Buat masa ini ramai di kalangan selebriti atau personaliti popular membuat perbincangan mengenai sesuai isu secara langsung di media sosial.
Aktiviti ini turut menjadi pilihan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk mengadakan perbincangan secara santai dengan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus di media sosialnya malam tadi.
Dengan tajuk ‘Deme wak mende PKP ning?’, beliau penuh merendah diri dan tidak kekok bertanya kepada UAI soal agama walaupun pernah membawa gelaran sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Namun paling menarik perhatian adalah apabila Dr Zulkifli memberi soalan berbentuk cepumas kepad UIA iaitu berkenaan soalan apa ingin dilakukan sekiranya beliau dilantik menjadi Menteri Agama.
Ads
Menurut UAI lagi, kita perlu sentiasa mengambil peluang dengan menggunakan kuasa (peluang) dan yang dilarang pula adalah salah menggunakan kuasa.
“Bila kita ada kuasa, bermakna kita duduk di satu keadaan yang sangat berpeluang besar. Bila kita Menteri Agama, maknanya kita berkuasa.
“Agar agama Allah menjadi tinggi dan dimuliakan. Sebab apa? Aku jadi Menteri Agama tiga atau lima tahun, aku sempat buat benda ni dan aku dapat jawab di akhirat.
Ads
“Jadi, guna kuasa Datuk. Allah akan tanya di akhirat nanti, kamu buat apa Datuk? Saya yakin Datuk faham kat mana Datuk nak buat supaya agama jadi tinggi, Datuk lebih arif,” katanya.
Ads
Dan diakhir penutup siaran langsung berkenaan, UIA turut mendoakan agar Dr Zulkifli dan seluruh kakitangan kementerian diberi kekuatan dan bantuan dari Allah bagi menaikkan lagi syiar agama Islam.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah.
“Barang siapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barang siapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)
Pastinya Ramadhan dinantikan oleh banyak umat yang merindui bulan cukup istimewa ini. Tapi bagaimana dengan wanita yang di dalam haid, tidak boleh melakukan ibadah ini untuk meraih pahala yang banyak.
Dipetik dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada tiga perkara boleh dilakukan oleh wanita untuk meraih syurga Allah meski pun dalam keadaan datang bulan. Masa yang sama, Mufti turut ditanya, apakah hukumnya wanita dalam haid membaca al-Quran atau ma’tsurat?
Berikut adalah jawapannya.
Assalamu’alaikum Ustaz, apakah hukum bagi wanita yang datang haid jika beliau membaca al-Quran atau ma’tsurat? Bolehkah membaca ayat-ayat lazim? Bolehkah dibaca secara zahir dengan niat zikir? Soalan kedua, apakah amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid di bulan Ramadhan dan jika bertemu dengan Lailatul Qadar?
Jawapan:
Wa’alaikumussalam w.b.t
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat?
Para ulama berbeza pandangan dalam isu bolehkah seorang wanita yang dalam keadaan haid itu membaca al-Quran? Kami ringkaskan pandangan tersebut seperti berikut: Pertama :- Haram. Inilah pendapat jumhur fuqaha’. Mereka melarang wanita membaca al-Qur’an ketika dalam keadaan haid dan sedang berjunub berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Tidak dibolehkan wanita dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an.” Riwayat al-Tirmizi (131)
Hadith ini dhaif di sisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash dari golongan Hijaz dan riwayatnya daripada mereka adalah dhaif.
Kedua :- Harus. Inilah pendapat ulama’ Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memegang al-Qur’an bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar.
Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana, hari-hari kedatangan haid itu berlangsung dalam tempoh yang lama. Maka, jika mereka dilarang membaca al-Qur’an, dibimbangi hafazan al-Qur’an mereka akan terluput. Sedangkan, berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.
Inilah juga pendapat tokoh ulama’ silam seperti Imam al-Bukhari, Imam Ibn Jarir al-Tabari, Ibn al-Munzir, al-Zahiryyah, al-Syaukani, al-San’ani, al-Sya’bi, pendapat Imam al-Syafi’i dalam qaul qadim yang telah dinukilkan oleh Abu Tsaur. Antara ulama’ masa kini yang berpegang dengan keharusannya adalah Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaymeen, Syeikh al-Azhar Ali Tantawi. Lihat Tawdhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, Syeikh Abdullah al-Bassam (1/461)
Antara Kenyataan Mereka
Kami menyatakan, bahawa secara tuntasnya membaca al-Quran dalam bentuk zikir-zikir dan juga doa tidaklah termasuk dalam perkara yang dilarang ke atas orang perempuan yang datang haid. Ini seperti membaca doa menaiki kenderaan, mengucapkan istirja’ ketika mendengar musibah, membaca doa-doa yang ma’tsur daripada al-Quran sebagai zikir seperti pembacaan zikir-zikir pagi dan petang, dan seumpamanya.
Berkenaan dengan amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid di dalam bulan Ramadhan, kami nyatakan cadangan amalan seperti berikut:-
Pertama: Banyakkan Sedekah
Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan dengan kadar yang termampu.
Kedua: Perbanyakkan Doa dan Zikir
Bagi orang perempuan yang haid, mereka digalakkan untuk membaca doa-doa dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadhan. Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:
Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa? Maka kata Nabi S.A.W: ‘’Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.
Ketiga: Memberi Makan Kepada Orang Berbuka
Boleh juga bagi orang yang dalam keadaan haid untuk memberikan makanan kepada mereka yang berbuka puasa. Hal ini antara perkara yang mendatangkan pahala yang besar kepada pelakunya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. (Riwayat Al-Tirmizi (807)
Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18).
Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala. (Surah Al-An’aam (160)
Justeru apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali. Kemudian pahala tersebut digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu maka keseluruhannya dia akan mendapat 360 ganjaran dan ia merupakan jumlah hari dalam setahun mengikut kalendar hijrah.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa meskipun terdapat beberapa ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh perempuan yang dalam keadaan haid, ini sama sekali tidak menafikan peluang mereka untuk merebut dan meraih ganjaran yang besar di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Bahkan terdapat banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam keadaan haid seperti beberapa contoh yang telah kami sebutkan di atas.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa tidak mengenali pelakon yang sangat viral dengan pelbagai kisah kontroversi dan lantang menyuarakan sesuatu isu, Zarina Anjoulie.
Malah sejak PKP lalu, Zarina sangat popular di media sosial dek kerana sikap prihatinnya dalam membantu golongan memerlukan yang terkesan dengan wabak ini.
Ramai mengetahui dirinya yang juga bergelar ibu tunggal serta memiliki seorang anak hasil perkahwinan terdahulu. Malah personaliti yang sedikit sensasi tidak menyenangkan sesetengah pihak.
Namun Tuhan itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Siapa sangka Zarina sebenarnya sudahpun selamat bernikah dengan jejaka pilihan dikenali Eliyas Azhar di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada 17 Julai lalu.
Menerusi perkongsian foto bersama ibu dan bapa mentuanya di Instagram, ia begitu mencuri perhatian warganet yang menganggap Zarina sangat bertuah.
Ditambah dengan kapsyen ditulis pada foto berkenaan, kebanyakan warganet juga memuji betapa keluarga suaminya tidak bersikap memilih menantu walaupun Zarina banyak dipalit cerita sensasi dan kontroversi.
Bukan itu sahaja, Zarina juga dilihat bijak membawa diri apabila memilih busana putih krim cukup indah dan santun di hari perkahwinannya. Memilih jubah longgah dan labuh menutupi auratnya.
Dirinya juga dilihat sangat menyayangi keluarga mentuanya apabila menulis kapsyen yang dia begitu sayangkan keluarga mentuanya ini.
alhamdulillah, zarina dapat husband dari family yg baik2.. mudah2an sehingga ke syurga
Alhamdulillah anju dapat family mertua baik2 …semoga kebaikkan berpanjangan amin Di doakan juga kedua pengantin baru bahagia hingga ke syurga Allah swt..amin
Keluarga mentua yg baik utk anju. Semoga perkahwinan to yash akan membawa berkat dan kekal hingga ke jannah. Cepat2 tambah anak.
So proud dgn fmly yas sebab x memilih langsung calon menantu.Cmnilah org panggil, org org beriman.Tak layak nak judge org sesuka hati
Semua orang disarankan bersedekah tanpa mengira status. Kecil, besar, tua muda, bekerja makan gaji, berniaga atau mungkin juga tiada sumber pendapatan tetap seperti suri rumah.
Bagi para wanita yang tidak bekerja kita boleh juga lipat gandakan sedekah kita walaupun dari rumah. Jangan fikir, kalau tak ada gaji atau pendapatan tak seberapa banyak seperti orang lain, maka kita tak perlu bersedekah.
Nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. Bagaimana caranya? Kita baca penjelasan daripada Ustaz Iqbal Zain tentang cara bersedekah terbaik yang boleh dilakukan oleh suri rumah.
Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?
Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: “Bagaimana, sedang aku tak punya duit?” Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai setiap wanita, bersedekahlah dan perbanyaklah istighfar sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Dan sabda baginda itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya? Sebenarnya mudah. Sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.
Tasbih: Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.
Takbir & tahlil: Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
Mengajak kebaikan: Amar ma’ruf nahi munkar anda (mengajak yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.
Kiriman ucapan yang baik: Bukalah whatsapp, facebook, Instagram dan lain-lain anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
Senyum: Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.
Solat Dhuha: Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.
Tolak maksiat: Tahanlah diri anda daripada keinginan untuk berbuat buruk. Itu pun sedekah.
Tidak mengganggu: Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang di jalan. Itu pun sedekah.
Ucapan salah: Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui. Itu pun sedekah.
Beri jiran makan: Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan. Itu pun sedekah.
Beri haiwan makan: Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia. Itu pun sedekah.
Muliakan tetamu: Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari. Itu pun sedekah.
Saling membantu: Berusahalah menolong dan membantu orang lain, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Itu pun sedekah.
Tuntut ilmu dan sebarkannya: Tuntutlah ilmu agama, ajar dan sebarkan. Baik dengan cara mendengar, membaca atau menulis sesuai kemampuan anda. Itu pun sedekah.
Beri orang kehausan minuman: Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.
Kaedah penting:- Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapa pun. Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama. Yang paling dekat kemudian yang terdekat. Perlu diingatkan bahawa “Sedekah itu menghapus dosa sebagaimana air mematikan api.”
Aamiin Ya Robbal ‘Alamin (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah). Wallahu’alam. – Ustaz Iqbal Zain –
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?