Letak Nota Solat Depan Sejadah, Reaksi Lelaki Baru Peluk Islam Ini Dipuji & Sentuh Hati Netizen

Share

Alangkah beruntung insan yang terpilih oleh Allah untuk menerima hidayah dariNya.

Dan sesungguhnya menjadi tugas kita kemudiannya berusaha menambah dan mendalami ilmu agama di dada agar dapat jadi khalifah Allah yang sejati.

Lebih mudah jika dilahirkan dalam keluarga Islam yang kita juga mudah untuk mempelajari ilmu agama. Namun, nasib setiap orang itu juga berbeza-beza dan yang paling utama hidayah itu tetap milik Allah SWT.

Artikel Berkaitan: Pengantin Perempuan ‘Sporting’ Bertaranum Di Majlis Kahwin, Rupanya Pernah Masuk Pertandingan Peringkat Negeri

Seperti apa yang dilihat berlaku baru-baru ini, sebuah posting di laman Twitter memperlihatkan seorang pemuda Amerika Syarikat sedang belajar menunaikan ibadah solat di dalam sebuah masjid.

Dua keping gambar pemuda berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abdel Rahman kini tular dan menjadi bahan bualan ramai.

Jadi viral.

Melalui posting itu kelihatan pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas yang dijadikan sebagai nota di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan solat.

“Pemuda Amerika ini mungkin sahaja baru memeluk Islam dan dia sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan solat di satu sudut masjid menggunakan sehelai kertas. MasyaAllah semoga Allah SWT berikan ketabahan buatnya dalam mempelajari ilmu Islam,” tulisnya.

Berusaha untuk jadi terbaik.

Posting berkenaan menerima hampir 70,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 23,700 kali serta pelbagai komen diberikan oleh warganet.

Rata-rata dalam kalangan warganet mengucapkan rasa syukur dan gembira atas hidayah yang diterima serta penghijrahan yang dibuat oleh pemuda tersebut.

Moga menjadi khalifah Allah terbaik.

Artikel Berkaitan: “Solat Tapi Masih Lakukan Maksiat, Tanda Sembahyang Belum Sempurna. Perbaikilah & Bentuk Diri Dengan Akhlak Terpuji ” – Ustaz Firdaus Mokhtar

IKLAN