Adakah wajib haji bagi seorang wanita yang menunaikan haji secara bersendirian. Secara umumnya seorang wanita adalah diwajibkan untuk menunaikan fardhu haji sekiranya dia berkemampuan.
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali Imran: 97)
Ads
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melakukan perjalanan jauh (safar) sejauh perjalanan sehari semalam tanpa bersamanya mahram” Riwayat Bukhari (1088)
Ads
Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat halangan-halangan yang membawa kepada keadaan tidak berkemampuan terhadap seseorang, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atasnya.
Berdasarkan persoalan di atas, tidak wajib bagi wanita tersebut untuk menunaikan haji dan dia disyaratkan pergi bersama-sama dengan suami atau mahramnya atau perempuan yang tsiqah iaitu yang dipercayai sekurang-kurangnya dua orang.
Ads
Akan tetapi harus baginya pergi dengan seorang perempuan tsiqah atau seorang diri sekiranya dia yakin terjamin keselamatan dirinya.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah).
Bayangkan di saat kita benar-benar memerlukan pertolongan, secara tiba-tiba ada individu tidak dikenali datang menghulur bantuan. Datangnya membawa bantuan yang sangat kita perlukan iaitu makanan untuk mengalas perut anak kita. Pada hal, sebelum ini kita sudah hilang punca dan bingung tidak tahu hendak berbuat apa. Setelah puas bertawakal, hanya satu jalan kita nampak iaitu “mencuri” sedikit makanan untuk mengalas perut anak kita yang sedang demam.
Barangkali, kita pernah alami situasi sebegini, bukan? Namun tanpa kita duga, datang hamba-hamba Allah menghulurkan sesuatu yang kita tak sangka dan tergamam. Tahukah dan percayakah, datangnya orang menghulurkan bantuan itu, ITULAH PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SWT UNTUK KITA KERANA KITA PERNAH MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN DI SEKELILING KITA SUATU MASA DAHULU.
Mungkin kita sudah lupa apa amalan kita tetapi ALLAH tidak pernah lupa. Malah, setiap perbuatan yang baik walau sekecil zarah pasti akan dibalas juga dengan kebaikan.
Ternyata tindakan YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal menziarahi seorang ibu tunggal yang tertangkap mencuri makanan di sebuah pasaraya menularkan rasa sebak di hati kita semua.
Jelas ACP Ezanee, dirinya terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya. Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat – ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.
Katanya lagi, sebaik mendapat laporan mengenai kes kecurian itu, beliau tampil membantu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri penyejuk demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.
"Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan penyejuk demam sebab anaknya demam. "Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini," katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.
Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik ini.
Allahuakbar, moga kita juga dikurniakan hati yang baik agar dapat membantu orang susah suatu hari kelak tanpa mengira siapa. Percayalah, lagi kita mempermudahkan urusan orang maka Allah akan mempermudahkan urusan kita. Jangan kita persoalkan benar atau salah kerana Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang kita lakukan. Moga semakin ramai rakyat Malaysia ada jiwa seberani ini untuk berasa belas pada orang tidak berkemampuan. #SinarUntukMalaysia.
Sumber berita / gambar : Polis Daerah Petaling Jaya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dihalau dari rumah oleh rakan serumah bukanlah satu pengalaman yang menggembirakan, apatah lagi ketika itu disahkan positif Covid-19. Hendak mencari sahabat baik atau sejati di dunia ini memang sukar, sulit dan boleh dikira.
Sahabat baik adalah insan yang paling rapat dengan kita; tempat berkongsi suka dan duka, jujur dan ikhlas dan paling utama selalu ada ketika kita memerlukan pertolongan dan sokongan.
Malah Nabi SAW pernah bersabda;
”Sebaik-baik sahabat di sisi Allah SWT ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah SWT ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis Riwayat al-Hakim)
Dalam Islam sahabat yang baik ialah mereka yang sentiasa mengingatkan kita untuk melakukan amal ibadah dan kebaikan selain sanggup bersusah payah dan berkongsi suka duka bersama.
Selain itu, sahabat yang baik akan melindungi kita. Jika kita perlukan pertolongan daripadanya , maka dia akan sedaya upaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
Persahabatan adalah jambatan untuk kita ke syurga. Allah SWT sangat menyukai seorang mukmin yang mengasihi manusia lain serta memelihara silaturahim.
Namun dalam perhubungan apa pun, akan ada ujian daripada Allah. Dia mahu melihat sejauh mana ketakwaan kita terhadapnya dan reda dengan ketentuanNya.
Tidak semua bernasib baik dikurniakan rezeki sahabat baik. Ramai juga yang mendekati saat kita senang dan menjauh saat kita susah.
Inilah yang terjadi kepada seorang pemuda yang disahkan positif Covid-19. Sedih, berduka dan hilang arah tuju seketika apabila dihalau oleh rakan serumah tatkala dimaklumkan dia disahkan positif Covid-19. Perkongsian menerusi videonya ini telah ditonton lebih 50 ribu pelayar.
Untuk mengetahui lanjut kisahnya, kita ikuti catatan Abanglong Nafidz Razak di akaun Instagramnya tentang kisah sedih seorang pemuda yang disahkan dijangkiti virus Covid-19 menelefonnya di klinik yang buntu tidak tahu harus berbuat apa.
Baru-baru ini tiba-tiba ada seorang pesakit yang baru sahaja disahkan positif Covid-19 datang ke klinik beritahu baru sahaja dihalau oleh housemate sebab takut dijangkiti Covid. Allahu… macam mana sanggup korang buat macam itu kat orang yang sedang diuji dengan berat?
Korang bayangkan perasaan orang itu macam mana, tengah bersedih nak melawan penyakit, tiba-tiba disuruh pulak keluar dari rumah.
Melawan penyakit ni memerlukan motivasi yang cukup kuat. Kita orang sekeliling sepatutnya memainkan peranan yang besar dalam membantu pesakit-pesakit ini, bukan membuang mereka seolah-olah mereka telah melakukan satu jenayah yang besar..
Terima kasih tak terhingga buat pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang telah banyak membantu dalam mempercepatkan proses pesakit dihantar ke hospital.
Abanglong cukup teruja dengan kakitangan PKD yang cukup tenang dan sabar dalam menjalankan tugas walaupun sudah lewat malam.
Dan mereka ini memang nampak keletihan tapi kerana semangat nak membantu semua rakyat Malaysia, maka mereka sanggup korbankan rehat mereka untuk kita semua. Semoga Allah balas segala jasa kalian.
Jom kita doakan agar Allah segera memberi kesembuhan buat semua pesakit Covid-19 dan semoga Allah jauhkan kita dari penyakit Covid-19 ini dan kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Kashoorga: Allah akan menguji kita dengan pelbagai cara. Bagaimana kita menghadapinya adalah penentu ketakwaan kita terhadapNya dan ia termasuklah ujian dalam hubungan persahabatan. Kisah ini perlu dijadikan sempadan agar kita tahu bagaimana untuk bereaksi tatkala dikhabarkan dengan berita seumpamanya. Bayangkan kalau kita adalah pemuda itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita sudah berpuasa untuk hari pertama Ramadan. Jam ditangan baharu sahaja menunjukkan ke angka 12.30 tengahari tapi badan sudah terasa lesu dan tidak bermaya. Mengapa agaknya jadi begitu ya? Sedangkan awal pagi sudah bangun untuk bersahur.
Tahukah anda bahawa amalan terbaik ketika bersahur dan berbuka amat penting bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa. Berikut dikongsikan amalan diet sihat ketika bersahur dan juga berbuka puasa.
KETIKA BERSAHUR
*Ketika bersahur, amalkan untuk bersahur 30 minit sebelum masuknya waktu imsak.
*Elakkan sama sekali minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya. Amalkan minum air kosong. Susu juga baik untuk diambil ketika bersahur.
*Ketika bersahur, tidak semestinya makan nasi. Kita boleh makan roti, bubur dan oat untuk memberikan kesan kenyang yang lebih lama.
*Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, diabetes dan gastrik, anda boleh amalkan makan banyak sayur-sayura, buah-buahan, susu dan makanan tinggi serat.
KETIKA BERBUKA
*Ketika berbuka puasa pula, apa yang penting, pastikan hidangan yang diambil suku-suku separuh.
*Elakkan makanan yang manis-manis, berlemak, bergoreng, pedas dan makanan tinggi garam.
*Ketika makan, kunyahlah secara perlahan-lahan agar makanan cepat hadam.
Ketahuilah dengan cara pemakanan yang betul tubuh kita akan kekal sihat dan bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?