Alangkah beruntung insan yang terpilih oleh Allah untuk menerima hidayah dariNya.
Dan sesungguhnya menjadi tugas kita kemudiannya berusaha menambah dan mendalami ilmu agama di dada agar dapat jadi khalifah Allah yang sejati.
Lebih mudah jika dilahirkan dalam keluarga Islam yang kita juga mudah untuk mempelajari ilmu agama. Namun, nasib setiap orang itu juga berbeza-beza dan yang paling utama hidayah itu tetap milik Allah SWT.
Seperti apa yang dilihat berlaku baru-baru ini, sebuah posting di laman Twitter memperlihatkan seorang pemuda Amerika Syarikat sedang belajar menunaikan ibadah solat di dalam sebuah masjid.
Dua keping gambar pemuda berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abdel Rahman kini tular dan menjadi bahan bualan ramai.
IKLAN
Jadi viral.
Melalui posting itu kelihatan pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas yang dijadikan sebagai nota di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan solat.
IKLAN
“Pemuda Amerika ini mungkin sahaja baru memeluk Islam dan dia sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan solat di satu sudut masjid menggunakan sehelai kertas. MasyaAllah semoga Allah SWT berikan ketabahan buatnya dalam mempelajari ilmu Islam,” tulisnya.
Berusaha untuk jadi terbaik.
Posting berkenaan menerima hampir 70,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 23,700 kali serta pelbagai komen diberikan oleh warganet.
Rata-rata dalam kalangan warganet mengucapkan rasa syukur dan gembira atas hidayah yang diterima serta penghijrahan yang dibuat oleh pemuda tersebut.
Kita berada di ambang Ramadan. Beberapa hari lagi, kita menguak pintunya untuk masuk ke madrasahnya. Tahun ini, akan sedikit berbeza, tetapi objektif Ramadan akan tetap sama.
Ia berbeza kerana kita diduga dengan musibah COVID-19 hingga pergerakan kita terbatas, hatta dalam persoalan mengerjakan ibadah di masjid.
Malah, manusia tidak akan berpusu-pusu ke masjid pada malam pertama Ramadan untuk mengerjakan tarawih. Begitu juga tiada lagi kemeriahan mencari juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan sebelah petang.
Demikianlah hari mendatang. Ia pasti berbeza dengan solat Tarawih hanya sesama ahli keluarga di rumah masing-masing. Semua berwaspada agar penularan COVID-19 berjaya diputuskan rantaiannya.
Pastinya juga ada hikmah. Bapa sebagai ketua keluarga sudah bolehlah bersiap dari sekarang untuk menjadi imam solat tarawih. Anak lelaki pula diajar menjadi bilal, manakala isteri dan anak lain menjadi makmum.
Gambar sekadar hiasan.
Perbezaan cara kita menyambut Ramadan kali ini usahlah kita risau dan bimbangkan. Apa yang penting adalah untuk kita tidak sesekali melupakan dasar dan asas kepada matlamat Allah SWT memfardukan puasa kepada umat manusia.
Firman Allah SWT: “Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh ketakwaan.” (Al-Baqarah: 183)
Kita bersyukur masih hidup dan dipilih Allah SWT untuk menggapai Ramadan kali ini dan marilah kita sama-sama mencari peluang supaya ia lebih baik daripada tahun lalu.
Darjat ketakwaan yang disebutkan dalam ayat di atas adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh dalam ibadat puasa.
Dalam ayat itu, Allah SWT menggunakan perkataan ‘asa (mudah-mudahan) yang bererti tidaklah semua yang memperolehnya jika tidak kena gaya dan aturannya dalam berpuasa.
Oleh itu, baki beberapa hari lagi untuk kita masuk pintu Ramadan, wajar untuk kita mempersiapkan minda dan rohani. Minda harus bersedia menerima kehadirannya dengan berfikiran terbuka menghadapi cabaran.
Rohani kita pula perlu disiapkan dengan rasa gembira dan keazaman jiwa untuk menjalaninya dengan penuh keimanan serta ketakwaan.
Sedarlah jiwa yang berpuasa dengan penuh kesedaran akan pelaksanaan ibadah ini kerana Allah SWT semata-mata akan memperoleh ganjaran besar berupa keampunan-Nya terhadap dosanya yang lalu.
Hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang lalu akan diampuni.” (HR Bukhari dan Muslim)
Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyebut: Apa yang dimaksudkan dengan berpuasa atas dasar iman ialah berpuasa dengan beriktikad akan kefarduan puasa, manakala dimaksudkan dengan ihtisaban ialah mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.
Dalam beroleh darjat ketakwaan ini juga hendaklah kita memastikan kita berpuasa dengan cara disebut Nabi SAW, iaitu berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi turut menahan diri daripada melakukan kemaksiatan zahir serta batin.
Gambar sekadar hiasan.
Nabi SAW bersabda: “Boleh jadi orang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiamnya melainkan hanya berjaga malam.” (HR Ibnu Majah)
Antara perbuatan yang akan merosakkan ibadah puasa adalah apabila kita tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan keji serta dusta.
Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan keji serta mengamalkannya pula, maka Allah tidak berhajat untuk orang itu meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
Oleh itu, Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin mengklasifikasikan tiga kelompok manusia dalam hal berpuasa.
Kelompok pertama ialah orang awam berpuasa tidak lebih daripada sekadar meninggalkan makan dan minum serta hubungan seksual pada siang hari.
Kelompok kedua pula diberi nama al-khusus, iaitu mereka yang meninggalkan perbuatan di atas di samping turun menjaga anggota pancaindera daripada melakukan segala perbuatan maksiat dan sia-sia.
Kelompok ketiga pula disebut kelompok khusus al-khusus atau al-khawwas, iaitu mereka menjaga seperti kelompok kedua, pada masa sama, mereka turut menjaga hati dengan sentiasa mengingati Allah SWT.
Oleh itu, marilah kita meningkatkan keazaman kita untuk melakukan ibadah puasa tahun ini dengan kaedah dan cara kelompok yang ketiga supaya kita sebenar-benarnya beroleh darjat ketakwaan di sisi Allah SWT.
Ingatlah ganjaran orang bertakwa atau al-muttaqin akan beroleh syurga-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang bertakwa ialah orang yang berjaya. Mereka beroleh tempat di taman syurga dan beroleh nikmat buah-buahan di dalamnya.” (Al-Naba’: 31-32)
Penulis ialah Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM)
Penantian Nadzmi Adhwa selama ini untuk bergelar seorang ayah akhirnya tercapai apabila isteri tersayang Ardell Aryana selamat melahirkan cahayamata sulung pada pagi Jumaat tadi.
Nadzmi berkongsi berita gembira ini di laman Istagramnya memberitahu isteri tersayang selamat melahirkan anak mereka secara normal.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami.
“Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.
“Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.
Ajal maut jodoh pertemuan sudah ditulis sejak di luh mahfuz lagi. Siapa orangnya, itu semua rahsia Allah dan akan terjadi saatnya sudah sampai.
Di media sosial khususnya di negara seberang di kampung Arjawinangun, Daerah Cirebon, Jawa Barat viral apabila seorang gadis berusia 18 tahun dikenali sebagai Ava bertemu jodoh dengan lelaki empat kali ganda usianya. Sekitar 65 tahun.
Apa yang menariknya bukan saja usia begitu berbeza tapi maharnya buat ramai yang melongo.
Ini kerana, maharnya adalah Rp500 juta bersamaan RM150,000. Ava turut menerima sebuah rumah, sebiji kereta serta seisi keluarganya akan dibawa mengerjakan umrah. Inilah dikatakan rezeki selepas bernikah.
Kekayaan pihak lelaki iaitu, Sondani yang seorang taikun hartanah ditambah usianya sudah mencecah 65 tahun membuatkan ramai bercerita hal ini kerana usia isterinya baru 18 tahun.
Dikongsi dari posting fb, Happy-wedding Planner, pasangan ini baru saja bernikah.
Tulis posting ini:-
"Menikah itu nasib …
Mencintai itu takdir …
Kamu bisa berencana menikahi siapa …
Tapi tidak dapat kau rencanakan cintamu untuk siapa ???? …," tulis akun tersebut yang kini sudah ratusan orang dan ribuan kali dibagikan tersebut.
Inilah dikatakan rezeki bernikah, tak kisah beza usianya berapa tapi ia sudah tertulis di luh mahfuz. Raikanlah cinta kerana iaya milik Allah.