Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. (Surah al-Ahzab, 33:57)
Ads
Dalam pada itu, terkini viral mengenai tindakan seorang tiktokers mengunakan nama Mariam.hadid yang mencetuskan kontroversi apabila selamba mengenakan kostum menampakkan bentuk tubuhnya sambil dirinya membaca Al-Quran dan bersolat.
Tindakannya jelas seperti mencabar agama.
Lebih menakutkan, dirinya menggelar dirinya sebagai Nabi wanita pertama dan tindakannya itu sangat mencetuskan kemarahan orang ramai. Ini kerana Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir dan tiada nabi selepasnya.
Ads
Meninjau laman tik tok peribadinya, pelbagai video agak keterlaluan lucahnya terpampang termasuk aksinya memakai pakaian tidak senonoh di sebalik tudung digayakannya.
Menakutkan, katanya, tudung adalah perhiasan orang Islam yang perlu dipakai, namun cara pemakaian dan pemilihan baju itu terpulang pada individu walaupun mereka ingin menggayakan dalam bentuk seksi. Ternyata satu ajaran songsang lagi salah.
Dari rupa parasnya kelihatan seperti wanita Arab walau tiada pengesahan buat masa ini. Orang ramai yang berang dengan tindakannya itu menggesa akuan media sosialnya dilaporkan kepada pihak Tik Tok untuk menyekat tindakannya yang sangat luar biasa, lansung tidak mencerminkan agama Islam. Difahamkan dirinya sudah keluar dari agama, nauzubillah.
Dah kenapa bawak balik toyol dari Makkah? Ikuti perkongsian dari Dato Ustaz Daud Che Ngah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tiba hari melaksanakan ibadah korban, mungkin ramai antara kita yang mendapat banyak daging korban. Dalam situasi ini timbul persoalan berapa lama daging korban ini boleh disimpan.
Ini kerana ada yang mengatakan bahawa daging korban ini tak boleh disimpan lebih dari 3 hari. Persoalan ini dijawab oleh Ustaz Syed Shahridzan dalam satu hantaran Facebook beliau.
Menurut mazhab Syafi’ie diharuskan menyimpan daging korban walaupun melebihi tiga hari asalkan daging itu tidak rosak atau busuk sehingga menyebabkan pembaziran.
Penyimpanan daging korban lebih dari 3 hari pernah dilarang oleh Rasulullah SAW namun larangan itu sudah dimansuhkan atau disebabkan situasi sudah berubah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab ‘Raudah al-Tolibin’:
يجوز أن يدخر من لحم الأضحية، وكان ادخارها فوق ثلاثة أيام قد نهى عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم، ثم أذن فيه. قال الجمهور: كان نهي تحريم. وقال أبو علي الطبري: يحتمل التنزيه.
“Boleh/harus seseorang menyimpan sebahagian dari daging korban. Rasulullah SAW pernah melarang menyimpan (daging korban) lebih dari tiga hari kemudian Baginda mengizinkannya. Menurut majoriti ulama larangan ini bermakna haram, manakala menurut Abu Ali al-Tobari, kemungkinan larangan ini bermaksud makruh.”
Imam Nawawi menyebut kemungkinan sebab larangan tersebut di dalam rujukan yang sama:
في أن النهي كان عاما، ثم نسخ، أم كان مخصوصا بحالة الضيق الواقع في تلك السنة، فلما زالت انتهى التحريم
“Larangan tersebut berjalan selama setahun kemudian dimansuhkan, atau larangan ini dikhususkan dengan sebab keadaan yang sempit pada tahun itu, tatkala luput keadaan itu maka tiada lagi pengharaman.”
Beliau menjelaskan lagi jika keadaan yang sempit atau susah berlaku pada zaman kini, adakah diharamkan kembali menyimpan daging korban lebih dari 3 hari? Beliau ada menjelaskan juga dalam ‘Raudah al-Tolibin’:
في أنه لو حدث مثل ذلك في زماننا وبلادنا، هل يحكم به؟ والصواب المعروف: أنه لا يحرم اليوم بحال. وإذا أراد الادخار، فالمستحب أن يكون من نصيب الأكل، لا من نصيب الصدقة والهدية.
“Jika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya(haram)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak diharamkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun. Jika seseorang ingin menyimpan maka digalakkan menyimpan daging korban dari bahagian yang dimakan (sendiri dan keluarga), bukan bahagian sedekah dan hadiah.”
Kesimpulannya, Rasulullah SAW pernah melarang daging korban disimpan lebih dari tiga hari, namun setelah itu Baginda mengizinkan kembali kerana hukum itu sudah dimansuhkan atau situasi dan keadaan sudah berubah.
Dengan ini tiada masalah jika daging korban yang akan dimakan oleh sendiri dan keluarga boleh disimpan selama mana pun. Namun tidak digalakkan daging korban yang ingin disedekahkan atau dihadiahkan disimpan dalam tempoh yang lama kerana ia sunat diagihkan secepat mungkin.
Semalam diberitakan bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datin Seri Shahida yang dikenali dengan nama Muhammad Ghazali bin Hj Mat Lawi atau Ghazi telah dijemput Ilahi.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital akibat masalah apendiks yang telah pecah hingga merebak di bahagian paru-paru.
Ternyata kehilangannya memberi kesan kepada bekas majikannya Datin Shahida. Terkejut dengan pemergiannya itu, beliau sempat menitipkan kata-kata terakhir di laman Instagramnya.
Catatannya ini sangat menyentuh hati kerana beliau sudah menganggap Allahyarham sebagai adiknya sendiri.
Malah setiap kebaikan yang dilakukan ketika hayatnya akan dikenang sepanjang hayat. Beliau juga sangat beruntung dipertemukan dengan arwah yang disifatkan sangat ikhlas bersyukur ditemukan dengan insan seikhlasnya.
Datin Shahida juga memberitahu sempat berjumpa dengan arwah beberapa sebelum dirinya dijemput Ilahi. Beliau turut mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Selamat Jalan PA bangsawanku…kenangan terakhir saya abadikan..
“Kebaikan yang saya akan kenang hingga ke akhir hayat…tiada lagi org yg akan menghiburkan saya jika saya sedih….terima kasih kerana berbakti kepada saya dan keluarga dengan penuh ikhlas dan saya bersyukur dipertemukan dgn insan yg seikhlas beliau..
Sejak hujung2 PKP hari tu dia mmg x berapa sihat….jadi dia byk berehat di rumah….tapi saya selalu kerap berhubung bertanya khabar…. 2 hari sebelum dia masuk hospital,saya jumpa dia,saya nangis sebab tgk keadaan dia yg lemah…..bila tgk saya nangis dia terus buat ‘lawak’ mcm biasa supaya saya tak terus sedih…..bila saya tgk ig dia x ada gambar lagi kecuali 3 posting terakhir tu saya rasa x sedap hati…saya diamkan dan saya tak tanya dia langsung tentang tu….
“Saya terus berhubung di telefon bg semangat supaya dia sihat…..sehinggalah suatu hari whatsapp saya tidak lagi dibalas dan saya tahu dia telah berada di icu…..Rezeki saya dapat melihat dia semalam dan sempat menitipkan kata2 buatnya….masih tergiang2 kata2 mummy ( ibu gazi) …’Gazi sayang sangat kat datin’ kadang2 makcik saja usik dia pasal datin,marah dia,x boleh langsung cakap pasal datin)
“Dan akhirnya hari ni Muhammad Ghazali (ghazi) telah kembali kepada penciptanya..Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar…..mudahan Allah ampunkan dosa2 nya….dilapangkan kan kuburnya,ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh,saya yakin arwah cukup bersedia…..kerana saya sangat mengenali dirinya yg sebenar….saya juga bakal menyusul,cuma berbeza waktu…
“Mari sama2 Sedekahkan Al Fatihah (dibaca) buat Muhammad Ghazali B Mat Lawi
Sebelum itu juga arwah Ghazi turut muat naik perkongsian di laman Instagramnya memberitahu majikannya itu seorang yang sangat baik dan melayannya seperti ahli keluarga sendiri.
Memuji keperibadian Datin Shahida yang ytidak bersikap lepas tangan berkenaan semua tugasan terhadap pembantu peribadi semata-mata.
Malah jika keluarga Datin Shahida membeli belah, pasti akan ada bahagian pembantu juga serta makanan dinikmati oleh mereka sekeluarga dan pekerja juga sama sahaja.
Arwah juga pernah diajak untuk menunaikan umrah di Tanah Suci oleh Datin Shahida tetapi menolaknya kerana masih belum bersedia.
“Awalnya Dato dan Datin ada juga mengajak saya ke Makkah tp sy x bersedia lg. Bila melihat gambar ini rasa kesal pula menolak ke sana. Alhamdulilah semasa berkhidmat meski pun sebagai PA kita dilayan seperti sebahagian daripada keluarga.
“Ketika travel bersama keluarga ini pemilik bersama syarikat Datin Sri bukan la seperti wanita elite lain yg melepaskan 100% tugasan menjaga anak2, mengangkat bag, mengemas dan lain2 kepada PA semata mata. Jadi apabila ada yg berkata alaa pergi ke luar negara BEKERJA.
“Ya kita bekerja bersama dgn Datin menguruskan/memantau anak2 dan tugasan di atas dan dalam masa yg sama tipu ya kalau tidak menikmati percutian tersebut kerana kita makan makanan yg sama dan merasa semua treatment yg sama dihadapi oleh keluarga tersebut. Datin masak, PA yg sorang tolong jaga baby, yg sorang lg tolong memotong jd kita bekerjasama.
“Datin pun basuhkan pingggan juga ya lepas masak. Ketika keluarga tersebut sedang shopping pun bahagian kita PA pun ada ya. Terima kasih Uncle, Aunty dan Nenek yg melayan diri seperti sebahagian drpd keluarga. Alhamdulilah kelebihan apa lg yg kau dustai
Salam takziah untuk ahli keluarga arwah Ghazi dan marilah kita sama-sama doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kredit Foto: Instagram Datin Shahida
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Syukur berjaya kumpul RM20K dalam masa 2 jam.’ Akhirnya pesara dapat tunai haji enam beranak. Tiada kata yang dapat diungkap melainkan Alhamdulillah setelah impian mereka untuk tunaikan haji bersama tercapai.
Biarpun agak kelam-kabut kerana diberitahu saat akhir, tetapi momen dapat tunaikan haji sekeluarga pasti bakal diingati sampai bila-bila.
Malah, dalam masa yang sama pesara enam beranak ini bagaikan tidak percaya apabila mereka berjaya mengumpul baki wang sebanyak RM20,000 dalam tempoh dua jam sebelum membolehkan mereka berangkat ke Tanah Suci bersama-sama, tahun ini.
Menurut Abdul Halim Mohamed Dalib, 60, sebagai ketua keluarga sudah tentu dia jadi kelam kabut apabila menerima khidmat pesanan ringkas daripada Tabung Haji (TH) mengatakan dia, isteri, Masrinah Mat Johar, 53, dan empat anaknya dipilih untuk menunaikan haji.
Mereka ialah Nur Haziqah, 25, Nur Afiqah, 23, Nur Thaqifah, 19, dan Nur Balighah, 18.
Katanya, dia dikehendaki melengkapkan pelbagai perkara dalam tempoh empat hari seperti pembayaran, bio visa dan beberapa dokumen yang diperlukan selepas pergi ke TH Cawangan Bangi, Selangor untuk mendapatkan keterangan lanjut.
“Kebetulan saya belum tukar lagi Mykid anak bongsu saya berusia 18 tahun. Jadi saya kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara untuk tukar kepada Mykad.
“Dalam masa semakin suntuk, duit pula tidak cukup lagi RM20,000. Saya ikhtiar macam-macam dan akhirnya dalam tempoh dua jam dapat juga lengkapkan bakinya,” katanya lagi.
Menurutnya, walaupun berdepan pelbagai dugaan dan ujian, ia dapat diselesaikan dengan mudah dan penuh dengan hikmah.
“Haji memerlukan pemahaman dan ilmu. Walaupun saya sudah tiga kali pergi kursus, tetapi masih merasakan ia tidak cukup dan ingin belajar lagi,” katanya yang bersyukur menjadi tetamu Allahbersama keluarganya.
Kashoorga: Semoga mereka mendapatkan haji yang mabrur.
Women #QuranHour 2026 di Shah Alam mendapat perkenan Tengku Permaisuri Selangor dan mengangkat tema Women of Grit, menampilkan inspirasi wanita Palestin serta teladan Saidatina Khadijah RA dalam memperkasakan wanita melalui al-Quran.