Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menyumbangkan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka. Hal ini dikongsikan oleh seorang doktor pakar perubatan, Abu Hudzaifah dari bahagian kecemasan hospital berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya malam tadi. Dari perkongsiannya, doktor ini menulis, “Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.
Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.
Ads
15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19.
Ads
Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat. Barang siapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Ads
Jazakallahu khairan katsira.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
“Allah uji saya, tak boleh tidur sampai kurus’. Lima bulan tak boleh lena, titik tolak faizal ismail pilih berhijrah ke jalan Allah.
Tak dapat bayangkan tak dapat tidur lima bulan, sehari pun tak tentu arah hidup. Benarlah setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya.
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkongsi titik tolak hijrah Faizal Ismail.
Kisah itu dikongsikan beliau ketika mengikuti program Jom Cuci Masjid (JCM) siri ke 39 di Kampung Tok Muda, Kapar Klang. Apa yang menarik, program tersebut turut disertai oleh seorang personaliti radio dan pengacara TV iaitu Faizal Ismail (FBI).
Menerusi sesi perkongsian, Faizal telah mengambil peluang bercerita tentang pengalaman hijrah yang beliau lalui. Moga kisah yang dikongsikan oleh Faizal ini menjadi panduan dan teladan bersama.
“Ceritanya bermula semasa Covid-19 melanda negara, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Waktu itu allah tarik satu nikmat dari hidup saya, nikmat tidak boleh tidur.
‘Kalau difikirkan, tidak ada masalah apa sangat pun cuma tidak boleh tidur sahaja. Orang lain diuji dengan macam-macam penyakit kanser dan sebagainya. Saya cuma tidak boleh tidur,” kata Faizal.
Menurut Faizal, masalah sukar tidur yang dialaminya bukan hanya sehari dua tetapi sehingga lima bulan. Beliau juga sudah berjumpa ramai doktor dan buat pemeriksaan namun kata doktor tiada apa-apa masalah kesihatan. Mungkin terlalu runsing memikirkan PKP dan Covid-19.
“Cuba bayangkan. Saya sudah cuba tidur pagi, petang, siang dan malam tapi tetap terjaga. Saya jadi pening, serabut, lemah, hidup tidak tentu arah sampai kurus. Macam-macam orang bagi pendapat. Ada yang cakap kena sihir, gangguan jin dan sebagainya,” kata Faizal.
Selepas itu Faizal berjumpa pula dengan ustaz-ustaz. Mereka menasihatkan Faizal jangan terlalu memikirkan ada gangguan syaitan, sihir atau seangkatan dengannya. Fikir apa yang Allah hendak bagi pada beliau.
Menurut Ustaz Hanafi pula, beliau rasa tersentuh dengan perkongsian Faizal. Di sebalik setiap ujian, ada rahmat yang ALLAH hendak bagi. Itu kata-kata yang diucapkan oleh ustaz-ustaz yang ditemui oleh Faizal.
‘LUAHAN FAIZAL. BETUL. ALLAH UJI MANUSIA DENGAN BERMACAM-MACAM CARA. SAYA SENDIRI DIUJI DENGAN KANSER. ADA ORANG DIUJI DENGAN HARTA, KONFLIK SAUDARA DAN SEBAGAINYA,” JELAS USTAZ HANAFI
Berbalik semula pada perkongsian Faizal, semasa mendengar ustaz-ustaz berbicara tentang ujian dan rahmat Allah, Faizal mengakui dia tidak ada rasa apa-apa. Mungkin sebab beliau tidak memahami maksud yang ustaz-ustaz ini cuba sampaikan.
“Saya berfikir, macam mana ALLAH sayang saya. ALLAH hendak bagi rahmat macam mana. Sedangkan saya pening. Saya lemah. Tidak terurus. Saya tidak faham macam mana ALLAH sayang saya dalam keadaan saya menderita dengan keadaan itu.
“Lima bulan dalam keadaan tidak tentu arah, saya hanya duduk di atas katil. Waktu itu saya hanya tahu mengadu pada ALLAH. Akhirnya saya sedar bahawa yang memiliki segala-galanya adalah ALLAH.
‘Hatta tidur saya sekali pun milik ALLAH. Kalau ALLAH tidak izinkan kita tidur, jangan harap kita dapat tidur walau sekejap sekalipun,” ujar Faizal.
Faizal mengakui betapa besarnya kuasa dan nikmat ALLAH. Selepas mula mendapat kesedaran terhadap apa yang dilaluinya, Faizal mula bermuhasabah tentang kehidupannya sebelum itu. Sibuk dengan bermacam-macam urusan. Tidak sempat hendak solat berjemaah dan membaca al-Quran.
“Saya langsung tidak berkesempatan hendak menyertai program-program mencuci masjid seperti yang saya sertai ini. Jadual sangat padat, tidak sempat hendak fikir soal akhirat,” jelas Faizal.
Selepas pengalaman yang dilaluinya, Faizal mula mencari orang-orang alim serta mengikut mereka, dapatkan nasihat dan ilmu agama dan memilih jalan hidup yang lebih sempurna. Begitulah cerita tentang penghijrahan Faizal seperti yang diulas oleh Ustaz Hanafi.
Jelas Ustaz Hanafi, kita perlu bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang ALLAH bagi pada kita. Tidak kira rezeki itu besar atau kecil, kita suka atau tidak suka. Mesti bersyukur. Syukur ini bukan setakat ucap terima kasih di mulut.
Bukan setakat lafaz Alhamdulillah sahaja tetapi menggunakan segala nikmat yang ALLAH bagi mengikut apa yang ALLAH perintah dan tinggalkan apa yang ALLAH larang.
“ALLAH SURUH KITA SOLAT, MASUK WAKTU, MESTI SOLAT. ALLAH SURUH BUKAN PAKSA. BULAN RAMADAN ALLAH SURUH PUASA KITA PUASA. ALLAH BAGI MATA SURUH KITA TENGOK BENDA BAIK-BAIK. JAGA MATA KITA HANYA UNTUK PANDANG YANG BAIK-BAIK.
“ALLAH bagi kita mulut supaya kita makan makanan yang halal. Jaga percakapan kita dari menyakiti hati orang. ALLAH bagi rezeki wang ringgit yang banyak maka keluarkan zakat, banyakkan infaq dan sedekah,” kata Ustaz Hanafi.
Ternyata, bermacam nikmat yang ALLAH beri, banyaknya tidak terkira. Dalam al-Quran ada menyebut, kalau kita hendak tulis nikmat yang ALLAH bagi pada kita dengan seluruh lautan yang ada di muka bumi ini pun, tidak mampu kita hendak tuliskannya.
Kashoorga: Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, cuma kadang-kadang kita terleka.
Masjid adalah tempat suci untuk kita beribadah menyembah diri padaNya d dengan menunaikan urusan solat lima waktu. Lagi cantik masjid yang dikunjungi semakin berkobar-kobar semangat untuk kita mengunjungi dan beribadat di rumah Allah ini.
Jika sebelum ini kita sudah ada beberapa seni bina masjid yang cantik dan menarik, seperti, Masjid Besi Putrajaya, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Shah Alam atau Masjid Negara. Seni bina yang cukup unik dengan hiasan kaligrafi ayat Al-Quran menambah kecantikan masjid berkenaan.
Dan terbaru Masjid Sri Sendayan pula mula mencuri tumpuan. Bukan sahaja kerana seni binanya dikatakan menerapkan konsep Masjid Nabawi, Madinah tetapi insan yang begitu bermurah hati memberi wakaf kepada masjid yang terletak di Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan.
Masjid yang mula dibina pada tahun 2015 dengan kos RM100 juta ini telah diwakafkan oleh Pengasas Syarikat Perbankan Kumpulan RHB. RHB ini adalah bermaksud Rashid Hussain Berhad, singkatan kepada nama Pengasas Syarikat Perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain, 73 tahun.
Jika anda berkesempatan ke sana nanti, cuba lihat pada ukiran kayu dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar yang merupakan hasil seni arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Untuk pengetahuan, idea rekaan dalaman masjid ini diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan yang merupakan kontraktor interior.
Malah, cat siling dalaman dilakukan secara manual hasil kerja tangan orang Morocco, kubah dalaman menggunakan ‘gold paper’ 24K, serta pintu dan kayu kubah diambil dari India.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook Farhan Che Hassan, memberitahu info menarik yang ramai tidak tahu di sebalik pembinaan masjid ini yang boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam satu masa.
Masjid Ini dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar yang dibeli dan diwakafkan oleh Abd. Rashid sendiri. Allahuakbar, betapa mulianya insan ini.
Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat
Korang tau RHB Group? maksud dia RASHID HUSSAIN BERHAD. Rashid bin Hussain, nak cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.
Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara. Haa masjid ni beliau yang sumbangkan.
Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan beliau yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang memakan belanja RM 100 juta lebih kurang.
Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”.
Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.
Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba2 nya
Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang dtg beribadat pada beliau dan ramai org dapat manfaat dari Rumah rumah Allah di dunia ini.
Kita yang tak kaya dunia ni tak nk usaha kaya akhirat ?
Sembahyang pun malas malas …. Saya lah ni. (Amar Sufi Ali)
P/S : Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.
Keperibadian dan ketegasan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mempertahankan negara Islam sesuatu yang amat dibanggakan. Terkenal dengan sikap warak, kisahnya sering tular di media sosial termasuk tidak kisah solat di tempat letak kasut walau dirinya seorang Presiden, tidak meminta layanan berlebihan ketika majlis di luar malah sikapnya yang amat merendah diri menjadikan dirinya antara pemimpin dunia cukup disegani. Itu belum lagi kelantangannya membidas negara-negara yang menyokong Zionis selain cepat menghulurkan bantuan saat negara Islam ditindas.
Baru ini tular di media sosial akan kisahnya semasa kecil yang mana ia berkongsi kisah mengenai ego yang banyak memusnahkan kehidupan manusia selain kesilapan membuat keputusan dalam hidup.
Baca kisahnya untuk dijadikan pedoman:-
Presiden Turki Erdogan berkata:
Ketika saya masih kecil, saya sangat ego, selalu mengambil yang terbaik untuk diri saya sendiri. Perlahan-lahan, semua orang meninggalkan saya dan saya tidak punya teman. Saya tidak berpikir itu salah saya tetapi saya mengkritik dan menyalahkan orang lain.
Ayah saya memberi saya tiga kalimat dan beberapa pilihan untuk membantu saya dalam hidup.
Suatu hari, ayah saya memasak dua mangkuk mi dan meletakkan dua mangkuk di atas meja. Satu mangkuk disajikan dengan satu telur di bagian atas mi dan mangkuk lainnya tidak memiliki telur di atasnya.
Ayah berkata: Anakku, silakan kamu pilih. Mangkuk mana yang kamu inginkan. (Telur sulit di dapati saat itu). Hanya boleh makan telur selama Festival Tahun Baru Islam. Tentu saja saya memilih mangkuk dengan telur.
Saat kami mulai makan. Saya mengucapkan selamat kepada diri saya sendiri atas pilihan & keputusan cerdas yang saya lakukan dan mendapatkan telur itu.
Lalu saya terkejut ketika ayahku makan mi bersamaku, ternyata ada dua telur di bawah mangkuknya, tersembunyi di bahagian bawah mi. Saya sangat menyesal, memarahi diriku sendiri kerana terlalu terburu-buru dalam keputusanku. Ayah saya tersenyum dan berkata kepada saya.
ANAKKU KAMU HARUS INGAT APA YANG DILIHAT MATAMU MUNGKIN TIDAK BENAR.
JIKA KAMU BERNIAT MENGAMBIL KEUNTUNGAN DARI ORANG LAIN, KAMU AKAN BERAKHIR DENGAN KEKALAHAN.
Keesokan harinya, ayah saya kembali memasak dua mangkuk mi. Satu mangkuk dengan telur di atasnya dan mangkuk lainnya tanpa telur di atasnya. Sekali lagi, dia meletakkan dua mangkuk di atas meja dan berkata kepadaku: Anakku, silakan kamu pilih. Mangkuk mana yang kamu inginkan.
Kali ini saya lebih pintar. Saya memilih mangkuk tanpa telur di atasnya. Yang mengejutkan saya, saat saya memisahkan mi di atas, tidak ada satu pun telur di dasar mangkuk. Sekali lagi ayah saya tersenyum dan berkata kepada saya.
ANAKKU, KAMU TIDAK HARUS SELALU BERGANTUNG PADA PENGALAMAN KERANA TERKADANG HIDUP DAPAT MENGECOHMU ATAU MENIPUMU!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?