Hubungan

Mulanya Malu Berstoking & Skirt Labuh, Tapi Zaskia Sungkar Syukur Kerana Penampilan Itu Mudahkan Urusan Solat

Share

Selain Laudya Cynthia Bella pelakon popular Indonesia yang melakukan penghijrahan, rakan baiknya Zaskia Sungkar juga antara insan terpilih yang turut menerima hidayahNya.

Apa yang menariknya selepas berhijrah, penampilan Zaskia Sungkar begitu santun, cantik dan memenuhi cita rasa sebagai seorang Muslimah sebenar.

Walaupun memilih untuk bertudung labuh dan busana potongan longgar, namun penampilannya tetap kelihatan fashionable.

Malah yang menarik perhatian setiap kali tampil dikhalayak, Zaskia tidak lupa menyarung stoking bagi menutupi aurat pada bahagian kakinya.

Menurut isteri kesayangan pelakon popular Irwan Syah ini, pada mulanya dia rasa begitu malu jika mengenakan skirt labuh dan stoking kaki, apatah lagi jika digayakan dengan dress

.

Tetapi apabila melalui perubahan ini, makin lama Zaskia merasa lebih seronok dan tenteram. Malah yang seronoknya jika pergi ke ke mana-mana dia tidak perlu lagi membawa telekung dan memudahkan urusannya untuk bersolat.

Setiap kali melihat OOTDnya di laman sosial Instagram, ternyata pelakon cantik manis ini sangat bijak bergaya dan menjadi inspirasi buat gadis hijabi di luar sana. Apa yang penting pilihan mix and match disesuaikan dengan apa jua majlis atau acara dihadiri.

Dia juga yang turut bergelar usahawan ini bersyukur kerana Allah telah mudahkan segala urusannya. Jika sebelum ini dia yang menjual seluar dibutiknya, bimbang tidak akan ada peminat yang mahu membeli skirt atau dress yang dijualnya.

Namun dia banyak belajar dan percaya jika kita terus menjalani perintah Allah pastinya akan mendapat bantuan kekuatan daripada Allah.

Selagi ada kemahuan untuk mendapat reda Allah dan paling penting sentiasa berdoa minta padaNya untuk menjaga dan tambah iman di dada, dan segala urusan akan dipermudahkan.

Pasangan Zaskia Sungkar dan Irwan Syah sudah hampir lapan tahun berumah tangga tapi masih belum dikurniakan anak.

Namun hubungan keduanya tetap kekal bahagia dan masing-masing merasakan masa yang ada banyak dihabiskan untuk lebih mengenali Allah.

Artikel Berkaitan: 8 Tahun Tanpa Anak, Zaskia & Irwan Syah Lebih Kenali Allah

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZASKIA SUNGKAR

IKLAN