OKU Minta Edit Gambar Bagi Nampak Normal, UAI Tampil Bagi Sokongan. ‘Awak Dah Sempurna, Tak Perlu Edit Lagi.’

Share

OKU minta edit gambar bagi nampak normal, UAI tampil bagi sokongan. ‘Awak dah sempurna, tak perlu edit lagi.’

OKU Minta Edit Gambar

Ungkap lelaki tersebut.
‘Teringin sangat nak tengok badan sempurna macam orang normal.”

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Sangka Akan Berkahwin, Inilah Takdir Allah.’ Terharu Isteri Terima Seadanya, Lelaki OKU Ini Janji Jadi Suami Terbaik

Bagi Nampak Normal

Demikian ungkapan dikongsi pengguna Facebook, Faiz Noor menerusi grup Facebook Grup Edit Apa Hari Ini yang meminta akan grup yang lain menyunting gambar asal agar beliau tampil seperti individu normal.

Faiz yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berkongsi foto beliau bersama isteri dan dua orang anak memakai sepersalinan busana kuning.


UAI Tampil Bagi Sokongan

Bagaimanapun komen daripada warganet menyentuh hati. Paling menarik perhatian ialah komen daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.

Alhamdulillah saya lihat awak sudah sempurna..tidak perlu edit lagi.”- USTAZ AZHAR IDRUS

Awak Dah Sempurna

Grup Edit Apa Hari Ini yang mempunyai hampir 200,000 ahli yang saling menghormati, ‘sporting’ membantu menyunting foto rakan-rakan dan dalam masa sama menyerlahkan kreativiti masing-masing.

Menerusi tinjauan, ada dalam kalangan ahli grup berkenaan meminta bantuan rakan-rakan lain menyunting latar belakang, menaikkan seri gambar yang gelap dan membaik pulih foto rosak atau kabur.

Tak Perlu Edit Lagi

Susulan perkongsian Faiz, terdapat beberapa ahli yang tampil menunaikan permintaan Faiz Noor dengan berkongsi foto-foto yang telah disunting.


Warga maya meluahkan sebak dan tersentuh serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan lelaki itu.

Tidak ada istilah cacat. Semua ciptaan ALLAH menakjubkan dan manusia adalah makhluk ciptaan-NYA yang paling sempurna. Semoga lelaki ini dikurniakan kesihatan baik yang berterusan.

Baca Di Sini:

Impian Wanita Ini Buat Umrah Akhirnya Tercapai, Sedekah RM14 Tapi ‘Dibalas Tunai RM14,290

Isu Emas Paralimpik, Siapa Yang OKU Sebenarnya? Pejabat Mufti WP Tegur Netizen Agar Jaga Akhlak

Kashoorga : Setiap manusia adalah sempurna di mata Pencipta.

Sumber: Facebook Grup Edit Apa Hari Ini, Sinar Plus

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

IKLAN