peminat mengakui telah memeluk Islam selepas mendengar nyanyian Siti menerusi lagu ‘Aisyah Istri Rasulullah’.
Perkara ini telah dikongsi di ruangan komen saluran You Tube berkenaan. Menurut peminatnya itu yang memang sangat meminati Siti dan sejak mendengar lagu berkenaan, dia telah memeluk agama Islam.
Malah turut bertanya kepada ustaz adakah disebakan lagu ini punca dia memeluk Islam.
“Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah ‘asbab’ saya memeluk Islam. Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK. Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK,” katanya.
Mengulas mengenai perkara itu, Siti berkata, dia berdoa semoga peminatnya itu akan terus istiqomah.
“Saya dapat tahu hal ini kerana ditulis di ruangan komen video lagu Aisyah Isteri Rasulullah yang saya nyanyikan semula. Bagi saya, Allah sudah memberikan dia hidayah dan lirik lagu itu mempunyai kebaikan dan keistimewaan yang menggerakkan hatinya. Semuanya Allah yang mengatur.
“Apa saja kebaikan yang berlaku, saya sangat bersyukur kerana ada perkara yang kita lakukan memberi dorongan kebaikan kepada orang lain. Doa saya supaya dia akan istiqamah kerana menjadi insan terpilih mendapatkan hidayah Allah,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu Siti juga sebagai penyanyi akan berusaha untuk menerapkan nilai yang baik dalam setiap lagu nyanyiannya.
“Secara jujur, sebagai penyanyi, saya juga berusaha menerapkan nilai-nilai baik dan positif di dalam lagu-lagu saya.
“Inilah yang saya usahakan kerana saya tahu, siapa pun kita, masing-masing ada peranan untuk mendorong orang lain menjadi insan yang lebih baik, bersemangat, tidak mudah putus asa serta bangkit,” katanya.
Video yang dimuat naik di saluran berkenaan sejak 10 April lalu telah mendapat tontonan lebih sejuta.
Lagu asal Aisyah nyanyian Projector Band itu dinyanyikan semula dalam versi lirik Islamik hasil sentuhan Ustaz Hasbi Muh Ali pada 2017 menggunakan tajuk Aisyah RA.
SUMBER: YOU TUBE & INSTAGRAM CTDK
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pelbagai cara untuk mengumpul harta sebagai bekalan masa depan dengan cara yang betul dan diredai di jalan Allah.
Buat masa sekarang ramai yang mula menyimpan emas berbanding duit. Ini kerana nilai emas yang sangat tinggi sekarang dan tidak mustahil nilainya akan jadi lebih berganda di masa akan datang.
Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mengumpul harta melalui emas, bolehlah berkongsi cara lelaki ini Akhtar Syamir yang menyimpan duit di bank untuk membeli emas.
Dah lama nak simpan duit untuk beli emas kan? Cuma selalu tak disiplin dalam menyimpan atau selalu terlupa.
Apabila dah beberapa kali terlupa, motivasi pun hilang. Masa itulah ada keperluan lain dan sebagainya.
Untuk elakkan benda sebegitu terjadi, di sini saya tunjukkan salah satu cara untuk menyimpan secara automatik menggunakan maybank2u. Sasaran kita ialah RM550, lebih kurang 2 gram emas. Tempoh masa simpanan ialah selama 6 bulan.
Amaun, tempoh masa dan simpanan bulanan boleh anda ubah ikut sasaran dan kemampuan. Saya set untuk 2 gram emas supaya kita boleh nampak dengan jelas arah tuju kita.
Goal boleh mula pada bila-bila masa dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Duit yang disimpan itu hanya diasingkan sahaja dan akan terus dikembalikan ke dalam akaun utama apabila sasaran sudah dicapai atau goal ditamatkan.
Jim kita mula sekarang. Biar maybank2u yang simpankan duit untuk emas kita atau isteri kita. Ikut sahaja langkah yang saya paparkan di bawah.
Kongsikan cara ini supaya lebih ramai orang dapat menyimpan untuk membeli emas.
Cara ini juga boleh digunakan untuk beli benda lain, tak semestinya emas. Simpan untuk beli telefon ke, sports rim ke, balik raya ke, duit perbelanjaan sekolah bukak ke dan macam-macam lagi. Bagus kan?
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?