“Panas Atau Hujan, Dengan Atau Tanpa Awak, Saya Akan Sentiasa Datang Ke Sini”

Share

Kisah cinta seorang lelaki bergelar suami, kasihnya hingga ke syurga. Kesetiaan Kamal Effendi seorang guru bahasa Inggeris ini membuktikan bahawa masih ada seorang lelaki yang bergelar suami yang cintanya begitu agung kepada isterinya.

Meksipun arwah isterinya telah pergi menemui penciptanya lebih dua tahun yang lalu namun cintanya, rinduya masih tetap subur. Melalui perkongsiannya di Instagram miliknya, lelaki ini berkongsi rasa.

Percutiannya ke  St. Katharine Pier seakan menjelaskan kerinduan seorang suami terhadap isterinya.

Dengan caption:

Sudah semestinya saya ada pergi ke setiap tempat yang kita pernah pergi bersama dulu, cumanya kali ini saya datang tanpa awak. St. Katherine Pier adalah salah satu daripada tempat-tempat itu. Keadaan dah berubah. Masa saya datang dengan awak dulu, sini hujan. Mungkin matahari dengan langit berkabung lebih awal dari pemergiaan awak. Bila saya datang sendiri, matahari dan langit menyambut saya dengan indahnya, seolah-olah bangga yang saya kembali ke sana. Ternyata pencapaian terhebat saya adalah kamu. Panas atau hujan, dengan atau tanpa awak, saya akan sentiasa datang. Saya simpan janji untuk terus kuat dan takkan menyerah kalah. Salam sayang dari jauh.

Nota: Arwah isteri Kamal Effendi, Dr Nik Idzni Dalila telah dijemput penciptanya pada tanggal 27 Disember 2016. Arwah menghidap kanser karsinoma sel renal iaitu kanser buah pinggang sejak 2012.

Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Sumber kredit: Kamal Effendi

IKLAN