Waktu itu Ustaz Salahuddin hendak berkawin. Tanya ustaz Salahuddin kepada saya, apa tujuan kita kahwin? Jawapan saya dan tentunya jawapan lazim yang kita akan jawab ialah sudah tentulah hendak ikut sunnah, hendak ada keluarga besar dan hendak bahagia.
Ads
Kemudian ustaz tanya lagi, apa pula tujuan kita solat dhuha? Jawab kita tentulah sebab nak tambah rezeki. Tapi bila kita buat sunat dhuha, sudahnya rezekinya tak juga bertambah, rasanya kita nak buat atau tidak solat sunat dhuha selepas itu? Maka sebab itulah kita kena betulkan balik mind set kita.
Solat dhuha adalah merupakan jalan untuk kita dekat dengan Allah. Jadinya Allah tambah rezeki ke, tak tambah rezeki ke yang penting buat solat dhuha maka kita akan dekat dengan Allah. Jadi nak tahu dia tu jodoh kita, tujuan kita nak kawin dengan siapa, apabila kita nak kawin itu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.
Maka teori ini sangat senang untuk kita praktikkan. Dalam hiburan contohnya, apa-apa kita nak buat, lagi dekat dengan Allah ke makin jauh. Itulah kayu ukur yang paling senang termasuklah kita main Instagram, Facebook atau apa-apa sahaja yang kita nak buat, contoh pakaian kita, apa kita nak pakai, ia lagi dekat dengan Allah ke, Allah marah ke Allah suka ke. Jadi ia lebih mudah untuk kita tengok kayu ukur.
Jadi bila ada media sosial kita akan lebih ‘melekat’. Jadinya saya selalu terfikir apakah post terakhir kalau tiba-tiba aku meninggal dunia, apakah post yang terakhir di Instagram. Jadi dari situ akan menyebabkan kita cuba sedaya upaya untuk post perkara yang mendatangkan manfaat.
Kata orang bersusah-susah payah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Begitu pepatah menggambarkan perjalanan karier aktres dan juga ahli perniagaan dari Palembang, Indonesia, Tya Ariffin yang pernah mengalami zaman sukar sebelum berjaya seperti hari ini.
Dia yang terpaksa mengorbankan segalanya termasuk meninggalkan tanah air kelahirannya kerana mengikut suami, Asyraf Khalid yang merupakan anak ketiga kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa
Ironinya, perkenalan selama setahun setengah ketika bibit cinta bersulam antaranya dan suami, mengubah drastik kehidupan dan kerjaya seninya yang sudah mekar di tanah kelahiran sendiri.
Jodoh panjang antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.
“Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban. Saya tinggalkan kerjaya seni di Indonesia yang sedang berkembang dan berjauhan dengan keluarga.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini.
“Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca.
“Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat. Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan,” katanya menganggap pengorbanan dan keputusan yang dibuat membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.
Dia yang kini mampu tersenyum kerana telah memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara diusahakan bersama suami akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi selama ini.
“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.
“Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna.
“Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.
Bagi Tya menyelak kembali perjalanan hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri bukan satu kejayaan mudah.
Jika ikutkan semangat membara dalam diri, sejak awal fasa berniaga lagi sudah bercita-cita ada wisma sendiri.
Namun, seperti pepatah dari Indonesia berbunyi, tiada hasil yang mengkhianati usaha, Tya boleh tersenyum bangga kerana apa yang diraih kini sudah membahagiakan diri.
Ironinya, kejayaan yang datang ini tidak datang bergolek. Menepis pelbagai skeptikal yang datang bertalu talu, menantu kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini berjaya melawan segala cabaran mendatang.
Bertemunya pada majlis pelancaran wisma Mutyara pada 5 September, Tya menarik nafas lega dan memanjat kesyukuran atas rezeki diperoleh.
“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.
“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya.
“Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari.
“Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya
Jika mahu diimbas, perniagaan Mutyara ini awalnya hanya bermula di sebuah rumah di Cyber Jaya.
Seterusnya berpindah ke lot pejabat di kawasan sama sekitar awal tahun.
“Pengalaman lalu itu benar benar mematangkan diri. Dengan kepayahan itu sendiri mengajar kita sebuah erti kehidupan dan selok belok dunia niaga.
“Alhamdulillah pada hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti.
“Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri.
“Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan,” katanya yang menekankan setiap kerja dilakukan bersama suami tercinta dizahirkan dengan penuh kejujuran.
“Jujur jadi kunci segala serbi langkah dimulakan. Niat saya dan suami memulakan empayar perniagaan sendiri selain mahu mengubah kehidupan sendiri juga bertunjangkan paksi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan.
“Tak ketinggalan mengajak orang lain menjana pendapatan bersama sama. Begitu juga menjaga kebajikan staf tersayang.
“Kita imbangi hal dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah,” katanya yang percaya sebagai manusia biasa, Tya dan suami juga percaya keberkatan itu juga datang atas posisi mereka sebagai anak dan hamba Allah.
“Saya datang daripada keluarga yang selesa dan tidak terlalu mewah. Saya sendiri dengan niat mahu membantu keluarganya di Indonesia.
“Begitu juga saya dan suami mahu membalas jasa baik ibu bapa mendidik diri ini menjadi manusia berguna,” katanya yang turut bertindak menjadi pembimbing mereka yang mula berjinak jinak mahu jadi usahawan Mutyara.
Bagi Tya biarpun dilihat masih hijau dalam arena diceburi, wanita ini juga tidak malu mengaku pernah gagal.
“Saya pernah melihat perniagaan diceburi suami sebelum ini ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Suami pernah gagal dan kami pernah sama sama susah. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.
“Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk.
“Namun untuk saya mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan.
“Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” katanya turut memberitahu jus kesihatan ini terlebih dahulu dipasarkan dalam format botol.
Bagaimanapun pada hujung tahun ini turut diberi pilihan dijual dalam bentuk pek mudah bawa.
Al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu menjadi panduan umat islam untuk dibaca, diamalkan dan difahamkan.
Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran nanti, ‘Bacalah dan naiklah serta tartilan sebagaimana engkau di dunia mentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis diriwayatkan Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Hibban dengan sanad hasan).
Malah kelebihan mengamalkan Al-Quran walau hanya dibacakan satu ayat, ia akan dilipatgandakan menjadi 10 kebajikan. Dalam satu hadis, Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi).
Malah dalam satu hadis diriyawatkan oleh Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim).
Ternyata orang yang memuliakan al-Quran, Allah memuliakan dirinya termasuk di alam baqa.
Di media sosial, tular kisah sepasang suami isteri, Haji Md Raof yang jenazahnya masih utuh termasuk kuburnya berbau harum meskipun sudah 11 tahun dikebumikan. Penemuan jasad ini mula tular ketika proses penggalian semula kubur lama bagi pembinaan Projek Lebuhraya Segamat.
Jasd pasangan suami isteri yang mengajar al-Quran ini ditemui masih elok, tidak mereput seperti mana proses semulajadi jasad yang akan mula pecah perut selepas tiga hari dikebumikan malah kain kapan yang membalut jenazah ini masih utuh (cuma diselaputi lumpur tanah).
Dari perkongsian orang ramai yang menyaksikan kerja pengalihan kubur lama itu, mereka mengakui ianya adalah kejadian benar. Kata mereka yang menyaksikan kejadian ini, jasadnya berbau harum semerbak dalam lingkungan perkuburan itu. Malah mereka memaklumkan kain kapan membalut jenazah ini tidak sebersih ditularkan di media sosial sebaliknya apa yang berlaku ialah kain kapan masih selain jasad berbau harum.
Salah cucu kepada guru mengaji ini, Danial-Saini turut berkongsi kisah ini di instagramnya.
“Ada beberapa yang ditemui mempunyai jasad sempurna, kapan ditukar baru. Tapi selepas mereka jumpa 1st jasad sempurna, banyak ahli keluarga cuba elakan bagitau. Pasal orang terlampau ramai berkemurun yang akan menyusahkan kami utk uruskan jenazah…
Arwah tokbak 1st time 1998 kebumi oleh anak anak dia, kali ke-2 2013 oleh cucu2 dia.
Arwah tok topah pula 1999 dikebumi oleh cicit2 dia 2013
Alhamdulillah dapat pegang dan kedua-dua jasad lepaskan rindu.
Tp kita keluarga anggap semua sama, takan nak cakap sedara lain tak cukup amalan kan? Dorg sedara kami jugak.
Apa yang pasti, setiap kejadian adalah atas aturan Allah taala. Malah Allah turut berjanji, siapa yang melebihkan akhirat dan tidak mengejar dunia akan diberikan kelebihannya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tahukah anda Eye twitching atau ‘Myokymia’ dan dalam bahasa melayunya diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak atau mata ‘bergerenyet’.
Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata.
Namun, kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.
Kenapa mata berkedip-kedip dan apa punca-punca terjadinya ‘eye twitching’:
1. Stress
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata.
Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.
2. Terlalu Penat
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru.
Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching.
Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru.
Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini.
Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.
4. Kafein Berlebihan
Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.
5. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.
6. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair.
Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.
Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching.
Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.
Berikut merupakan antara mitos tentang mata berkedip:
Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita, malah ada juga yang cuba ‘meramal masa depan’ dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik.
Mitos:
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.
Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira.
Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.
Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah).
Kesimpulan
Namun, anda diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata atau ramalan orang dulu-dulu ini, nanti terpesong pula akidah kita dan boleh membawa kepada syirik.
Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa memohon pada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya. Aminn….