
Malam pertama di alam barzakh apa yang berlaku? Persoalan ini mungkin pernah bermain di fikiran kita terutama saat mengiring jenazah di perkuburan.
Perkongsian daripada Bahagian Dakwah Jakim tentang apa yang berlaku pada malam tersebut mungkin akan menginsafkan kita. Bacalah…
Apa yang berlaku malam pertama di alam barzakh
Kita selalu tengok tanah perkuburan nampak tenang je. Tak ada bunyi, tak ada orang. Tapi pernah tak terfikir, apa yang jadi bila jenazah baru ditanam dan semua orang dah balik?
Senyap bukan bermakna tak ada apa-apa. Di sebalik diamnya tanah, bermulalah satu alam baru yang sangat menegangkan; iaitu alam barzakh. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
“Kubur itu sama ada taman dari taman-taman syurga, atau lubang dari lubang-lubang neraka.”(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Maksudnya? Dekat bawah tanah itu, ada dua kemungkina antara dapat iaitu nikmat atau azab. Bayangkan Nabi Muhammad SAW, insan paling mulia, dah tentu masuk syurga tapi baginda tetap berdoa minta dilindungi daripada azab kubur. Jika Nabi pun takut kita yang penuh dosa dan lalai ini apatah lagi.
Jadi apa yang berlaku pada malam itu. Yang pasti ia bukan macam malam pertama kahwin. Tak romantik. Tak tenang. Tapi… mencekam dan sunyi. Dan inilah antara perkara yang bakal berlaku.
1. Disoal Malaikat
Sebaik jenazah ditanam dan semua orang balik, dua malaikat akan datang, Munkar & Nakir. Mereka tanya beberapa soalan “standard”:
-Siapa Tuhan kamu?
-Apa agama kamu?
-Siapa lelaki ini? (merujuk kepada Nabi Muhammad SAW)
Kalau dia seorang mukmin, jawapannya adalah “Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasulnya.”
Waktu itu boleh tengok tempat duduk mukmin dari neraka telah ditukar kepada syurga.
Tapi kalau si mati itu munafik atau kafir, dia akan jawab: “Aku tak tahu. Aku hanya kata di dunia dulu macam orang ramai kata.”
Dikatakan kepadanya “Engkau tidak tahu dan engkau tidak mahu ambil tahu.”
Kemudian dia dipukul dengan pemukul daripada besi. Menjeritlah dia sampai dapat didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia.
2.Himpitan Kubur
Tak kira siapa pun kita, kubur akan menghimpit. Tak boleh elak. Nabi SAW bersabda:
“Jika ada orang yang akan selamat daripada himpitan kubur, nescaya Sa’ad bin Mu’az lah orangnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Sa’ad sahabat Nabi yang hebat, sampai 70,000 malaikat turun iringi jenazahnya tapi masih dihimpit. Bezanya, orang beriman akan rasa himpitan manja, macam PELUKAN ibu. Tapi yang banyak dosa himpitannya boleh REMUK tulang.
3.Teman Di Alam Kubur
Kita takkan bersendirian sepenuhnya. Akan ada “peneman” ikut masuk kubur. Kalau kita banyak amal soleh, akan datang satu makhluk yang rupanya cantik, wangi, menenangkan. Dia akan temankan kita sampai kiamat.
Tapi kalau amal penuh noda.. datanglah “peneman” yang busuk, hodoh, menakutkan. Makhluk tu sebenarnya jelmaan amalan kita sendiri.
4. Diperlihatkan Tempat Kita
Di alam kubur, kita ditunjukkan “rumah akhirat” kita. Setiap pagi dan petang diperlihatkan destinasi kita nanti:
Syurga.. kalau kita orang beriman. Tengok saja pun bukan main nikmat lagi.
Neraka.. kalau sebaliknya. Boleh jadi deraan mental bila tengok neraka hari-hari.
Nabi bersabda:
“Apabila seseorang mati, diperlihatkan tempatnya di syurga atau neraka setiap pagi dan petang…” (Hadis Riwayat Muslim)
Jika tak mahu menyesal, bersedialah dari sekarang. Alam barzakh bukan cerita dongeng. Ia pintu pertama menuju akhirat. Masa itu, duit tak laku. Rakan tak boleh tolong. Cuma amalan yang jadi penyelamat.
Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?





