‘Nak minta maaf tak ingat siapa.’ Mungkin boleh ikut cara ini untuk yang telah kita lakukan selama ini.
Jangan bohong dengan mengatakan kita tidak pernah sekalipun mengumpat. Kalau berkumpul bersama rakan lain, ada sahaja topik umpatan yang merancakkan pertemuan itu.
Sedar sebenarnya apabila mengumpat hukumnya adalah berdosa dan seakan memakan daging saudara sendiri.
Namun bagi yang dahulunya rajin mengumpat dan kini ingin hapuskan semua dosa-dosa silam hasil mengumpat, ada beberapa cara untuk kita berbuat demikian.
Ikuti perkongsian Fatimah Jamari ini dan hadam baik-baik cara terbaik untuk kita delete dosa-dosa mengumpat.
Cara delete dosa mengumpat, adalah dengan pergi memohon maaf kepada orang yang kita umpat. Tetapi kalau sudah terlalu ramai yang kita umpat sehinggakan lupa siapa.
Ads
Tak Ingat Siapa
Kadang kita tak kenal pun orang tu, contoh nya :
Kita lalu tepi jalan tengok orang pelik-pelik itu yang membuatkan kita mengumpat. Dalam suka-suka, kita mengumpat dia dan bila dia berlalu pergi dah tak sempat kita mohon maaf. Allahu ! Jahilnya kita.
Boleh Ikut Cara Ini
Cara terbaik, adalah dengan bersedekah dan niatkan pada orang yang kita pernah umpat dulu. Insyallah semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk berperang dengan nafsu.
Dengan rendah diri saya mohon maaf atas segala salah silap mengumpat mencaci menghina, bercakap dan melakukan perkara yang membuatkan kalian terasa hati sakit hati. Allahu! Mohon maaf. Segala yang tak baik datang dari saya yang jahil.
Ads
Allahuakhbar!
Untuk Delete
INFO Ghibah atau mengumpat dalam Islam merupakan salah satu dosa yang tak terampunkan sehingga orang yang menumpat perlu melakukan banyak cara untuk mendapatkan keampunan dari Allah SWT. Antaranya,
1. Meminta maaf pada orang yang diumpat
2. Memohon maaf untuk orang yang diumpati
3. Menyebutkan kebaikan orang yang diumpati di tempat terjadinya umpatan
4. Taubat nasuha
5. Perbanyak zikir
Dosa Mengumpat
6. Perbanyak sedekah
7. Silaturrahim
8. Banyakkan berpuasa sunat
9. Perbanyak solat sunnah
10. Selalu menjaga wuduk
11. Perbanyak membaca al-Quran
12. Bersahabat dengan orang soleh
13. Perbanyak istighfar
Itulah cara melakukan taubat dari dosa mengumpat. Sungguh mengumpat ini sangat buruk akibatnya, maka dari itu kita harus berhati-hati dalam berkata.
‘Allahuakbar, sedihnya.’ Kereta terbabas dalam sungai, budak 12 tahun meninggal depan mata mak, abah.
Allahuakbar beratnya ujian, namun sebagai hamba-Nya, walaupun perit kita perlu reda dengan ujian Allah apatah lagi anak hanyalah pinjaman dari Allah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tidak dapat bayangkan perasaan mak dan abahnya melihat anak pergi di depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa.
Menurutnya, ketika kereta hampir tenggelam, dia dan isterinya, Nurul Aqmar Zainol, 35, yang hamil tujuh bulan berjaya keluar namun, anak sulungnya gagal menyelamatkan diri.
“Terdengar arwah menjerit, abah.. abah dan pada masa sama saya serta isteri cuba menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap.
“Saya cuba berenang mencarinya selepas itu tetapi kereta tenggelam ke dasar sungai,” katanya.
“Pada masa sama, saya teringatkan anak yang masih berada dalam kereta itu dan cuba berenang mencarinya tetapi kereta itu tenggelam ke dasar sungai,” katanya.
Suhaimi yang bekerja kampung berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke pekan Jitra dari rumah ibu mentuanya di Tanjung Kapur untuk membeli susu anak bongsu yang berusia dua tahun.
Katanya, secara tiba-tiba dia terasa stereng keretanya seperti ‘ditolak’ ke kiri dan kanan tetapi dia cuba mengawal keadaan, namun hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai.
Dia juga memberitahu mengesan banyak perubahan sikap anak sulung daripada tiga beradik itu namun sukar menjelaskan satu persatu kerana masih trauma.
“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan anak buat selamanya,” katanya yang memberitahu arwah anaknya adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payung, Pokok Sena. Menurutnya, mereka sekeluarga menetap di Bukit Payung, Pokok Sena tetapi bermalam di rumah keluarga di Tanjung Kapur sejak dua hari lalu kerana ibu mentua tidak sihat.
Jenazah Muhammad Khairil Muhaimin akan dibawa ke Tanjung Kapur di Jitra untuk dikebumikan, semalam.
‘Mutawwif ini nyaris terlepas flight, gara-gara passport nak mati lagi 3 bulan.’ Check betul-betul sebelum terbang atau tunai umrah kerana dek kesilapan kecil ini, anda pasti menanggung kerugian besar.
Menunaikan umrah menjadi impian semua orang dan bila berkesempatan ke sana, pasti peluang ini tidak dilepaskan. Oleh itu elakkanlah berlaku kesilapan kecil agar perjalanan umrah kita ke Tanah Suci berjalan lancar.
Selain mempersiapkan diri, anda juga disarankan untuk lebih peka dengan dokumen untuk ke sana terutamanya passport.
Mutawwif, Ahmad Isa berkongsi pengalaman yang tidak mungkin dia lupakan sampai bila-bila apabila dirinya hampir terlepas penerbangan ke Tanah Suci gara-gara passportnya hampir tamat tempoh.
Perkongsian santai ini menerusi Facebook Live bertujuan untuk memberi peringatan kepada bakal jemaah umrah yang bakal menunaikan umrah agar tak terlepas pandang berkaitan isu ini.
Perkara ini adalah pengalaman mutawif ini sendiri yang sudah tentu memberi pengalaman dan pengajaran yang berharga buat dirinya. Jauh di sudut hati, dia tidak ingin membuka aib sendiri namun dia rasakan kesilapan yang telah dia lakukan dapat diambil pengajaran oleh orang lain supaya perkara ini tak berulang.
Apatah lagi menunaikan umrah bukan sesuatu yang mudah, setelah sekian lama kita kumpul duit yang banyak dengan menggunakan tenaga dan kudrat, namun tiba-tiba perancangan untuk kita tunaikan umrah terhalang di saat-saat pasti itu adalah masalah besar.
“Itulah yang berlaku pada saya, saya hampir-hampir tidak sampai ke Mekah hari ini disebabkan kesilapan saya sendiri. Bila sampai di airport, saya dari awal sudah prepare document untuk ke sana.
“Apa yang berlaku ketika nak daftar untuk check in beg, masa itu lebih kurang dalam jam 11 pagi. Kami memang digalakkan untuk check in 4 hingga 5 jam lebih awal sebelum penerbangan bagi semua jemaah umrah.
“Tiba-tiba pegawai yang bertugas minta maaf dan katakan saya tak boleh terbang pada hari itu. Saya terus blank dan terus saya kata saya ni mutawwif, saya bawa jemaah 42 orang untuk ke sana. Jadi kalau saya tak pergi, apa yan g berlaku pada mereka. Ibarat anak ayam hilang maklah,”ungkapnya satu persatu.
Menurutnya, apa yang membuatkan dia terkejut adalah passport nya berbaki tiga bulan lagi untuk tamat tempoh. Sebenarya dari awal dia menyedari situasi ini, namun disebabkan permohonan visanya “lepas”, maka di fikirannya mesti passport pun boleh.
Rupa-rupanya sebaliknya, oleh itu jadi pengajaran buat semua jemaah yang akan menunaikan umrah pastikan passport kalian genap enam bulan dan ke atas sebelum tamat tempoh. Dibawah enam bulan consider kita tiada passport.
Bayangkan ketika itu flight ke Mekah adalah 3.50 petang, last check in adalah 2.30 petang. Walaupun ‘blur’, dirinya mesti lakukan sesuatu lakukan dalam tempoh masa yang singkat untuk hidupkan passport.
Setelah menerangkan keadaan sebenar pada keluarga, Ahmad Isa terus bergegas ke Jabatan Imigresen terdekat iaitu Putrajaya.
Tetapi dalam masa yang sama dia sempat berpesan kepada mutawwif lain untuk tengok-tengokkan jemaahnya kerana dia mungkin tak dapat terbang ke sana seperti yang dijadualkan.
Dalam melawan debaran, mutawwif ini tetap ke imigresen untuk renew passport. Bayangkan bila sampai di situ, nombor untuk pendaftaran passport habis. Allahuakbar! Dirinya cuba terangkan situasi sebenar yang dialami pada pegawai bertugas.
Dalam keadaan serba salah, atas dasar ehsan sebagai manusia, pegawai tersebut cuba membantu sedaya mungkin dengan memberi nombor giliran dan dia juga tak mampu beri jaminan passport mampu disiapkan segera kerana memang ramai orang.
Bila dapat nombor, dia terus ke kaunter khas. Pegawai yang bertugas minta maaf awal-awal kerana tidak dapat bantu kerana isu nombor ini sangat sensitif, kerana semua orang mengikut iliran. Tetapi dia tetap cuba merayu di kaunter lain dan mengakui kesilapan sendiri.
‘Setelah berkali-kali merayu dan menjelaskan situasi dan kesannya jika saya tak dapat terbang hari ini, membuatkan pegawai imegresen yang berada di kaunter serba salah dan akhirnya mereka cuba juga untuk membantu walaupun pada jangkaan mereka paling cepat akan siap pada jam 2 petang. Hati mula pasrah dan terfikir untuk tukar flight esok.
‘Tapi bila tengok harga tiket kapal terbang, maklumlah tiket last minit harganya dalam RM 4K ke atas. Tapi mengenangkan keadaan terdesak, saya akur dan redha kena habiskan duit untuk beli tiket baru akibat kesilapan sedniri tak check passport awal-awal.
‘Allah Maha Baik, tak lama kemudian, pegawai imigresen maklumkan passport sudah siap. Masyallah tak sangka sempat, dapat passport terus berlari ke airport dan akhirnya saya berjaya juga ke Tanah Suci. Ahamdulillah syukur pada Allah.’
‘Sampai di bumi Madinah, saya memang menangis bila terkenankan apa yang berlaku. Jadi sekali la gi saya nak remind dan share pada sahabat-sahabat yang nak pergi umrah check betul-betul tarik tamat tempoh passport lebih dari enam bulan.
‘Sudah tentu pihak travel aency tak akan refund duit. Tapi kalu nak per gi ju ga, terpaksa keluarkan kos untuk beli tiket baru yan g ternyata lebih mahal. Disebabkan dengan sedikit kesalahan, kita akan menanggung kerugian pula.’ Katanya sebelum mengakhiri live.
Lelaki fasiq tak sesuai dengan wanita solehah. ‘Suami mengaku songsang, isteri berhak tuntut fasakh.’ Demi kelangsungan hidup dan keharmonian hidup bersama, sebaiknya berbincang dari hati ke hati.
Jika suami ingin berubah, bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama, sebagai isteri berilah peluang. Namun jika beberapa peluang disia-siakan adalah lebih baik anda sebagai isteri angkat kaki.
Adakah seorang isteri dibenarkan untuk menuntut fasakh atau bercerai apabila situasi ini menimpa. Ikuti kemusykilan yang dikemukakan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini. Hadam baik-baik penjelasannya.
Soalan
Saya telah berkahwin dengan suami hampir dua tahun. Sebelum ini saya hanya mengesyaki suami saya ini seorang gay atas beberapa faktor.
Akan tetapi baru-baru ini barulah saya dapat mengesahkannya apabila suami sendiri mengaku. Apakah yang saya perlu lakukan, adakah saya perlu meneruskan perkahwinan ini kerana saya berasa amat kecewa.
Ringkasan jawapan
Dalam kes ini, suami wajib bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan maksiat tersebut. Namun sekiranya perkara ini masih berlarutan, tindakan undang-undang hendaklah diambil seperti membuat tuntutan fasakh mengikut peruntukan yang ada.
Ini kerana status perkahwinan itu dianggap tidak sekufu dari sudut kesolehan dan ketakwaan pasangan.
Huraian jawapan
Sifat kafaah (sekufu) dalam membuat pilihan pasangan adalah suatu perkara yang penting bagi kelangsungan hidup di dalam rumah tangga. Seorang suami yang fasiq tidak sama taraf dengan isteri yang solehah. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)”.- Surah al-Sajadah (18)
Imam Zakaria al-Ansori menyatakan di dalam kitabnya bahawa kesolehan dan iffah iaitu penjagaan maruah diri sebagai salah satu daripada aspek sekufu bagi setiap pasangan. Beliau menyebut:
Maksudnya: “Seorang yang fasik itu tidaklah sekufu dengan seorang yang menjaga maruah diri. Orang yang menjaga maruah diri itu adalah sekufu dengan seorang yang menjaga maruah diri juga”.
(Rujuk: Fath al-Wahhab, 2/47)
Dalam hal ini, isteri wajib memberi nasihat kepada suami agar kembali bertaubat dan berazam tidak akan melakukan perbuatan songsang tersebut.
Namun sekiranya perbuatan itu masih dilakukan oleh suami, isteri diberi hak menuntut fasakh melalui peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam di dalam seksyen 52 (h) (ii) iaitu menyebut:
“Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh. (h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, iaitu, antara lain—(ii) berkawan dengan perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak.”
Berdasarkan perbahasan di atas, keadaan suami seperti melakukan perbuatan yang tidak bermoral, berkelakuan songsang, dan seumpamanya merupakan dosa-dosa besar yang dilarang keras oleh hukum syarak.
Suami hendaklah segera bertaubat daripada dosa yang dilakukannya itu dan kembali beramal soleh, nescaya Allah SWT akan menggantikan dosanya dengan amal kebaikan, sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Furqan (70)
Jika perbuatan tersebut masih berlarutan, status perkahwinan itu adalah tidak sekufu dari sudut kesolehan dan ketakwaan pasangan. Seorang yang fasiq dan suka melakukan perbuatan maksiat tidak sekufu dengan seorang yang mengikut syariat yang benar dan sentiasa melakukan amal-amal soleh.
Tindakan undang-undang hendaklah diambil seperti membuat tuntutan fasakh mengikut peruntukan perundangan yang telah termaktub dengan merujuk kepada pengamal undang-undang syariah.
Kashoorga : Isteri juga berhak merasa bahagia dan disayangi, jangan sia-siakan masa depan dek kerana seorang lelaki. Nak sayang suami pun berpada-padalah.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...