Assamualaikum WBT. Saya ada situasi yang menjadi kemusykilan.
Situasinya ada 4 orang kawan lepak minum di kedai mamak. Bila nak bayar, mereka main osom. Siapa kalah kena bayar. Soalan saya:
1) Adakah itu dikira berjudi?
2) Makanan/minuman yang kita minum itu dikira jadi haram ke?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد Perbuatan judi ialah suatu perbuatan atau permainan yang mempunyai unsur pertaruhan wang, adu nasib serta menzalimi satu pihak dan menguntungkan satu pihak yang lain.
Ads
Berkenaan persoalan tuan, perbuatan tersebut adalah judi dan dikhuatiri makanan tersebut boleh menjadi haram.
Walaupun penyertaan dalam situasi tersebut kelihatan tiada yuran atau kos hadiah tapi hakikatnya kedua-dua pihak berpotensi mengalami untung dan rugi iaitu dibebani atau tidak dibebani dengan kos makanan yang belum diketahui jumlahnya.
Ads
Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk makanan tersebut, hanya yang kalah akan terkena.
Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram. Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah tanpa mengira kalah atau menang, orang lain tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal kerana tiada kebarangkalian untuk seseorang di antara mereka untung dan rugi.
Ramai ingin kelihatan cantik sehinggakan tidak sedar perbuatan itu haram hukumnya. Bahkan di media sosial banyak teknik pembedahan dilakukan tanpa sedar ia menyalahi hukum agama.
Bagi yang ingin tahu apakah hukumnya cipta lesung pipit buatan, baca pencerahan dari Mufti Wilayah Persekutuan mengenainya.
Ringkasan Jawapan :-
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Hukum lesung pipit buatan melalui proses tindikan mahupun pembedahan adalah haram. Lesung pipit yang dibuat semata-mata bertujuan kecantikan (tahsiniyyah) adalah dilarang kerana ia mengubah ciptaan Allah yang jelas bukan pada situasi keperluan (hajiyyah).
Huraian Jawapan :-
Lesung pipit ialah lekukan kecil semulajadi dalam daging pada bahagian tubuh manusia, terutama di pipi atau dagu. Lesung pipit di pipi akan kelihatan ketika seseorang membuat ekspresi wajah seperti tersenyum. Sementara lesung dagu adalah garis kecil di dagu (lekuk) yang tetap tanpa perlu membuat ekspresi wajah tertentu. Lesung pipit terjadi disebabkan oleh variasi struktur otot muka yang dikenali sebagai zygomaticus major terbelah dua [1]
Menurut kajian, mereka yang memiliki lesung pipit dikatakan mempunyai kecacatan otot yang sangat menawan selain menjadi tarikan penyeri wajah ketika tersenyum. [2] Namun tidak semua manusia mempunyai lesung pipit, maka terdapat mereka yang sanggup melakukan prosedur yang menyakitkan melalui cara pembedahan (dimpleplasty) ataupun tindik untuk mencipta lekukan lesung pipit untuk kekal dalam tempoh masa tertentu. Menurut kajian, risiko pembedahan (dimpleplasty) ialah pada kecederaan cabang saraf wajah namun ia jarang berlaku[3]. Walaubagaimanpun pembedahan tersebut tetap terdedah risiko yang tidak diketahui tanpa sebarang jaminan.
Pada asalnya, pembedahan kosmetik dan sebarang prosedur yang yang membawa kepada perubahan anggota badan manusia tanpa keperluan adalah diharamkan oleh Syarak.Ini berdasarkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya : Allah melaknat orang yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur alis (bulu kening) dan orang yang meminta mencukur kening dan orang yang mengasah gigi untuk kecantikan yang (semua itu) mengubah ciptaan Allah SWT”.Riwayat Muslim 2125.
Ancaman laknat “ لَعَنَ” dalam hadis menunjukkan pengharaman mengubah ciptaan Allah sama ada bagi orang yang melakukannya dan juga orang yang meminta untuk dilakukannya ( Lihat Fath al-Bari 10/377) . Imam al-Nawawi mensyarahkan makna perkataan لِلْحُسْنِ lil husn bagi perbuatan menjarangkan gigi dalam hadis tersebut ialah
وَأَمَّا قَوْلُهُ الْمُتَفَلِّجَاتُ لِلْحُسْنِ فَمَعْنَاهُ يَفْعَلْنَ ذَلِكَ طَلَبًا لِلْحُسْنِ وَفِيهِ إِشَارَةٌ إِلَى أَنَّ الْحَرَامَ هُوَ الْمَفْعُولُ لطلب الحسن أما لو احتاجت إِلَيْهِ لِعِلَاجٍ أَوْ عَيْبٍ فِي السِّنِّ وَنَحْوِهِ فلابأس والله أعلم
Perbuatan menjarangkan gigi untuk kecantikan “lil husn” memberi makna perbuatan hanya untuk kecantikan dan ianya sebagai isyarat kepada pengharaman. Hal Ini keranaorang yang meminta untuk melakukan hal tersebut khusus menzahirkan kecantikan semata-mata. Adapun sekiranya berhajatuntuk merawat (suatu cela) atau kerana aib pada gigi maka tidak menjadi masalah dan Allah lebih mengetahui (Rujuk al-Minhaj fi Syah Sahih Muslim,14/107). Oleh itu, hadis tersebut sebagai hujah larangan terhadap segala perbuatan mengubahsuaian ciptaan-Nya yang semata-mata bertujuan kecantikan tanpa keperluan yang mendesak.
Konklusinya, berdasarkan nas yang dibentangkan, kami menyatakan bahawa mencipta lesung pipit melalui kaedah pembedahan mahupun bertindik bagi tujuan kecantikan adalah haram. Pembedahan yang menghasilkan kesan lekukan di pipi dilarang kerana mengubahsuai ciptaanNya serta terdapat unsur penipuan terhadap kecantikan wajah yang bukan asli. Bahkan, pembedahan lesung pipit (dimpleplasty) melibatkan kos yang tinggi serta terdapat implikasi bahaya seperti merosakkan otot pipi. Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaanNya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah).
Akhir kalam,marilah kita mensyukuri nikmat kurniaan-Nya serta redha dengan rupa dan bentuk fizikal yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hamba-Nya
Diam tak diam kita sudahpun memasuki bulan April dan tidak lama lagi akan menyambut Ramadan yang mulia.
Jika sebelum ini dikatakan mereka yang lahir bulan Mac adalah disifatkan sebagai seorang yang tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lahir pada bulan ini.
Rupanya individu yang lahir pada bulan keempat dalam 12 bulan adalah seorang yang aktif dan dinamik. Mereka juga dikatakan sangat cepat bertindak untuk membuat keputusan tetapi cepat pula menyesal.
Dalam pada itu, kelahiran bulan April juga disifatkan sebagai seorang yang sangat menarik dan pandai memanjakan diri. Serta dikurniakan daya mental yang sangat kuat tetapi awas seorang yang suka diberi perhatian.
Mereka juga dikategoikan sebagai insan yang sangat diplomatik dan seorang yang pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Menariknya mereka ini seorang yang sangat berani dan tidak mempunyai perasaan takut.
Antara sikap lain individu yang lahir pada bulan April ini adalah seorang yang suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun serta pemurah orangnya.
Ini adalah hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.
Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.
Antara sebahagian selebriti yang lahir bulan April lain adalah Zizan Razak, Kamal Adli dan juga Remy Ishak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hidu bau makanan tak batal puasa, tapi jangan berlebihan bimbang makruh kerana perbuatan tersebut berlawanan dengan hikmah berpuasa.
Selain isu merasa makanan, menghidu bau makanan juga seringkali menjadi kekeliruan ibu-ibu yang menghabiskan masa memasak di dapur. Adakah puasa kita terbatal apabila terlalu terdedah dengan asap atau bau makanan.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab kemusykilan ini:
Soalan:
Apakah hukum seseorang itu menghidu bau makanan atau asap daripada masakan? Adakah ia boleh membatalkan puasa?
Jawapan:
Hukum menghidu bau makanan ketika puasa adalah tidak membatalkan puasa. Namun begitu, sekiranya seseorang itu sengaja berlebihan menghidu bau tersebut, maka hukumnya adalah makruh atas sebab berlawanan dengan hikmah puasa itu sendiri.
Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).”
Sebagai seorang individu Muslim yang mukalaf, kita dituntut untuk mengerjakan ibadah puasa dengan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari kerana Allah SWT.
Antara perkara-perkara yang membatalkan puasa tersebut adalah memasukkan ain (sesuatu jirim) ke dalam rongga melalui saluran terbuka seperti mulut, hidung, qubul dan dubur sama ada lelaki atau perempuan.
Al-Imam al-Syirbini ada menyatakan bahawa sesuatu yang terkeluar daripada (maksud) ain iaitu kesan (suatu perkara) seperti bau atau angin disebabkan menghidu (sesuatu) dan juga kepanasan atau kesejukan sesuatu dengan sebab merasa.
Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami turut berkata: “Masuknya asap yang mengandungi bauan bukhor (kayu gaharu) atau selain daripadanya ke dalam rongga adalah tidak membatalkan puasa, sekalipun ia dilakukan dengan sengaja.”
Berdasarkan penjelasan di atas hukum menghidu bau atau asap hidangan makanan, pada dasarnya hukum mencium atau menghidu bau-bauan ketika puasa adalah harus dan tidak pula membatalkan puasa seseorang.
Namun begitu, sekiranya seseorang itu dengan sengaja menghidu bau tersebut secara berlebihan, maka makruh hukumnya.
Hal ini kerana, seseorang individu Muslim yang berpuasa dituntut untuk menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu dan syahwat di bulan Ramadan.
Kashoorga: Sebaiknya jauhkan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.