“Benda boleh selesai cara baik, cubalah mengislahkan.’ Hakim nasihat Diana Danielle dan Farid Kamil berdamai.
Mengislahkan membawa maksud ‘berusahalah untuk memperbaiki keadaan’. Secara tak langsung hakim meminta pasangan ini cuba mencari jalan penyelesaian secara baik.
Pada 20 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid, awal bulan ini.
Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut dan mereka difahamkan tidak lagi tinggal serumah.
Cara Baik
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Selangor, menasihati Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil berdamai.
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid berkata demikian ketika ditemui media, selepas prosiding sebutan kes perceraian pasangan pelakon itu di hadapan Hakim syarie, Shukran Yusof.
Cubalah Mengislahkan
Susulan itu, jelas Fakhrul Azman yang mewakili Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, mahkamah memerintahkan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dilantik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan itu.
Menurutnya lagi, hakim menyatakan, “benda yang boleh selesai secara baik, cubalah mengislahkan (usaha untuk memperbaiki keadaan).
“Proses JKP akan diadakan di pejabat agama Islam di Shah Alam, namun tarikhnya proses itu akan ditentukan kemudian.
“Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Mei depan untuk mengetahui laporan jawatankuasa terbabit,” katanya.
Hakim Nasihat
Dalam prosiding ini, Farid yang juga pelakon Lagenda Budak Setan telah melantik kakaknya sebagai wakil JKP manakala pengurus bagi pihak Diana Danielle Danny Beeson, 32.
Ads
Seterusnya jelas beliau, proses hakam (kalau JKP tidak mencapai persetujuan) akan dibuat dan hanya mahkamah akan menentukannya.
Hakam adalah satu kaedah yang berlandaskan hukum syarak yang diberi kuasa dalam memutuskan sama ada pertikaian akan diselesaikan dengan cara perdamaian atau perceraian.
Diana & Farid Kamil Berdamai
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle berkata, keputusan JKP hanya dapat diputuskan selepas menerima laporan perbincangan berkenaan.
Menurutnya, tidak adil untuk kedua-dua pihak sekiranya kita membuat spekulasi.
“Rintangan pertama ialah JKP, selepas itu hakam mahkamah jadi kita kena tunggu, keputusannya akan diketahui hujung bulan depan,” katanya.
Ads
Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7.
Pakej umrah naik harga, travel agency diminta cari kaedah terbaik tidak bebankan jemaah. Tidak semua berkemampuan untuk menambah kos di saat-saat akhir jika pihak agensi umrah mengenakan cas baharu yang mahal.
Oleh itu, kerjasama daripada pihak travel agency amat diharapkan bagi mengurangkan beban jemaah.
Agensi umrah diminta supaya dapat mempertimbang ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah umrah.
Itu gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar susulan rungutan jemaah umrah mengenai kenaikan kadar hotel di Mekah dan Madinah, ketika ini.
Travel Agency Diminta
Menurutnya, beliau amat memahami perkara tersebut dan ia sedikit sebanyak telah membangkitkan keresahan kepada jemaah umrah.
“Sepertimana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Katanya, beliau ketika ini berada di Arab Saudi mewakili negara untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.
Jelasnya lagi, selain berbincang isu-isu berkaitan pengurusan haji dan umrah, beliau juga akan mengemukakan isu kenaikan kos ini kepada Menteri Haji Kerajaan Arab Saudi.
Cari Kaedah Terbaik
Mohd. Na’im berkata, beliau melihat situasi berkenaan adalah impak daripada kenaikan kos di negara Arab Saudi.
“Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah umrah Malaysia bahkan kepada jemaah dari negara-negara lain juga,” ujar beliau.
Tidak Bebankan Jemaah
Media sebelum ini mendedahkan bakal jemaah umrah tempatan diminta supaya bersiap sedia dengan kenaikan harga pakej umrah susulan kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Makkah dan Madinah pada masa ini.
Menurut, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), kenaikan kos itu mungkin menyebabkan agensi umrah akan menyemak semula harga pakej umrah pada saat-saat akhir.
‘Jangan tinggal solat, baca Al-Quran walaupun merangkak.’ Ini rahsia Lisa Surihani untuk kekal istiqamah selama ini. Berubah dan berhijrah ke arah kebaikan itu mungkin mudah bagi sesetengah orang.
Namun untuk kekal istiqamah dan tak mengulangi kesilapan silam ternyata bukan sesuatu yang mudah. Setiap orang berdepan dengan situasi getir ini bila berhijrah. Masing-masing miliki cara tersendiri untuk kekal istiqamah, begitu juga selebriti ini.
Semenjak Lisa Surihani berhijrah, ramai yang menjadikan dia inspirasi untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Penampilannya yang berubah secara total membuatkan ramai kagum.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @pendosahijrahhh di laman TikToknya, Lisa Surihani telah berkongsi beberapa rahsia untuk kekal istiqamah dalam sebuah temu bual.
Jelas selebriti yang berusia 36 tahun itu, seseorang perlu menjaga solat dan sentiasa membaca Al-Quran untuk terus istiqamah demi menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab nak Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, dia turut menegaskan sunnah perlu dilakukan dan apa yang paling penting, persekitaran kita perlu dalam keadaan baik yang boleh membantu untuk berubah ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Antara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
Hijrah Kerana Allah
Ini Rahsia Lisa Surihani
Sementelah itu, Lisa Suruhani mengakui dia bukanlah seorang yang baik tapi dirinya berusaha untuk menjadi orang yang baik.
“Saya tak baik, saya belajar nak jadi baik. Saya tak nak yang saya memakai macam ni ke, saya buat ini, buat itu sebab saya baik. Nak tunjuk baik ke, bukan. Saya hanya mengharapkan dan mendoakan sangat keredaan Dia.
‘Saya maklumkan pada diri yang macam, so easy sebenarnya untuk kita alpa, lupa, riak, ujub dan takbur. Lagi-lagi bila kita cuba nak jadi baik, pun benda itu boleh jadi dugaan untuk kita semua,” luahnya lagi.
Untuk Kekal Istiqamah
Komen Warganet
Rata-rata warganet terinpirasi dengan kata-kata dan apa yang Lisa Surihani lakukan untuk kekal istiqamah. Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan Lisa Surihani dipermudahkan untuk melalui fasa ini.
Kynasalleh
Alhamdulillah semoga kita semua sentiasa kekal istiqomah berbuat kebaikan.
Salbiahqimie
Moga dipermudahkan baru berjinak ke jalan Allah dan semoga sentiasa kekal istiqamah. Ya Allah kau permudahkanlah urusan ku untuk ke jalan-Mu. Amin.
Maizatur Rufaihah
Allahuakhbar.. subhanallah.. lailahaillallah.. Alhamdulillah… Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad …
Dakwah Keras atau Lembut
Kashoorga Semoga kita semua kekal istiqamah di jalan Allah. Amin.
Ikuti perkongsian Dr Zaharuddin ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Siapa kalah kena belanja
Apakah hukum bersukan berdua seperti bermain bowling, tennis, badminton atau lainnya dan sesiapa yang kalah perlu belanja makan?
Hukumnya Judi
Saya jawab hukumnya adalah judi kerana wujud elemen ‘zero sum game’. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan kos makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya.
Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-
لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر
Ertinya : “Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju”( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)
Kerana Wujud Elemen
Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena.
Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.
Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah ijtihad hukum dari ulama mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali. (Rujuk kitab Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila’ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )
10 Kelebihan Orang Bertaubat, Antaranya Dapat Rezeki BerkatTiada manusia yang sempurna. Malah tiada manusia yang terlepas dari berbuat dosa. Tapi sebagai hamba Allah, kita...