Satu dalam sejuta. Mati dalam keadaan syahid. Kanak-kanak maut di tangan perogol yang cuba memperkosa ibunya. Walaupun baru berusia 9 tahun, Rangga dianggap sebagai pejuang sejati.
Dia cuba mempertahankan kehormatan ibu kandungnya daripada diperkosa lelaki yang memecah masuk ke kediaman mereka pada malam Sabtu 10 Oktober lalu ketika kedua-dua beranak itu sedang tidur.
Kediaman Rangga sekeluarga
Semasa kejadian itu, ibunya sempat meminta Rangga untuk lari menyelamatkan diri, namun, dia menolak dan tetap melawan penjenayah terbabit.Malang sekali Rangga terkorban setelah lelaki yang ingin memperkosa ibunya itu menetak tubuh kecil kanak-kanak itu beberapa kali.
Dilaporkan, pada malam kejadian, ayahnya keluar bekerja dan hanya mereka berada di rumah. Mayat Rangga telah dibungkus di dalam guni oleh perogol terbabit dan mencampakkanya ke sungai selepas merogol ibunya beberapa kali di kebun kelapa sawit.
Dua hari selepas kejadian mayat Rangga berjaya ditemui oleh nelayan yang sedang mencari ikan di sungai dan jenazahnya dikebumikan di TPU Gampong Alue Gadeng Kampung, Kecamatan Birem Bayeun, Aceh Timur.
Berita yang sangat menyayat hati ini mendapat liputan meluas media massa di Indonesia, malahan ia turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Indonesia berasal dari Riau iaitu Ustadz Abdul Somad (UAS).
Ads
Berita kematian Rangga mendapat perhatian Ustaz Abdul Somad
Pada Jumaat lalu iaitu 16 Oktober 2020, ustaz telah memuat naik komen di akaun Instagramnya berkenaan hal ini. Menerusi captionnya, UAS menyebut bahawa Rangga sebagai seorang syahid yang membela kehormatan keluarganya.
“Ananda Rangga. Dengan perbuatanmu engkau telah mengajarkan pada anak bangsa ini tentang arti menjaga kehormatan, walau mesti dibayar dengan nyawa. “Engkau hadap Allah tanpa dosa, karena belum aqil baligh. Engkau mulia dengan derajat syahid,” tulis UAS.
Rasulullah SAW bersabda:“Siapa yang terbunuh karena membela keluarganya, maka ia mati syahid”. (HR. at-Tirmidzi).
Ads
Syahid berarti disaksikan, karena seluruh malaikat menyambut ruhmu. Syahid berarti menyaksikan, karena engkau telah menyaksikan tempatmu di surga sebelum kematian tiba.
Engkau merasakan sakaratulmaut hanya seperti cubitan lembut pada kulit yang halus. Engkau terbebas dari azab kubur dan hisab.
Ruhmu berada di paruh burung-burung berwarna hijau terbang kian kemari di dalam surga. Bila engkau diberi Allah kuasa untuk memberi syafaat, berikanlah sebagiannya untuk hamba Allah yang hina: abdul somad
Kashoorga: Pengorbanan seorang kanak-kanak yang seharusnya menjadi tauladan kepada kita. Berani dan bersungguh mendepani musibah demi kehormatan ahli keluarga.
Diam tak diam sudah hampir sebulan perlaksanaan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jaringan wabak COVID-19.
Malah kerjasama dari rakyat yang menurut perintah itu membuahkan hasil apabila berlakunya penurunan kes positif yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun itu bukanlah alasan untuk kita melakukan pergerakan seperti biasa. Dan malam semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan PKP ini sehingga 12 Mei depan.
Beliau berkata, berdasarkan data-data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan, usaha-usaha untuk membendung wabak Covid-19 masih perlu diteruskan.
Menurutnya, walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.
“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
“Walau bagaimanapun, jika kes-kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial,” katanya dalam perutusan khas sempena Ramadan sebentar tadi.
Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan hukum seseorang itu sendawa di dalam solatnya. Adakah ia membatalkan solat sama seperti jika seseorang itu terkentut ?
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Definisi Sendawa
Dalam kitab Al-Syeikh Abu al-Abbas ‘Ali al-Fayyumi mendefinisikan sendawa sebagai: Suara berserta angin yang keluar dari mulut disebabkan kekenyangan. Rujuk Al-Misbah Al-Munir, Al-Fayyumi (1/102).
Manakala dalam kitab Al Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir mendefinisikan sendawa dengan: Angin yang keluar dari perut ketika ia penuh (kenyang). Rujuk Al-Tanwir, Al-Son’aani (8/152).
Menurut Kamus Dewan pula, sendawa adalah bunyi seperti meneguk yang keluar dari kerongkongan kerana kekenyangan dan lain-lain. Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.
Perbahasan Hukum Sendawa
Secara asasnya, sendawa itu sendiri merupakan satu perbuatan yang pernah ditegur oleh Rasulullah S.A.W. Tanpa mengira sama ada sendawa itu di dalam solat mahupun di luar solat. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata:
تَجَشَّأَ رَجُلٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah S.A.W, lalu baginda bersabda: Jauhilah sendawa kamu dari kami kerana sesungguhnya mereka yang paling banyak kenyangnya di dunia adalah mereka yang paling lapar pada hari kiamat.
Riwayat Al-Tirmizi (2478)
Hadis di atas ini menunjukkan bahawa perbuatan sendawa itu dilarang dari sudut larangan ke atas perbuatan yang membawa kepada sendawa itu sendiri.
Imam al Manawi apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Larangan sendawa merupakan larangan ke atas sebabnya iaitu kekenyangan yang berlebihan dan ia merupakan sesuatu yang tercela dari sudut perubatan dan juga syarak. Rujuk Faidhul Qadir, Al Munawi (5/11).
Namun ini hanyalah merujuk kepada sendawa yang terhasil dari perbuatan makan secara berlebihan. Ia sebenarnya merupakan suatu perbuatan yang tidak baik kerana biasanya kekenyangan yang berlebihan akan membawa kepada perbuatan perbuatan negatif yang lain seperti malas dalam beribadat dan mendorong untuk melakukan maksiat.
Adapun sendawa yang terhasil bukan secara sengaja, seperti faktor badan berangin dan seumpamanya maka ini tidaklah menjadi suatu kesalahan. Namun di antara adab adalah seseorang itu tidak sendawa dengan sengaja di hadapan orang lain.
Sendawa Dalam Solat
Isu ini mempunyai perbahasannya yang tersendiri di sisi para fuqaha dari sudut adakah sendawa itu menyebabkan terbatalnya solat seseorang atau tidak.
Secara asasnya, sendawa tidaklah termasuk dalam perkara yang membatalkan solat seperti yang dijelaskan dalam beberapa riwayat yang sahih. Ini bermakna, tidak terdapat petunjuk syarak yang menyatakan bahawa sendawa itu menyebabkan solat pelakunya terbatal.
Namun, ada sebahagian fuqaha melakukan qiyas dengan mengatakan bahawa sekiranya di luar solat pun Rasulullah S.A.W menegah perbuatan sendawa maka apatah lagi di dalam solat.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa sendawa tidaklah membatalkan solat. Namun ia adalah satu perbuatan yang kurang adab di dalam solat, bahkan boleh membawa kepada hukum makruh sekiranya menghasilkan bau-bauan yang mengganggu para jemaah. Manakala persoalan adakah sendawa sama kesannya seperti kentut di dalam solat, maka jawapannya adalah tidak sama. Ini kerana, kentut itu merujuk kepada sesuatu yang keluar dari dubur seseorang dan ini tidak sama keadaannya dengan sendawa.
Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita has dalam beragama. Ameen.
Suatu ketika nama penyanyi dan ahli perniagaan Rosma, 35, yang digilap bakat menerusi pertandingan Akademi Fantasia (AF1) musim pertama pernah menjadi siulan.
Lebih 17 tahun bergelumang dengan dunia seni, Rosma atau nama lengkapnya, Rosmayati Sidik, akur biarpun haluannya kini lebih kepada mengemudi perniagaan syarikat KR Successful Sdn Bhd bersama suami, Khai.
Perniagaan yang ditubuhkan sejak tahun 2014 itu kini memberi fokus kepada produk kesihatan dan pelangsingan badan termasuk minuman detoks, MS SenaRos
“Ada yang cakap dulu saya bersusah payah nak kurus sampai keluarkan produk pelangsingan sendiri. Tapi rezeki nyanyian tetap tak menyebelahi diri sampai sekarang biarpun sudah berjaya susutkan badan.
“Saya akur dengan suratan hidup. Tapi saya puas hati, Tuhan beri peluang merasa nikmat jadi penyanyi dengan menyertai AF1 biarpun seketika. Sejak kecil nak jadi penyanyi dan impian itu berjaya direalisasikan.
“Cuma kini saya sedar walaupun sebesar mana bakat yang dikurniakan kepada seseorang itu, jika Allah sudah katakan bukan rezeki… maka begitulah suratannya.
“Tapi Allah buka laluan untuk saya menceburi dunia perniagaan yang selama ini tak pernah langsung terlintas menjadi kerjaya tetap. Dunia nyanyian menjadi asbab atau platform untuk saya berniaga,” katanya.
Tambah Rosma lagi, sekalipun sudah rancak berniaga, dunia nyanyian tak dilupakan begitu saja.
“Kini nyanyian jatuh di tangga kedua. Perniagaan di tempat pertama. Tapi itu tak bererti saya tak mahu menyanyi lagi. Sebelum ini pun ada tawaran menyanyi secara tertutup, selain membuat persembahan di hotel ketika bulan Ramadan .
“Cuma ketika diuji dengan pandemik Covid 19, kerjaya nyanyian itu tak dapat diteruskan macam biasa. Saya tak kisah pun orang nak kata saya artis sendu atau apa sekalipun.
“Mungkin ada yang kata pintu rezeki nyanyian tak serancak dulu. Tapi Allah Maha Kuasa buka pintu rezeki dalam dunia niaga. Saya percaya rezeki itu ada di mana mana. Pokok pangkalnya niat dan usaha kita,” katanya.
Berkongsi mengenai perniagaannya, ibu kepada tiga cahaya mata ini semuanya berlaku secara kebetulan.
Malah paling utama, suami tersayang yang menjadi individu penting di sisi antara yang terus membakar semangat serta memberi motivasi.
“Ikutkan sejak zaman remaja, saya jenis yang comot dan tak fikirpun soal nak cantik. Orang nak cakap apa itu, lantaklah. Cuma saya mula terfikir nak jaga segala serbi fasal diri selepas keluar AF1.
“Masa itu kejutan budaya sebenarnya sebab jadi artis dan mula dikenali. Tapi antara masalah utama saya ketika itu ialah mendapat tajaan termasuk baju kerana berbadan tembam. Memang lepas masuk AF1, berat badan saya naik mendadak.
“Ketika zaman jadi artis itu, berat badan saya pernah mencecah 70 kilogram. Dalam hati pernah terdetik besar sangat ke badan aku ini? Ikutkan zaman solo sebelum kahwin pun berat saya sekitar 48 kilogram. Tapi sekarang selepas berkahwin dan ada anak, berat saya dalam 47 kilogram.
“Sebab nak kurus sangat, saya ketika itu juga pernah diet dengan cara silap. Sampai pernah jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya. Biasalah tak ada ilmu, tapi berlagak pandai diet itu ini. Hinggalah saya berdiet dengan betul dan menjadi testimoni kepada formula produk sendiri.
“Khai sendiri antara yang mencetus idea kenapa saya tak buat produk pelangsingan sendiri jika boleh berjaya kurus,” katanya yang nekad mengeluarkan produk sendiri selepas melahirkan anak kedua.
Kata Rosma, fasa memulakan perniagaan sejak awal itu bukan mudah. Apatah lagi ramai persaingan di luar sana turut mengeluarkan produk yang hampir sama. Namun percaya dengan bakat anugerah Tuhan padanya.
Jika diimbas kembali, Rosma sebenarnya sudah kalis kecaman sejak dulu kerana memiliki badan tembam.
“Kalau ketika zaman dulu wira papan kekunci sehebat masa kini, mungkin lagi teruk saya dikecam kerana memiliki badan ‘plum’. Ikutkan hati memang terasa hati. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Sebaliknya cuba lawan kecaman itu dengan membuktikan diri boleh kurus dan sihat.
“Pernah ketika terbabit dengan promosi di ruang sembang maya, ada yang beri komen pedas membabitkan fizikal diri. Antara komennya berbunyi…sudahlah gemuk, ada hati nak bercinta dengan artis kacak (Khai yang digosipkan sejak zaman AF1 hingga berkahwin).
“Komen lain siap cakap usia muda tapi lagak saya dengan berbadan tembam seperti sudah pangkat makcik makcik yang ada ramai anak. Begitu juga yang terang terangan cakap saya tak cantik, debab dan bulat. Selain tak layak berdampingan dengan Khai ketika itu,” katanya
Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.