Niat Ibadah Perlukah Dilafaz Secara Lisan Atau Cukup Dalam Hati Saja

Niat ibadah perlukah dilafaz secara lisan atau cukup sekadar di dalam hati? Persoalan yang ditanya oleh seorang netizen ini mungkin juga bermain di fikiran kita.

Agar jelas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merungkikan hukum tentang perkara ini.

Terdapat banyak perbincangan dari sudut hukum syarak mengenai amalan lafaz niat atau menyebut lafaz niat secara lisan.

Menurut Irshad Hukum Pejabat Mufti WP meskipun tidak terdapat riwayat suruhan secara langsung daripada Rasulullah SAW berkenaan amalan melafazkan niat secara lisan namun keharusan amalan ini mempunyai asas dan sandarannya.

Keharusan melafazkan niat ini dikiyaskan oleh ulama melalui riwayat kisah Rasulullah SAW.

Antaranya ialah melalui kisah Rasulullah SAW menyebut lafaz niat puasa sunat sebelum matahari tergelincir. Kisah ini diriwayatkan oleh Aisyah RA yang berbunyi:

Ads

دَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ: «هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ؟» فَقُلْنَا: لَا، قَالَ: «فَإِنِّي إِذَنْ صَائِمٌ»

Maksudnya: “Suatu hari Rasulullah SAW telah masuk ke dalam rumahku. Lalu Baginda bertanya: adakah terdapat sesuatu (makanan) padamu? Maka aku menjawab: tiada. Lalu Baginda berkata: Kalau begitu aku berpuasa hari ini.” (Riwayat Muslim: 1154)

Begitu juga dalam riwayat saidina Umar RA, bahawa sabda Rasulullah SAW:

اللَّيْلَةَ أَتَانِي آتٍ مِنْ رَبِّي، وَهُوَ بِالعَقِيقِ، أَنْ صَلِّ فِي هَذَا الوَادِي المُبَارَكِ، وَقُلْ: عُمْرَةٌ فِي حَجَّةٍ

Ads

Maksudnya: “Malam tadi aku didatangi (malaikat) yang datang membawa perintah tuhanku (ketika itu baginda berada di al-‘Aqiq) bahawa hendaklah engkau solat di lembah yang diberkati ini dan katakanlah: Aku berniat mengerjakan umrah dalam ibadat haji.”  (Riwayat Bukhari: 2337)

Riwayat di atas menjelaskan tentang keharusan menggabungkan niat haji dan umrah apabila berada satu masa yang sama ketika berihram. Melalui ungkapan ‘Aku berniat mengerjakan umrah dalam ibadat haji’ yang disampaikan oleh Jibril AS kepada Rasulullah SAW, para ulama mengkiyaskan bahawa amalan melafazkan niat dalam ibadat termasuk dalam perkara sunat.

Hukum lafaz niat dalam Mazhab Syafi‘i

Dalam mazhab Syafi‘i, lafaz niat bukan syarat sah ibadat, iaitu amalan ini bukan suatu yang diwajibkan. Namun begitu, ia termasuk dalam perbuatan yang dianjurkan oleh syarak(mustahab).

Tambahan lagi, Imam al-Khatib Syirbini menjelaskan galakan(istihbab) melafazkan niat sebelum mengangkat takbir dapat membantu hati kerana ia dapat mengelakkan dari perkara yang boleh mendatangkan was-was.

Ads

Kesimpulan

Terdapat banyak perbincangan dari sudut hukum syarak mengenai amalan lafaz niat atau menyebut lafaz niat secara lisan.

Meskipun tidak terdapat riwayat suruhan secara langsung daripada Rasulullah SAW berkenaan amalan ini namun keharusan amalan ini mempunyai asas dan sandarannya.

Keharusan melafazkan niat ini dikiyaskan oleh ulama melalui riwayat kisah Rasulullah SAW menzahirkan lafaz niat haji dan umrah. Tambahan lagi, amalan ini termasuk dalam perkara yang dianjurkan oleh ulama mazhab yang muktabar serta menjadi amalan dalam kalangan sebahagian ulama salaf.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads