Umat Islam yang meninggal dunia akibat tembakan pengganas dalam serangan di dua buah masjid di New Zealand hari ini meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kesemua mereka yang maut itu meninggal dunia ketika ingin menunaikan solat Jumaat dan mahu mengadap Allah.

“Mereka mengadap Allah dalam keadaan berwuduk dan dalam rumah Allah. Dalam keadaan menanti untuk solat berjemaah. Dalam keadaan menanti solat Jumaat.

Mufti Wilayah-Mangsa Tembakan Pengganas Di New Zealand Mati Dalam Keadaan Husnul Khatimah

“Kesemua itu kebaikan demi kebaikan. Mati dalam husnul khatimah. Kita mengharapkan mereka diganjari dengan balasan yang sebaiknya di sisi Allah.

“Ditempatkan mereka sebagaimana di sebut ‘mereka itulah akan bersama para nabi, para siddiqin, para shuhadah dan juga para solehin. Yang mana mereka inilah golongan yang terbaik yang Allah ganjarkan kepada mereka,” kata Dr. Zulkifli dalam khutbah Jumaat yang disampaikannya hari ini.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan 40 terbunuh dalam serangan di dua buah masjid di Christchurch. Dua rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden tersebut. Wisma Putra dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua mereka kini dirawat di hospital di sana.

“Peristiwa seperti ini adalah peristiwa yang cukup tragis yang bagi kami tidak sepatutnya berlaku.

IKLAN

Mufti Wilayah-Mangsa Tembakan Pengganas Di New Zealand Mati Dalam Keadaan Husnul Khatimah

“Makanya mereka yang berada di dalam masjid kita mengharapkan mereka mendapat syahid daripada Allah. Kita mengharapkan mereka diganjari dengan pahala kerana semangat datang ke masjid,” kata Dr. Zulkifli.

Sementara itu, Dr. Zulkifli berkata, kejadian tembakan pengganas itu dianggap seperti satu tindakan seolah-olah menyimbah minyak ke dalam api untuk marak.

IKLAN

Justeru beliau meminta umat Islam agar berdoa supaya api-api fitnah dapat dipadamkan dan menjadi umat Islam yang sentiasa berpegang teguh, menginsafi dan berdoa kepada Allah.

Mufti Wilayah-Mangsa Tembakan Pengganas Di New Zealand Mati Dalam Keadaan Husnul Khatimah

“Makanya insya-Allah sinar kebahagiaan ummah dalam keadaan kesatuan yang kukuh. Akan menatijahkan kebaikan dan kebahagiaan.

IKLAN

“Dan mereka membuat tipu daya, sebenarnya Allah mempunyai perancangan dan Allahlah sebaik-baik perancangan,” kata Dr. Zulkifli.

Sumber kredit: Utusan Online

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=fLF5PTR6NMA

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI