Solat jamak seperti diketahui adalah untuk kemudahan mereka yang bermusafir lebih dari dua marhalah atau 82km.
Tapi situasi hari ini ramai saja yang bekerja jauh dari kediaman dan menghabiskan masa berjam-jam memandu atau menaiki pengangkutan awam. Ada yang menempuh perjalanan hampir 100km setiap hari untuk ke tempat kerja.
Dalam keadaan ini adakah mereka yang berulang alik ke tempat kerja melebihi jarak 2 marhalah dibolehkan melakukan solat jamak.
Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini.
Solat qasar dan jamak adalah merupakan rukhsah yang diberikan oleh Allah. Ia merupakan kemudahan yang dianugerahkan kepada umat Islam agar mereka boleh menunaikan ibadat solat di mana sahaja mereka berada. Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firmannya :
Maksudnya :” Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang.”
Ads
(Surah al-Nisa’ :101)
Jalaluddin al-Mahalli dan al-Sayuti menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini apabila kalian bermusafir boleh untuk memendekkan solat iaitu daripada empat jadikan dia dua rakaat.
Rujuk Tafsir al-Jalalain (2/101)
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan solat qasar dan jamak dilakukan. Antara yang disebutkan oleh para fuqaha :
Ads
Solat yang diqasarkan adalah solat fardu yang empat rakaat.
Ada tujuan walaupun dengan mana-mana arah
-Permusafirannya adalah permusafiran yang diharuskan bukan kerana maksiat
-Mempunyai tujuan yang baik seperti pergi kerana urusan perniagaan dan lain-lain.
-Jarak perjalanan adalah sejauh dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 82 kilometer.
-Melepasi negeri atau kawasan tempat bermukim.
-Ada pengetahuan berkenaan hukum hakam solat qasar dan jamak
Rujuk Al-Taqrirat Al-Sadidah Fi Al-Masail Al-Mufidah (hlm 314-315)
Al-Khatib Al-Syarbini ketika menjelaskan berkenaan dengan syarat yang membolehkan untuk qasar dan jamak, beliau mengatakan permusafiran tersebut mestilah bukan dengan tujuan maksiat.
Sama ada yang wajib seperti bermusafir untik menunaikan haji ataupun yang mandub seperti menziarahi kubur Nabi SAW ataupun yang harus seperti bermusafir untuk perniagaan.
Ads
Rujuk al-Iqna’ Fi Hilli Alfaz Abi Syuja’(2/384)
Imam Al-Ramli menyatakan permusafiran itu mestilah sama ada yang wajib atau mandub ataupun yang harus. Boleh jadi permusafiran itu adalah yang makruh seperti bermusafir sendirian terutamanya pada waktu malam.
Rujuk Nihayah Al-Muhtaj Syarh Al-Minhaj(2/248)
Berdasarkan pernyataan di atas, kami melihat bahawa boleh untuk menqasarkan dan menjamakkan solat pada hari bekerja kerana telah memenuhi syarat-syarat utama qasar dan jamak iaitu perjalanan melebihi 2 marhalah dan tujuan perjalanan adalah tujuan yang harus.
Harus diingatkan, solat jamak dan qasar hanya boleh dilakukan di tempat kerja ataupun ketika dalam perjalanan. Adapun ketika sampai di kawasan permukiman tidak boleh untuk mengambil rukhsah tersebut dan perlu dilakukan solat secara sempurna.
Mendengar keluh kesah dan kekecewaan terhadap doa yang tidak dikabulkan Allah bukanlah perkara asing lagi. Ada sahaja sahabat atau orang sekeliling kita yang tertanya mengapa doanya tidak termakbul walaupun telah dipanjatkan pada waktu mustajab.
Bagi menjawab persoalan ini, elok kita baca terus kupasan daripada ustaz Mohd Masri Mohd Ramli yang acapkali ditanya tentang hal ini.
Saya sering mengulangi mesej yang sama setiap hari Jumaat. Iaitu kelebihan berdoa di hari Jumaat, terutamanya selepas waktu Asar.
Satu hari, saya mendapat satu komen yang bertalu-talu. Asalnya saya menyangka dia ingin bertanya apakah tips untuk doa lebih mustajab.
Tetapi penghujungnya, dia menzahirkan putus asa kerana sudah banyak kali berdoa pada waktu yang mustajab yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih, akan tetapi doanya tetap belum diterima.
Di sini saya kongsikan sedikit jawapan kepada kita semua yang menghadapi masalah yang sama.
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka [jawablah], bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah 2:186]
2. Kekuatan doa itu banyak bergantung kepada sangkaan kita kepada Allah
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang daripada kalian berkata: Ya Allah ampuni aku jika engkau mahu. Ya Allah rahmati aku jika engkau mahu. Hendaklah bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya tiada siapa dapat memaksa Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5891]
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata: Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5892]
3. Apa yang kita sangka baik dalam diri kita boleh jadi hakikatnya tidak baik. Jadi Allah menggantikan dengan yang lebih baik
Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara berikut:
(1) Akan disegerakan doanya itu, (2) ditangguhkan ke hari Akhirat, (3) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang yang berdoa.
Para sahabat bertanya: Oleh kerana itu, kami perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Allah, pemberianNya lebih banyak [Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa’id al-Khudri, hadis no: 10921
4. Boleh jadi ada perbuatan-perbuatan haram kita yang membuatkan doa kita kurang berkesan
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua. Sesungguhnya Allah menyuruh orang beriman dengan apa yang pernah disuruh kepada para rasul.
Allah berfirman: Wahai para rasul. Makanlah daripada makanan yang baik-baik. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Mukminun: 51].
Firman Allah lagi: Wahai orang beriman, makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kalian. [Al-Baqarah : 172]
Kemudian baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu.
Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut ‘ Wahai Tuhan, wahai Tuhan’, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu? [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 1692]
Doa dan memohon perlindungan Allah itu umpama pedang. Pedang bergantung kepada orang yang menghunusnya, bukan sekadar kepada ketajaman bilahnya.
Apabila pedang itu pedang yang sempurna tanpa kecacatan. Lengan yang memegangnya pula lengan yang kuat.
Tiada pula perkara yang menghalang. Maka pedang itu berhasil mencederakan musuhnya.
Apabila hilang salah satu daripada tiga perkara ini, maka hilanglah keberkesanan senjata itu.
Begitu jugalah doa seandainya doa itu sendiri doa yang tidak elok. Atau orang yang berdoa itu tidak menggabungkan hati dan lisannya ketika berdoa. Atau apabila terdapat penghalang daripada terkabulnya doa, maka kesan doa itu tidak diperolehi. [Al-Jawab Al-Kafi]
Wallahua’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebenarnya tanpa kita sedar banyak hikmah yang berlaku disebaliknya musibah penularan wabak koronavirus COVID-19 yang semakin serius ini.
Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyuruh kita hanya duduk di rumah secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturrahim bersama ahli keluarga.
Selain itu ada juga yang mengambil ikhtibar berlaku dengan melakukan penghijrahan.
Seperti hidayah Allah diterima oleh pengacara Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32 tahun atau terkenal dengan panggilan gadis Trivago yang mengakui tampil berhijab sejak beberapa hari lalu selepas mendapat petunjuk dari Allah.
Dia yang mengambil keputusan berhijab setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci pada bulan lalu.
Menurut pengacara HLive itu keputusannya berhijab adalah kerana dia merasakan inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.
“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” ujar Dahlia kepada Gempak.
Sebaik sah sebagai ikatan suami isteri, tiada lagi batas halal dan haram. Malah nikmatnya lebih terasa tatkala menjalankan kewajipan sebagai suami isteri yang sah.
Namun begitu, kebiasaannya para isteri agak malu untuk meminta nafkah batin dari suami kerana sifat malu yang menebal. Taku dikatakan terhegeh-hegeh walaupun dari suami sendiri.
Namun begitu, ketahuilah sebenarnya banyak fadhilatnya jika isteri dulu yang meminta untuk melakukan hubungan intim.
Jadi jangan malu untuk isteri minta ‘duluan’ jika mahukan fadhilat seperti yang dinyatakan ini. Malah sebenarnya boleh menambahkan lagi kehangatan dan kasih sayang antara kedua-duanya.
FADHILAT ISTERI “MINTA” DULUAN
ﺃﺩﺏ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﻟﻌﺒﺪ ﺍﻟﻤﻠﻚ ﺑﻦ ﺣﺒﻴﺐ ﺝ ١ ﺹ ٢٩٢ – ٢٩٣ ﺍﻟﻤﻜﺘﺒﺔ ﺍﻟﺸﺎﻣﻠﺔ : (ﻭﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓٍ ﻓﺮﺷﺖ ﻟﺰﻭﺟﻬﺎ ﺑﻄﻴﺐ ﻧﻔﺴﻬﺎ ﺣﺮﻡ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﺪﺭﻫﺎ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺎﺭ، ﻭﺃﻋﻄﺎﻫﺎ ﺛﻮﺍﺏ ﻣﺎﺋﺘﻲ ﺣﺠﺔٍ ﻭﻋﻤﺮﺓٍ، ﻭﻛﺘﺐ ﻟﻬﺎ ﻣﺎﺋﺘﻲ ﺃﻟﻒ ﺣﺴﻨﺔٍ، ﻭﺭﻓﻊ ﻟﻬﺎ ﻣﺎﺋﺘﻲ ﺃﻟﻒ ﺩﺭﺟﺔٍ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺔ!) Siapa saja seorang isteri yang menawarkan diri untuk suaminya dengan suka-rela, maka: (1) Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka;
(2) memberinya pahala dua ratus ibadah Haji dan Umrah;
(3) dicatatkan untuknya dua ratus ribu kebaikan;
(4) diangkat untuknya dua ratus ribu darjat di Syurga.
(ﻭﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓٍ ﺩﺧﻠﺖ ﻣﻊ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﻓﻲ ﻓﺮﺍﺵٍ ﻭﺍﺣﺪٍ ﻧﺎﺩﺍﻫﺎ ﻣﻠﻚٌ ﻣﻦ ﺗﺤﺖ ﺍﻟﻌﺮﺵ: ﻟﺘﺴﺘﺄﻧﻔﻲ ﺍﻟﻌﻤﻞ ! ﻓﻘﺪ ﻏﻔﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻚ ﻣﺎ ﺗﻘﺪﻡ ﻣﻦ ﺫﻧﺒﻚ ﻭﻣﺎ ﺗﺄﺧﺮ ﻭﻛﺘﺐ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻬﺎ ﺛﻮﺍﺏ ﻣﻦ ﺃﻋﺘﻖ ﻣﺎﺋﺔ ﺭﻗﺒﺔٍ، ﻭﻛﺘﺐ ﻟﻬﺎ ﺑﻜﻞ ﺷﻌﺮﺓٍ ﺣﺴﻨﺔً !) . Dan siapa saja seorang isteri yang masuk bersama suaminya dalam satu selimut, maka Malaikat dari bawah Arasy memanggilnya, “Mulailah duluan olehmu perbuatan itu (merangsang suami): (1) Maka Allah akan mengampuni untukmu dari dosamu yang telah lalu dan yang akan datang; (2) Dan Allah akan mencatat untuknya pahala seorang yang memerdekaksn seratus budak; (3) Dan mencatat untuknya dari setiap sehelai rambut dengan satu kebaikan._
(ﻭﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓٍ ﻗﺒﻠﺖ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﺑﻄﻴﺐ ﻧﻔﺴﻬﺎ ﻓﻜﺄﻧﻤﺎ ﻗﺮﺃﺕ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ [ ﺍﺛﻨﺘﻲ ﻋﺸﺮﺓ] ﻣﺮﺓً ﻭﻛﺘﺐ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻬﺎ ﺑﻜﻞ ﺁﻳﺔٍ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﺧﻤﺴﻴﻦ ﺣﺴﻨﺔً ﻭﺑﻨﻰ ﻟﻬﺎ ﺑﻜﻞ ﻗﺒﻠﺔٍ ﻣﺪﻳﻨﺔً ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺔ !) Dan siapa saja seorang isteri yang mencium suaminya dengan suka rela maka: (1) Dia bagaikan menghatamkan Al-Qur’an (dua belas) kali; (2) Dan dengannya Allah akan mencatat dari setiap ayat dalam Al-Qur’an lima puluh kebaikan; (3) Dan dari setiap ciuman dibangunkan sebuah kota di Surga untuknya.
(ﻭﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓٍ ﻗﺒﻠﺖ ﺭﺃﺱ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﻭﻣﺸﻄﺖ ﺭﺃﺳﻪ ﻭﻟﺤﻴﺘﻪ ﻛﺘﺒﺎﻟﻠﻪ ﻟﻬﺎ ﺑﻌﺪﺩ ﻛﻞ ﺷﻌﺮﺓٍ ﺣﺴﻨﺔً، ﻭﻏﺮﺱ ﻟﻬﺎ ﺑﻜﻞ ﺷﻌﺮﺓٍ ﻧﺨﻠﺔً ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨﺔ) . Dan siapa saja seorang isteri yang mencium kepala suaminya, menyisir rambut dan janggutnya, maka: (1) Allah akan mencatat untuknya pahala kebaikan dengan bilangan setiap sehelai rambut; (2) Dan ditanamkan untuknya dari setiap sehelai rambut dengan pohon kurma di Syurga.
Wallahu a’lam.
(Kitab Uqudul Lujain Syaikh Nawawi AlBantani)
Semoga bermanfaat..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?