Mempunyai anak istimewa bukanlah semudah yang disangka. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui. Begitulah realiti yang terpaksa dilalui oleh pelakon Zarina Zainuddin. Dengan dua orang anak austisme, ibu cekal ini tabah meneruskan kehidupan demi masa depan dua anak lelakinya iaitu Azal dan Azil.
Sebaknya ya Allah..dengarlah beginilah hati seorang ibu walau diberi lagi 100 tahun..sejuta tahun..mereka ingin bersama anak mereka..mereka fikir tentang anak mereka..inilah sifat Ar Rahman Ar Rahim Allah beri rasa cinta seorang ibu buat anaknya..ingat masa tu semua menangis dalam dewan tak tahan rasa sedih..semoga Allah panjangkan umur dan berkati rezeki @zarinazainuddin_ sekeluarga dan semua ibu di luar sana yang sangat kuat dan tabah yang diuji Allah.
Dalam sedutan temubual oleh Ustaz Ebit Lew dalam rancangan EbitWithEbit, Ustaz Ebit Lew ada bertanyakan apakah amanat terakhir yang ingin diucapkan oleh Zarina kepada anak-anaknya.
Ads
“Saya mahu pergi bersama-sama dengan mereka (anak-anak). Biarlah kita pergi bersama-sama. Saya tak sanggup nak tinggalkan mereka di dunia ini. Kalau boleh, Allah cabutlah nyawa saya dengan anak-anak saya sekali.” Luahan yang terpacul dari mulut Zarina benar-benar menjentik jiwa. Begitu tulus dan kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya.
Moga Zarina terus tabah menjaga kedua-dua anak-anak syurganya.
Melalui memuat naik satu status, Nasrul Mohamed berkongsi kisah mengenai anak saudaranya yang meninggal dunia disebabkan kemalangan. Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Razin Sapri telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Namun apa yang cuba disampaikan oleh Nasrul Mohamed ialah tentang sikap arwah anak saudaranya yang begitu menyayangi kucing terbiar. Malah sehingga ke hujung nafasnya pemuda itu sangat ‘memuliakan’ haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini.
Saya ada seorang anak sepupu, beliau amat menyayangi kucing terbiar. Hampir setiap hari pagi atau petang beliau akan bersama-sama ayahnya yang baik hati memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar di sekitar Bachok.
Makanan kucing tersebut dibeli oleh beliau setiap hari, dan jika beliau tiba kucing-kucing terbiar akan terus mengelilingi beliau sebab sudah kenal.
Beliau bercita-cita menyambung pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir dan sekarang belajar di Maahad Yaakubiah, Nipah.
KHIDMAT TERAKHIR
Pagi tadi beliau meminta kebenaran ayah beliau untuk berseorangan pergi memberi makan kucing-kucing terbiar yang amat beliau kasihi.
Itulah khidmat dan bakti terakhir beliau.
Beliau terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kucing-kucing tersebut dan mengalami kecederaan parah.
Saya sempat melawat beliau di HUSM semalam selepas tiba dari KL.
CEDERA PARAH
Beliau koma, mengalami pendarahan dalam otak, patah tangan dan juga kaki, keadaan beliau tidak stabil dan ayah beliau mengharapkan keajaiban daripada Allah Taala.
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Pada pukul 3.00 pagi tadi beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Sesungguhnya Allah Taala amat menyayangi hambaNya yang berbuat baik kepada makhluk kesayangan Nabi Muhammad SAW.
KASHOORGA: Takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Razin Sapri. Moga rohnya dicucuri rahmat. Pastinya ‘kehadiran’ arwah amat dirindui oleh kucing-kucing jalanan yang sering diberikan makanan oleh arwah.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebagaimana lelaki tertarik kepada seorang wanita, demikian juga wanita tertarik dengan seorang lelaki. Bagi memastikan rumah tangga yang bakal dibina bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga, wanita berhak untuk mencari dan memilih lelaki manakah yang bakal menjadi imam di hatinya.
Pernikahan bererti mengikat seseorang itu menjadi teman hidup. Bukan untuk sehari dua tetapi seumur hidup. Oleh yang demikian adalah wajar bagi setiap pasangan khususnya wanita supaya lebih berhati-hati dan selektif dalam memilih pasangan hidup. Keserasian dan kebahagiaan itu bukan hanya terletak pada sifat luaran semata-mata tetapi juga personaliti yang memenuhi syarat sebagai seorang suami yang soleh.
Walau bagaimanapun tidak ramai wanita memandang berat akan hal ini. Sebahagian mereka lebih tertarik kepada fizikal luaran tanpa memerhatikan akhlak dan agama pasangan. Akhirnya rumah tangga yang dibina mula retak di pertengahan jalan kerana naluri dan hati yang tidak serasi.
Justeru hargailah ikatan perkahwinan yang akan dibina. Pilihlah bakal suami yang mempunyai ciri-ciri seorang ‘suami yang bertakwa’.
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Ini adalah kriteria yang paling utama berbanding kriteria yang lainnya. Seperti mana firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertakwa.”( Al Hujurat: 13)
Takwa adalah menjaga diri daripada azab Allah SWT dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Maka seorang wanita itu perlulah berjuang untuk mendapatkan calon pasangan yang paling mulia di sisi Allah, iaitu seseorang yang taat kepada perintah agama.
2. Bersopan dan berakhlak
Al Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan sabda Nabi s.a.w: “Mukmin yang sempurna imannya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya dan yang berbudi bahasa terhadap isterinya.”
Selidiki budi bahasa dan sikapnya terlebih dahulu sebelum anda menyesal di kemudian hari. Penyesalan yang disebabkan oleh rasa tertipu dan terpedaya dengan sikap pasangan sebelum kahwin dan selepas kahwin tidak boleh mengubah apa-apa selain redha dan berdoa agar dia diberikan hidayah untuk berubah.
3. Al Kafa’ah (Sekufu)
Yang dimaksudkan dengan sekufu atau al kafa’ahadalah setaraf dalam hal kedudukan, agama, nasab, rumah dan selainnya (Lisaanul Arab, Ibnu Manzhur). Al Kafa’ah secara syariat menurut majoriti ulama adalah setaraf dalam agama, nasab (keturunan), kemerdekaan dan pekerjaan. Atau dengan kata lain kesetaraan dalam agama dan status sosial. Banyak dalil yang menunjukkan anjuran ini. Di antaranya firman Allah SWT,
“Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji. Dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji pula. Wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik. Dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik pula.”(Surah An Nur: 26)
3. Menyenangkan jika dipandang
Tidak dinafikan, faktor fizikal juga merupakan salah satu kriteria dalam memilih calon pasangan. Wajah dan penampilan yang menarik juga adalah tunjang keharmonian dalam rumah tangga. Maka pertimbangkanlah hal ini untuk mewujudkan ketenteraman di dalam hati.
4. Kemampuan memberikan nafkah
Carilah seorang suami yang mampu memberi nafkah. Ini kerana memberi nafkah itu merupakan satu kewajipan bagi seorang suami. Usah jadikan masalah kewangan sebagai punca perpecahan dalam rumah tangga. Kelemahan suami mentadbir dan menyara keluarga hanya akan mengganggu perjalanan kehidupan dan kebahagiaan suami dan isteri.
Terimalah hakikat ini, alam perkahwinan amatlah berbeza daripada alam bercinta. Apabila sudah berkahwin semua aspek perlu difikirkan bersama. Soal tempat tinggal, kenderaan, makan pakai, anak-anak dan juga keperluan bagi seorang isteri. Bukanlah bertujuan untuk mengajar dan menambat isteri dengan wang ringgit dan harta benda tetapi cukuplah sekadar dapat menampung seisi keluarga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kehilangan seseorang yang kita kasihi memang boleh buat hati ini cukup tersiksa. Terkenang segala kenangan manis bersamanya yang sukar dipadam dalam kotak ingatan.
Siapa sangka baru dua bulan mengecap kemanisan hidup berumah tangga, Imamnya telah dijemput Illahi.
Biarpun masih dalam kesedihan, namun wanita ini Airina Roslan tetap meyampaikan kata-kata cinta buat arwah suaminya Muhammad Amirul Ashraf Salki yang meninggal dunia selepas rebah dan pengsan ketika bermain futsal.
Airina Roslan, dalam postingnya di laman Instagram sambil memuatkan gambar mereka berdua ketika majlis akad nikah dan bersanding menggambarkan apa peraşadan dialami sekarang..
Coretan yang sangat sweet tetapi ada kesedihan yang sukar untuk ditanggung bagi wanita ini yang dilihat cukup tabah menghadapi dugaan ini walaupun baru beberapa hari menerima berita kehilangan suami tersayang.
Assalamualaikum you.. you ingat tak time semua org nk ambik gmbr kita time nikah & sanding.. i selalu nk posing peluk u, cium u.. haha yela dah halal kan! Youuuu tolong lah i mohon, i merayu sangat2 youuuuu.. tolong lah.. tunggu lah i kat sana. Mak cakap kalau kt syurga kita akan jumpa soulmate kita.
I harap sangat i lah soulmate you tu.. U tau tk, ramai org suruh i kuat and jgn sedih sbb u pergi dlm keadaan yg dicemburui. Ramai org yg nak pergi mcm u.. senang je.. tanda2 org baik, ahli syurga. Amin. jd i tak boleh sedih dah.. i kena kuat. Kepada yg baca ni..
airin mohon kalau bercakap tentang Mirul.. kalau boleh gunakan “Pergi berehat” utk gantikan “meninggal” dan “rumah baru” utk gantikan “kubur”.. bnda ni sedikit sebanyak dpt kurangkan rasa sedih yg ada.. terima kasih banyak… Mirul & Airin sayang semua. Alfatihah.
Malah lebih menyedihkan sebelum itu Airina juga sempat tumpang tidur di atas tilam tempat jenazah suaminya itu diletakkan dan menurutnya tercium bau yang sangat wangi dari tilam berkenaan.
Arwah Amirul juga rupanya adalah anak kepada personalii media sosial yang cukup popular dengan video masakan, Puan Azlita Aziz atau dikenali dengan nama Azlita Masam Manis.
Setelah dua hari kehilangannya, ibu ini menyuarakan kerinduannya pada anak tersayang. Biarpun anaknya sudah berumah tangga, namun kasih ibu itu tetap di bawa hingga ke syurga.
Dalam postingnya di laman Instagram, Azlita memberitahu bahawa dia terlalu rindu pada anaknya yang sempat dipinjamkan selama 25 tahun sahaja.
Menurutnya lagi, anaknya itu ciptaan Allah cukup sempurna dan tempatnya berehat sepuasnya di syurga.
Rindunya mak pada mirul…
Ya Allah terima kasih pinjamkan anakku ini walaupun hanya utk 25 tahun aje..
Ciptaan mu yg cukup sempurna … Tempatlah dia surga mu ya Allah bersama orang yg beriman.. mak sayang sangat kat abang.. rehatlah bang.. rehatlah sepuas-puasnya.. Al fatihah
Muhammad Amirul Ashraf bin Salki
31.3.1994 – 7. 11. 2019
Postingnya ini juga turut mendapat respon dari followernya yang masing-masing mengucapkan takziah pada Azlita dan mendoakan agar mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan dari Allah.
miaiyzarasofia Salam takziah kak ita.smg akk sekeluarga kuat dan tabah di atas kehilangan anknda tercinta.Al- fatihah…smg arwah di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman…
haz_abd Takziah..innalillah buat akak sekeluarga..
a_for_aimi Inalillahiwainailahirojiun..Salam takziah buat kak ita sekeluarga
ndrsl Salam takziah buat kak Ita & keluarga.. Semoga Muhammad Amirul Ashraf ditempatkan dalam golongan yg beriman & beramal soleh. Aamiin Ya Muji
tzaraskitchen Innalillahi wainnailaihi rajiun. Salam takziah dan al-fatihah. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat salah waktu ketika travel kerana aplikasi masih guna lokasi lama? Ketahui hukum solat sebelum masuk waktu, keperluan qada dan langkah yang perlu dibuat.