Ulama berpengaruh, Mojtaba Khamenei secara rasmi diumumkan sebagai Pemimpin Agung baharu Iran bagi menggantikan bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, sekali gus menandakan peralihan penting dalam kepimpinan tertinggi Republik Islam itu.
Pelantikan tokoh berusia 56 tahun tersebut diputuskan oleh Majlis Pakar (Assembly of Experts), badan yang diberi mandat memilih Pemimpin Agung negara berkenaan. Dengan keputusan itu, Mojtaba menjadi individu ketiga memegang jawatan tertinggi Iran sejak Revolusi Islam 1979.
Mojtaba merupakan anak kedua kepada Ali Khamenei dan dilahirkan di Mashhad pada 8 September 1969. Beliau menerima pendidikan agama di kota suci Qom, pusat pengajian utama bagi ulama Syiah di negara tersebut.
Walaupun jarang tampil secara terbuka dalam arena politik, Mojtaba sejak sekian lama dipercayai memainkan peranan penting di belakang tabir dalam pentadbiran Iran. Namanya sering dikaitkan dengan jaringan pengaruh yang kukuh dalam kalangan ulama konservatif serta institusi keselamatan negara.
Beliau juga dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), pasukan ketenteraan elit yang mempunyai pengaruh besar dalam landskap politik Iran.
Ads
Dalam proses pemilihan tersebut, beberapa tokoh lain turut disebut sebagai calon berpotensi untuk mengisi jawatan Pemimpin Agung. Antaranya Presiden Iran ketika ini, Ebrahim Raisi, serta ulama kanan Ayatollah Sadeq Amoli Larijani yang juga pernah memegang jawatan penting dalam badan kehakiman negara itu.
Ads
Selain itu, nama Hassan Khomeini, cucu kepada pengasas Revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini, turut disebut dalam kalangan pemerhati politik sebagai individu yang berpotensi dipertimbangkan bagi jawatan tersebut.
Bagaimanapun, sokongan kuat daripada kelompok ulama konservatif serta pengaruh dalam kalangan institusi keselamatan dilihat menjadi faktor utama yang mengukuhkan kedudukan Mojtaba Khamenei untuk dipilih sebagai Pemimpin Agung baharu Iran yang kini memegang kuasa tertinggi dalam menentukan hala tuju politik dan keselamatan negara itu.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ibu adalah insan yang paling mulia dan kehadirannya sangat membahagiakan. Apatah lagi jika insan ini masih hidup, bolehlah kita menumpang manja dan berterusan untuk berkasih sayang.
Selagi kita hidup, selagi itulah kita akan terus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Meraikannyanya dalam apa jua majlis termasuk sambutan hari lahir.
Seperti perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang begitu mengkagumi ibunya yang dipanggil Mak Salmah.
Menurut Siti yang baru meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ke 41 tahun, dalam banyak-banyak gambar dimuat naik, foto bersama ibunya inilah paling istimewa sekali.
Sebelum itu pada penghujung tahun lalu, Siti juga turut menitipkan kata-kata istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibunya ini.
Menurut Siti, ibunya inilah insan paling bermakna kerana telah melahirkan dan membesarkan beliau hingga menjadi siapa dirinya sekarang.
Malah doa ibu tercinta ini adalah segalanya untuk Siti dan penyanyi kesayangan ramai ini tidak akan lupa untuk mendoakan ibunya dalam setiap sujud.
Siti turut berdoa agar Allah sentiasa memelihara ibunya ini kerana wanita bernama Siti Salmah Bachik ini seorang insan yang berhati mulia dan penyayang.
Alhamdullillah, Hari ini hari insan paling bermakna dalam hidup saya .. Melahirkan saya & membesarkan saya hingga saya menjadi siapa saya kini.. Doa Mak segalanya buat Siti ..Sannah Helwah ibuku Siti Salmah Bachik ..Doa buat Mak takkan Siti lupa disetiap sujudku.. Allah SWT pelihara Mak selalu sebab Mak insan hati mulia & penyayang .. #gengcapricorn#likemotherlikedaughter
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam perkongsian di laman Instagram Datuk Aaron Aziz dilihat memeluk erat anaknya dan meluahkan rasa berat hatinya melepaskan anak sulung, Danish Anaqi yang berusia 16 tahun melanjutkan pelajaran ke Jepun.
“Baru lah saya tahu betapa peritnya rasa bila anak keluar rumah demi pelajaran. Anak anak yg dari kampung ke Uni di bandar, yg ke Mesir, ke Medina dan byk lagi negara lain.
“Semoga ALLAH pelihara anak anak kami Dunia akhirat. Love you n miss you Abg my only Son.
Aaron bersama isteri, Diyana Halik Begitu sayu tatkala menghantar Danish yang akan berada di Jepun untuk kursus Pra-IB dan Diploma.
Sebelum ini dilihat Aaron sangat rapat dengan keluarganya dan menjadi insprasi kepada orang ramai dalam menjaga hubungannya membentuk keluarga yang sakinah dan mawaddah.
Anak adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya. Untuk mendidik mereka, kenalah dari kecil agar senang untuk dibentuk menjadi manusia berguna.
Bukan sahaja mendidik mereka dengan menyuruh mengamalkan kewajipan yang disuruh oleh Allah, tetapi juga sentiasa berdoa yang baik-baik agar urusan dipermudahkan.
Ini antara doa boleh dipohon oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan berguna apabila dewasa nanti.
Dan juga bagi yang belum dikurniakan zuriat, boleh amalkan doa agar dikurniakan zuriat oleh Allah
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40)
Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim as untuk anak-anaknya. Sungguh besar harapan ibu bapa, agar zuriat keturunannya adalah dari golongan yang menjaga solat. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu nak perhatikan anak-anak kita setiap masa, mudah-mudahan, dengan doa ini, anak-anak serta zuriat keturunan kita sentiasa terpelihara dan memelihara solat mereka.
Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)
Doa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati, malah, doa ini juga memohon agar kita sebagaiibu bapa dapat menjadi role model (qudwah hasanah) buat anak-anak.
Maksudnya: “…Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)…” (Surah al-Ahqaf ayat 15)
Doa ini membawa maksud yang sangat mendalam. Sebagai seorang hamba kepada Allah swt, sememangnya kita perlu sentiasa berdoa agar kita tidak lalai dengan nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan. Malah, doa ini juga memohon agar kita serta zuriat keturunan kita dapat terus istiqamah beramal soleh kepada Allah swt.
Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” (Surah as-Syura ayat 19)
Doa ini dibacakan kepada anak agar hati anak menjadi lembut, tidak keras dan degil. Al-Latif adalah salah satu nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut. Mudah-mudahan, dengan berkat kelembutanNya, anak kita juga punyai hati yang lembut.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 128)
Doa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim as ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail as. Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita serta keturunan kita menjadi hamba Allah yang taat dan beribadah dengan cara yang benar serta tidak sesat. Semoga Allah menerima taubat kita.
Maksudnya: “…Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran ayat 38)
Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria as ketika memohon daripada Allah swt agar dikurniakan zuriat. Nabi Zakaria sudah bertahun-tahun kahwin tetapi diuji dengan tiada zuriat. Nabi Zakaria as tanpa putus asa sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya. Akhirnya Allah swt perkenankan doa Baginda dan mengurniakan seorang anak yang bernama Nabi Yahya as.
Doa ini sangat sesuai diamalkan agar kita dikurniakan zuriat yang baik akhlaknya. Malah bagi pasangan yang belum direzekikan zuriat, anda juga boleh amalkan doa Nabi Zakaria as ini untuk memohon rezeki anak.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
Doa ni dibaca oleh Rasulullah saw sewaktu baginda mengusap kepala Ibnu Abbas ketika beliau kanak-kanak. Dan kesannya Ibnu Abbas menjadi seorang yang bijak dan tawaduk. Beliau adalah yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah saw semasa hayat beliau.
Anda boleh amalkan bacaan doa ini kepada anak-anak sambil mengusap ubun-ubun mereka. Boleh baca doa ini sewaktu anak-anak tidur ataupun sebelum pergi ke sekolah.
Setiap ibu bapa wajib mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allah swt kepada kita. Sudah pasti kita akan ditanya kelak bagaimana kita mendidik mereka. Justeru itu didiklah anak dan berilah ilmu agama kepada anak-anak dengan sebaik-baiknya. Jangan lepaskan peluang untuk doakan kebaikan anak-anak kerana doa ibu bapa kepada anak-anak adalah sangat mustajab.
“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar” (Surah al-Anfal ayat 27-28)
SEMOGA ANK KITA SEMUA BERJAYA DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT..AAMIIN
#SILAKANSHARE
Kashoorga: Menyediakan kelengkapan barangan untuk si kecil, di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?