Alangkah beruntungnya menjadi seorang wanita. Kita boleh berkahwin, melahirkan zuriat dan memberikan kasih sayang tidak berbelah bagi pada seorang bergerlar suami.
Malah kelembutan sikap seseorang wanita itu mampu membuatkan hati lelaki cair. Dan kemudiannya mengakhiri hubungan sedia ada dengan ikatan yang sah.
Gambar sekadar hiasan.
Oleh sebab itu ramai juga kaum transjantina yang mahu mengubah diri mereka menjadi seorang ‘wanita’ walaupun hakikatnya adalah seorang lelaki.
Menjadi sifat seorang itu memang sukakan pada sesuatu yang cantik dan dirinya kelihatan cantik. Ini antara sebab kenapa ada yang mahu menjadi wanita.
Walau bagaimanapun kecantikan itu hanya pada fizikal semata. Akan kedut, kendur dan berlalu pergi. Malah cantik itu bersikap subjektif yang dipandang dengan nilai berbeza.
Ads
Kecantikan sebenar adalah terletak pada ketaatannya pada Allah. Ikuti perkongsian oleh Dr Ahmad Sanusi di laman sosial Facebooknya.
Kecantikan Adalah Pada Ketaatan ======== 1. Manusia tidak seharusnya mengikat nilai kecantikan hanya pada fizikal semata. Kecantikan fizikal akan pudar, kendur dan kedut. Ia akan berlalu pergi. Bahkan ia bersifat subjektif yang dipandang dengan nilai yang berbeza oleh setiap orang.
2. Rasulullah menyifatkan nilai kecantikan seorang wanita adalah pada ketaatannya. Seorang lelaki yang memiliki isteri solehah seumpama lelaki yang mempunyai kekayaan yang tidak ternilai. Sabda Rasulullah:
Ads
ألا أخبرك بخير ما يكنز المرء؟ المرأة الصالحة: إذا نظر إليها سرته، وإذا أمرها أطاعته وإذا غاب عنها حفظته
“Mahukah kamu aku beritahu nilai yang terbaik yang perlu dijaga (dipelihara) oleh seorang lelaki? Ianya adalah isteri yang solehah. Isteri solehah itu adalah seorang yang tenang bila kamu melihatnya, apabila disuruh, dia mentaati suaminya dan apabila suami tiada dia menjaga hak-hak suaminya.”
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah mengangkat nilai keindahan (kecantikan) seorang wanita. Ia bukanlah penilaian fizikal tetapi ketinggian nilainya dilihat dari aspek ketaatan kepada Allah dan kepatuhan dalam menjaga hak-hak suaminya.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
4. Begitu juga bagi seorang lelaki, nilai kecantikannya terletak pada ketaatannya kepada Allah, serta budi pekertinya yang mulia.
5. Lelaki yang menghabiskan simpanan wang jutaan ringgit hanya untuk memenuhi kehendak nafsunya yang bercanggah dengan perintah Allah tidak memiliki keindahan seperti yang digariskan oleh Rasulullah.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama. Program ini bersiaran di TV AlHijrah pada jam 12 hingga 1 tengah hari secara langsung setiap hari bermula 8 Jun 2020.
Pada permulaannya, program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang terkurung (Perintah Kawalan Pergerakan) di rumah bagi pencegahan penularan wabak Covid-19.
Al-Quran menjadi penawar duka kepada rakyat, pemimpin dan negara yang kemurungan akibat pandemik Covid-19, tekanan politik, ekonomi dan bencana alam dalam tempoh musim PKP selama dua tahun tersebut bermula 18 Mac 2020.
Pada waktu itu, Malaysia #QuranTime mentadabburi ayat-ayat dan surah pilihan yang dilihat telah menjadi satu fenomena luar biasa di Malaysia di mana orang ramai mula tertarik dengan pengisiannya serta sentiasa ternanti-nantikan program ini bersiaran ke udara.
Hasil sokongan dan permintaan tinggi daripada kalangan rakyat Malaysia kini yang semakin ketagih untuk mempelajari al-Quran, maka pihak WUIF dan TV AlHijrah meneruskan kerjasama untuk menerbitkan program My #QuranTime.
Program tersebut memberi pendekatan bertadabbur serta baca, faham dan amal seluruh isi kandungan al-Quran bermula dari muka surat 1 hingga muka surat 604.
My #QuranTime dijayakan dengan penglibatan asatizah daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Ia bersiaran langsung dari studio TV AlHijrah, bahkan orang ramai juga boleh mengikuti secara atas talian di platform Facebook My #Qurantime dan YouTube My #QuranTime Official.
Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand mengikuti My #QuranTime di TV AlHijrah dan media sosial.
My #QuranTime merupakan program tadabbur al-Quran tahap asas agar mudah difahami oleh masyarakat umum. Selain itu, ia menjadi pemangkin masyarakat untuk mendekati al-Quran pada tahap tahap lebih tinggi.
Program sejam bersama al-Quran (Baca, Faham & Amal) setiap hari amat penting dalam memupuk kerangka fikir dan sistem operasi diri berlandaskan al-Quran dan Hadis. Ini selari dengan misi WUIF, “MengQurankan bangsa mengikhlaskan ummah” pada 1500H.
Selain itu, program ini dilihat satu kejayaan besar hingga wujudnya budaya ketagih al-Quran: baca, faham & amal al-Quran. Uniknya, ia dilakukan di Malaysia dan bukan dari negara-negara Arab.
Bahkan program ini merentasi pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat, termasuk golongan muda, warga emas, pekerja, peniaga, tidak bekerja mahupun pesara.
Tambahan ramai peminat setia My #QuranTime yang berada di luar negara mengikuti program ini secara konsisten bermula halaman pertama sehingga halaman terakhir al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime telah mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Tanggal 7 Oktober 2022 merupakan hari dan surah terakhir ditadabbur pada My #QuranTime Episod 838 (Malaysia #QuranTime 69 episod & My #Qurantime 769 episod) program ini bersiaran.
Dengan berakhir episod My #QuranTime 1.0, WUIF dan TV AlHijrah menganjurkan program khas bagi menghargai pengikut setia My #QuranTime iaitu Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang julung kali diadakan pada 8 Oktober 2022.
Seramai 5 ribu peserta dijangkakan menyertai acara khatam yang bertemakan “Kerinduan & Kenangan terindah bersama al-Quran”, menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Ia menjadi platform penyatuan para asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
ALLAH SWT berfirman: “Dan telah sempurna firman Tuhanmu (al-Quran) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’am: 115)
Ayat al-Quran tersebut sering dibacakan ketika majlis khatam al-Quran. Ia bermaksud al-Quran terpelihara daripada sebarang pengubahsuaian. Jika kita menjaga al-Quran dan bawa al-Quran dalam kehidupan, ALLAH SWT akan menjaga kita.
Khatam berasal daripada perkataan Bahasa Arab ‘khotama’ (ختم) yang bermaksud menutup. Justeru, khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk sama ada secara bacaan atau melalui tadabbur.
Amalan berhimpun ketika majlis khatam al-Quran adalah disunatkan oleh para ulama iaitu dengan menghimpunkan ahli keluarga atau sahabat-handai ketika majlis tersebut. Hal ini berdasarkan kepada amalan para salaf terdahulu.
Antaranya, sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai Anas bin Malik RA, “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.” (Riwayat Al-Darimi, 3517)
Melalui My #Qurantime, orang ramai kini semakin memahami isi kandungan al-Quran dalam bahasa Arab. Ia membawa perubahan kehidupan bagi pencinta al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Impak program My #QuranTime kepada masyarakat antaranya sebanyak 19,664,240 naskhah al-Quran wakaf telah diagihkan dan lebih 6,000 Quran Corner di pelbagai organisasi seperti hospital, agensi kerajaan, syarikat swasta, balai polis, kolej, universiti, sekolah, rumah ngaji, pusat tahfiz, dan masjid.
Sumbangan sebanyak RM5 ribu daripada dana Tabung Gerakan Al-Quran turut diagihkan kepada Rumah Ngaji di seluruh negeri setiap bulan bagi membantu penggerak menjalankan aktiviti untuk mendekatkan masyarakat kepada al-Quran melalui baca, faham dan amal.
Kashoorga : Semoga majlis ini menjadi platform penyatuan para seluruh umat Islam yang datang dari pelbagai latar belakang.
Tiada apa yang mustahil jika Allah kehendaki-Nya. Kun fa yakun (jadi, maka jadilah ia).
Jika semalam ribuan siput naik ke pantai di Pantai Klebang, Melaka hingga mencetuskan persoalan adakah tsunami bakal terjadi seperti dahulu lagi dan hari ini, penampakan cahaya terang seakan-akan api menghiasi dada langit di Sungai Rambai, Melaka.
Dalam tik tok atas nama @Imma Majid653, dirinya memaklumkan ketika merakamkan langit yang membiru, tiba-tiba muncul cahaya berkenaan dalam tempoh yang amat sekejap sebelum hilang.
Ia hanya muncul seketika sahaja sebelum menghilang sekitar jam dua petang ke atas tadi, kongsinya dalam menjawap pertanyaan orang ramai di bahagian komen.
Walau bertanya apakah petanda di sebalik kemunculan cahaya tadi, kita sebagai hambanya pasti tiada jawapan.
Namun kebanyakan komen mengaitkan “sesuatu” bakal terjadi kerana cahaya sebegini turut muncul sebelum berlakunya trgedi kepala air Gunung Jerai. Ada juga memaklumkan cahaya begini petanda ribut hendak terjadi.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyarankan supaya kita menyaksikan penciptaan makhluk oleh Allah SWT di atas muka bumi ini dengan pandangan mata hati. Firman Allah SWT dalam al-Quran mafhumnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang dan kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah mati, serta Ia biakkan padanya daripada pelbagai jenis binatang; demikian juga peredaran angin dan awan yang tunduk terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (semua itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah) bagi kaum yang menggunakan akal fikiran.” (Surah al-Baqarah, ayat 164)
Sebagai hambaNya yang kerdil, apa jua yang Allah kehendaki, semuanya atas izin Allah taala. Sumber : Tik Tok @Imma Majid653
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kehadiran anak paling ditunggu oleh ramai pasangan suami isteri selepas berkahwin. Anak dianggap penyeri dalam rumahtangga. Namun bukan semua memiliki rezeki anak kerana ada pasangan yang bertahun-tahun berkahwin tapi belum lagi disahkan mengandung.
Dalam satu perkongsian di Instagram @novyandi, wanita ini berkongsi momen sedih terpaksa dihadapinya bila mana keputusan dari doktor cukup mengejutkan serta membuatnya agak sebak.
Dirinya yang dilihat sudah bersedia melakukan keadah IVF atau bayi tabung uji apatah lagi sebelum ini sudah bermimpi mengandung selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga dilihat membuka keputusan ujian dari doktor selepas menunggu dua bulan sebelum ini sambil suaminya merakam gerak gerinya.
Ternyata keputusan itu agak menyedihkan di mana bukan saja kaedah IVF itu tidak dapat dilakukan sebaliknya doktor mencadangkan agar rahimnya dibuang kerana bermasalah serta memungkinkan dirinya tidak boleh mengandung terus. Novyandi mengakui dia setiap kali datang haid, dirinya merasa nyeri dan sama sekali tidak menyangka haid yang tidak normal ni akhirnya membawa berita menyedihkan buat dirinya.
Dalam perkongsiannya, wanita ini berkongsi momen sedih ini sambil banyak rakan-rakannya memberikan sokongan termasuk dari suaminya sendiri yang sentiasa mencurahkan kasih sayang biarpun perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak.
Apa pun ujian melanda, semua kita redha dengan takdir Allah SWT. Anak hanya pengikat kasih sayang tapi banyak rumahtangga yang kekal bahagia hingga akhir hayat walau tidak punya zuriat.
Tahun ke 8 pernikahan
Tiba-tiba mahu posting ini kerana semalam dapat anugerah dari Allah, dikasih bisa rasain meng’ASI’hi bayi dalam mimpi. Dan itu benar-benar kerasa kaya nyata, bahagia banget Mudah2an bisa jadi nyata, dan kalopun takdir Allah berkata lain, semoga Allah memberikan anugerah itu kepada kami di akherat kelak.
Makasih banyak suamiku yg udah selalu kasih support apapun kondisi aku, menguatkan dan selalu menyayangi aku apa adanya, betapa Allah sudah kasih aku rezeki yg gak ternilai yaitu km @a_dewangga.. km selalu bilang “anak itu bukan satu2 nya kunci kebahagian kita hun, insyaa Allah aku gak apa2, kita jalanin ya” (remuk hati aku )
Semoga Allah rekatkan cinta kita karena cinta kepada Allah
Pengen share sm temen2 tentang penyakit yg aku alamin agar bisa jadi pembelajaran buat perempuan untuk aware banget mengenai reproduksi, terlebih yg suka nyeri waktu haid. Aku ngalamin ini dari SMA dan qadarallah berujung seperti ini. Tp aku bingung harus cerita drmn.. Insyaa Allah kl udh ada kekuatan buat ceritanya, aku sharing yaa. Sumber instagram @novyandi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.