“Perginya Sebutir Bintang Dalam Dunia Dakwah. Ustazah Shadiya Abbas Telah Kembali Ke Rahmatullah” – Fedtri Yahya

Share

Rasanya baru sahaja bersua muka dengan Penceramah Bebas ini untuk bertanya mengenai hukum Fiqah.

Malah selepas itu ada juga berhubungan melalui WhatsApp juga untuk tujuan sama.

Segala pertanyaan dijawab dengan baik dan tepat. Permintaan tidak pernah dihampakan begitu saja.

Siapa sangka itulah antara kenangan tidak dapat dilupakan kerana empunya diri Ustazah Shadiya telah meninggal dunia bertemu PenciptaNya awal pagi tadi di rumahnya.

Ternyata kehilangan beliau sangat dirasai semua. Melalui laman Instagram Fedtri Yahya ada muat naik perkongsian tentang pemergian Ustazah Shadiya yang memang dikenalinya sebelum ini.

Menurut Fedtri berita yang begitu duka apabila perginya sebutir bintang dalam dunia dakwah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukum Cerai WhatsApp & Apa Yang Isteri Boleh Tuntut

Fedtri juga mengharapkan semoga ilmu yang ditinggalkan menjadi kebahagiaan yang tidak terhingga damainya di alam sana.

Dia yang masih tidak percaya dengan berita ini kerana menurut Fedtri arwah disifatkan sebagai seorang yang sangat baik dan berilmu.

“Al Fatihah. Berita yang begitu duka. Perginya sebutir bintang dalam dunia dakwah… Ustazah Shadiya Abbas telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

“Semoga legasi ilmu yang ditinggalkan menjadi kebahagiaan yang tak terhingga damainya untuk dia di alam sana.

“Masih tak percaya dengan berita ini Orang yang sangat baik dan berilmu. Tenanglah di sana kekanda @shadiyaabbas

Dalam posting selepas itu, Fedtri turut muat naik perkongsian kisah di mana sebelum itu Ustazah Shadiya ada terlibat dengan satu kemalangan yang menguji nyawa, iman dan kudratnya.

Dalam situasi itu, arwah yang lemah ketik itu masih tetap meminta agar auratnya terpelihara sekalipun tahu ketika itu saat darurat dan ada mudharat. Waktu itu Allah makbulkan doanya apabila auratnya sentiasa terpelihara.

“Imbasan peristiwa: Ketika kemalangan yang menguji nyawa, iman dan kudratnya… Ustazah Shadiya yang lemah tidak meminta apa-apa kecuali satu –

“Auratnya terpelihara, sekalipun dia tahu ada darurat dan ada mudarat. Allah makbulkan doanya…

“Kini dia telah pergi buat selamanya. Dugaan athma. Anak-anak masih kecil. Semoga segala ilmunya membuka mata hati dan marilah nanti kita bantu anak-anaknya setelah segala urusan penting selesai. ..

“Semoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi buat Ustaz @mkazman

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FEDTRI YAHYA & USTAZAH SHADIYA ABBAS

IKLAN