Ads

Pemain Bola Sepak Wanita Brazil, Kathleen Souza Peluk Islam Menjelang Ramadan

Menjelang ketibaan Ramadan yang penuh keberkatan, dunia sukan antarabangsa dikejutkan dengan perkhabaran menyentuh hati apabila pemain bola sepak wanita Brazil, Kathleen Souza dilaporkan telah memeluk Islam.

Kisah penghijrahan atlet yang kini beraksi bersama kelab Al Nassr Women itu pantas menjadi perhatian ramai, khususnya dalam kalangan umat Islam yang menyambut berita tersebut dengan rasa syukur dan ucapan yang sangat positif.

Momen istimewa itu dikongsikan oleh kelabnya sendiri menerusi media sosial, memperlihatkan Kathleen mengucapkan syahadah dalam suasana sederhana namun penuh emosi.

Wajahnya jelas menampakkan ketenangan seolah-olah menemukan sesuatu yang telah lama dicari. Dalam perkongsian tersebut, beliau menyatakan keputusannya lahir daripada pencarian spiritual dan keinginan untuk menjadi insan yang lebih baik.

Pemain tengah Brazil itu turut memuat naik foto perjalanan ke Mekah serta momen menunaikan ibadah umrah di akaun Instagram peribadinya dengan menulis, “Langkah kecil, mencari jalan yang benar, mengharapkan perubahan, bersyukur atas anugerah kehidupan.”

Ads

Pemain Bola Sepak Wanita Brazil, Kathleen Souza Peluk Islam Menjelang Ramadan

Tunai Umrah

Perjalanan penghijrahan Kathleen tidak terhenti setakat pengislamannya sahaja. Tidak lama selepas itu, beliau dilaporkan berpeluang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Ads

Pengalaman pertama sebagai Muslimah di hadapan Kaabah menjadi detik yang cukup bermakna buat dirinya, apatah lagi ia berlaku hanya beberapa hari sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan.

Kisah ini turut mengundang pelbagai reaksi positif dalam kalangan peminat serta rakan sepasukan yang memberikan sokongan moral kepadanya. Ramai melihat penghijrahan Kathleen sebagai bukti bahawa hidayah Allah SWT hadir kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun profesion.

Ads

Hidayah Allah SWT

Hakikatnya, hidayah merupakan kurniaan terbesar daripada Allah SWT yang tidak mampu dinilai dengan apa jua ukuran dunia.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Qasas ayat 56 bermaksud, “Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” Ayat ini mengingatkan bahawa perjalanan iman setiap manusia adalah rahsia dan aturan Allah yang penuh hikmah.

Semoga penghijrahan Kathleen Souza menjadi inspirasi kepada umat Islam untuk terus mensyukuri nikmat iman yang dimiliki serta memperbaharui hubungan dengan Allah SWT, khususnya dalam bulan Ramadan kini.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Lima Waktu Afdhal Berdoa Sepanjang Ramadan

Bulan Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, bahkan bulan ini merupakan waktu  terbaik untuk memperbanyakkan doa serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.Dalam...