Beruntung kita jika masih ada ibu dan ayah yang duduk sebumbung dengan kita. Orang tua yang sudah semakin dimamah usia, kudrat semakin susut dan hanya mengharapkan prihatin dan kasih sayang anak-anak sepanjang sisa usia berbaki.

Mereka adalah insan yang perlu terus bertahkta di hati lantaran mereka telah banyak berkorban harta dan nyawa buat kita; anak yang dikasihi selama ini.

Dan apabila sudah bekerja dan kecapi hidup senang, sudah kah kita lihat pada diri kita apa yang telah kita lakukan terhadap mereka?

Artikel berkaitan:Kasihan Ibu Tua, Bantuan Zakat Lesap Dicuri Anak Dalam Diam- Amil Zakat

Artikel berkaitan:Syurga Buat Rangga, Kanak-kanak Syahid Cuba Pertahan Kehormatan Ibu -Ustaz Abdul Somad

Tiada buih di lautan mampu menyaingi kasih sayang mereka. Oleh itu selayaknya mereka disantuni laksana raja dan permaisuri. Bagaimanapun kehidupan hari ini menyaksikan anak-anak kurang menyantuni ibu dan ayah.

“Tak Selesa Ibu Sebumbung. Jangan Derhaka, Kamu Dan Seluruh Hartamu Adalah Milik Ibumu”-Syeikh

Ada sahaja yang tidak kena di mata dan di hati apatah lagi apabila duduk sebumbung dalam sebuah mahligai. Kasihan nasib sang ibu dan ayah andai memiliki anak seumpama ini.

Perkongsian ustaz Suhaimi dalam satu majlis agama yang dicatat semula oleh Mohd Ibrahim dalam entri facebooknya tentang hak ibu ayah terhadap anaknya cukup memberi tamparan buat kita yang lalai dan lupa, bahawa kita ini anak, bukan siapa-siapa pun. Kita selami coretannya.

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim (majlis ilmu) Suatu saat pada sesi tanya jawab.

Penanya: Wahai Syeikh, ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku dan terjadi masalah antara beliau dengan isteriku.

IKLAN

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu!

IKLAN

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu.

Penanya: Ya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya.

Syeikh: Jangan derhaka wahai anak, jangan derhaka wahai menantu!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda:

“Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu” [HR. Ibnu Majah no. 2291]

Sedih kan?

Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak- anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa.

IKLAN

Anak- anak boleh bebas dalam rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran televisyen ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka.

Tapi, meganpa ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak? Tak boleh masak sesuka hati, makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa.

“Tak Selesa Ibu Sebumbung. Jangan Derhaka, Kamu Dan Seluruh Hartamu Adalah Milik Ibumu”-Syeikh

Begitu juga, kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung.

Tapi, tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati. Takut rosak la, takut langgar la, takut calar la. Kalau guna pun, akan pastikan minyak penuh semula. Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak.

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak. Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak, tapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa. Untuk hidup sebumbung pun boleh menjadi masalah besar.

Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa. Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada. Tapi, anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta.

Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia yang akhir zaman ini. Mudahan kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti

“Tak Selesa Ibu Sebumbung. Jangan Derhaka, Kamu Dan Seluruh Hartamu Adalah Milik Ibumu”-Syeikh
Ibu sudah tua. Minta sahaja dia berehat tumpukan ibadat.

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.

Pesanan untuk kita yang bergelar anak.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI