Pakai Tangkal Tapi Hanya Ayat Quran Untuk Tujuan Pendinding, Boleh Ke?

Pakai tangkal yang mengandungi ayat al-Quran kononnya untuk tujuan pendinding, adakah dibolehkan? Persoalan ini diajukan kepada Mufti Selangor seorang netizen yang musykil tentang tindakan rakan yang mengenakan tangkal berkenaan.
Menjawab persoalan tersebut menurut Mufti, sebaik-baik perlindungan dan pendinding hendaklah berdoa dan memohon terus kepada Allah SWT. Di samping itu seseorang itu hendaklah sentiasa beramal soleh, melakukan apa yang Allah SWT perintahkan dan meninggalkan larangannya.
Sesungguhnya apa jenis makhluk sama ada golongan jin, syaitan, manusia serta alam, tidak boleh memberi kemudharatan kepada diri manusia tanpa izin daripada Allah SWT.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu al-‘Abbas Abdullah bin Abbad r.a., beliau berkata yang bermaksud:

“Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW, lalu baginda bersabda: “Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu.

Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat meberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu.

Ads

Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat qalam dan telah keringlah lembaran.” (Riwayat al-Tirmizi)

Berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Ogos 1996 telah membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam, dan muzakarah bersetuju memutuskan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai antaranya:

Ads

i. Islam sangat menitik beratkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.

ii. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung (pendinding) diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu panjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Ads

Sumber: Mufti Selangor

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads