Demi kelihatan cantik, ramai wanita hari ini sanggup melakukan proses yang dilarang agama.

Salah satunya adalah eyelash extension. Kaedah ini digunakan bagi memanjangkan, menebalkan dan memenuhkan bulu mata asli sedia ada.

Materialnya mungkin dibuat daripada beberapa bahan termasuklah bulu daripada binatang, sintetik atau bulu kuda.

Kaedah ini memiliki dua jenis; bulu mata palsu sementara (false temporary eyelash) yang boleh ditanggal dan bulu mata separa kekal (semi-permanent eyelash).

Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memasang bulu mata palsu adalah haram jika menggunakan bahan bernajis seperti bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat.

Jika di luar waktu, haram kerana sengaja menajis badan tanpa ada keperluan (al-tadammukh bi al-najasah).

IKLAN

Jika menggunakan bulu mata palsu separa kekal dengan menggunakan gam yang akan menghalang air daripada sampai ke kulit dan setiap bulu mata, mata hukumnya juga adalah haram kerana menghalang sahnya wuduk dan mandi wajib.

Bayangkan sekiranya si pemakai tidak sempat menanggalkan bulu mata palsu yang disambungkan ketika ajal menjemput, sudah pasti ia mendatangkan implikasi yang lebih besar.

Kesukaran urus jenazah pakai bulu mata palsu

Seorang pengurus jenazah dari Singapura, @doktermayat berkongsi kisah bagaimana jenazah dengan bulu mata palsu (extension) diuruskan, sebagai panduan kita bersama.

“Macam permanent piercing (tindik kekal), dia kena ada special tools (peralatan khas). Kalau tukang mandi jenazah wanita waktu itu tak ada tools untuk buka permanent piercing dan kalau tanya waris pun mereka tak ada, then kalau kena kafankan dengan tindik tu… kita tak boleh buat apa-apa.

IKLAN

“Lagi satu, bulu mata extension. Soalnya tukang mandi jenazah ni, kita bukan mak andam. Dalam beg kita bukannya ada make-up remover, eyelashes extension remover… tak ada.

“Tapi, insyaAllah saya percaya semua pengurus jenazah atau tukang mandi jenazah wanita akan tanya waris… ada remover atau tidak. Kalau mereka boleh tolong remove benda tu.

“Saya tengok video, ngeri juga. Setahu saya, ada yang boleh ditanggalkan pelekat dengan tarik saja. Yang ini (extension), ia bersambung dengan bulu mata original,” katanya.

IKLAN

Menurutnya lagi, dia percaya setiap wanita terutamanya yang beragama Islam sudah pasti mengetahui hukum melakukan penyambungan bulu mata.

“Anda semua dah akil baligh, terpulang untuk pakai atau tidak tapi kalau pakai, dengan risikolah.

“Sebab kematian ini tiada kalendar. Tak tahu bila, di mana… kawan-kawan seusia dan muda daripada saya pun ramai yang meninggal dunia.

“Kita ni hidup, daripada Allah menuju Allah. Itu saja. Tapi saya percaya, semua tukang mandi jenazah akan sempurnakan jenazah sebaiknya. Kalau waris ada remover, sudah tentu kita akan usahakan,” akhirinya.

Sumber: Mstar

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI