Siapalah yang mahukan sebuah perpisahan, lagi-lagi jika rumahtangga dibina sudah bertahun-tahun lamanya. Kalau boleh mahu perkahwinan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Namun jika sudah ditakdirkan Tuhan jodoh kita tidak berpanjangan, tiada apa boleh dilakukan.
Dan dalam dunia digital hari ini, ada juga yang berpisah hanya dengan menghantar lafaz cerai melalui pesanan ringkas atau WhatsApp. Jadi apakah hukumnya dan adakah lafaz cerai berkenaan sah.
Cerai melalui pesanan WhatsApp.
Bagi menjawan persoalan ini, Pendakwah, Ustazah Shadiya Abbas menjelaskan apa hukum menceraikan isteri hanya melalui sistem pesanan WhatsApp ini.
Menurut Ustazah Shadiya, bercerai melalui pesanan WhatsApp ini terdapat keraguan pada lafaz cerai berkenaan.
Ads
“Jadi lafaz ini tidak boleh diterima oleh isteri sebagai lafaz cerai yang sah melainkan lafaz ini didengarkan oleh pihak qadi yang berada di pejabat qadi di mana-mana pejabat agama Islam negeri.
“Lafaz berkenaan mesti disahkan oleh pihak qadi. Dan biasanya lafaz seperti ini selain didengari oleh pihak qadi, akan disahkan sama ada jatuh talak atau tidak.
“Sebab kadang-kadang boleh berlaku lafaz syubhah kerana boleh jadi lafaz berkenaan dibuat oleh lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedar.
Ads
“Atau kemungkina lafaz berkenaan bukan ditaip oleh lelaki berkenaan. Dan kena sahkan dan pengesahan lafaz cerai ini adalah melalui pihak mahkamah. Ini adalah jalan terbaik,” ujarnya.
Ustazah Shadiya Abbas
Tambah Ustazah Shadiya lagi, pihak mahkamah juga berhak menyatakan lafaz cerai melalui WhatsApp ini tidak sah berdasarkan kepada keraguan yang timbul.
“Dan dalam situasi ini, apa yang boleh si isteri tuntut adalah tuntut suami minta maaf kerana lafaz dibuat di luar mahkamah dan melalui pesanan WhatsApp sahaja.
Ads
“Sekiranya lafaz ini sah, suami dikenakan akan denda oleh pihak mahkamah kerana membuat lafaz di luar mahkamah.
“Dan sekirah sah lafaz ini oleh mahkamah pihak isteri pula boleh menuntut harta sepencarian selama bersama suami terhadap harta-harta yang dihimpunkan sepanjang perkahwinan berlaku. Juga boleh tuntut hadanah serta nafkah iddah sepanjang dalam iddah bercerai,” jelasnya lagi.
Foto Kredit: Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Banjir baru-baru ini menyebabkan banyak kerugian kepada mereka yang berdepan musibah ini. Begitu pun syukur juga kerana selepas bah banyak bantuan yang diberikan dan boleh dipohon untuk meringankan beban.
Namun timbul isu dalam permohonan bantuan banjir ini bila mana ada yang tetap memohon meskipun rumah tidak mengalami kerosakan sekadar dinaiki di bahagian luar saja. Dalam hal ini adakah haram untuk golongan ini menerimanya.
Persoalan diajukan oleh mangsa banjir kepada penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramah yang dikendalikan.
Dalam menjelaskan perihal ini ujar Ustaz Azhar apabila kerajaan memberikan sumbangan untuk mangsa banjir sebelum memohon, sebaiknya telitikan syaratnya.
“Jika syaratnya boleh mohon asal duduk dalam kawasan banjir, tidak kira berlaku kerosakan atau tidak maka bolehlah terima bantuan ini.
“Tapi kalau syaratnya, mangsa banjir mengalami kerugian maka yang mengalami kerugian saja boleh menerima. Kena hati-hati kerana bantuan itu telah dikhususkan untuk golongan tertentu,” jelasnya
Dalam pada itu kata Ustaz Azhar berhati-hatilah dalam mengambil bantuan supaya tidak mengambil yang haram bila mana yang tidak layak juga meminta-minta.
“Sekiranya kerosakan itu hanya sedikit saja, kalau boleh jangan minta. Biarlah bantuan diberikan kepada mereka yang mengalami kerugian atau kerosakan teruk.
“Malah kalau alami kerosakan banyak pun dan kita mampu, sebaiknya jangan minta. Kita selesaikan sendiri, takut-takut termasuk dalam golongan yang meminta bantuan hanya kerana untuk memperbanyakkan harta,”tegasnya.
Sesungguhnya orang sebegini menurut beliau seperti meminta bara api neraka jahanam pada hari kiamat nanti.
Diriwayatkan oleh Sahl Ibn Hanzaliyyah R.A yang menceritakan perbualan Nabi SAW bersama sahabatnya:
Maksudnya: “Barangsiapa yang meminta-meminta, padahal dia mempunyai sesuatu cukup untuk dirinya, maka bererti hanya memperbanyak bara api neraka Jahannam.” Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dikatakan cukup baginya?” Baginda menjawab: “Sesuatu yang mencukupi untuk makan siang dan malam.”
“Oleh itu berhati-hatilah dalam meminta bantuan,”pesannya.
Beruntungnya mereka yang memiliki hati yang luhur. Sanggup melakukan apa saja demi memberi kesenangan kepada orang lain. Bahkan rela dirinya serba kekurangan asal dapat membahagiakan orang lain.
Satu perkongsian dari Tik Tok @judedina mengenai keluhuran hati seorang pemuda yang memberikan selipar dipakaikan untuk keselesaan seorang warga emas yang berkaki ayam serta berlainan bangsa mengundang rasa hormat orang kepadanya.
Walau tidak dinyatakan siapa empunya diri yang memiliki hati yang luhur itu tapi dari video dikongsikan dapat dilihat, pemuda ini menepuk bahu seorang wargaa tua sebelum beredar dengan motornya.
Ketika berhenti di trafik light, jelas kelihatan hanya stoking tinggal di kakinya sementara seliparnya sudah diberikan pada warga emas tersebut.
Menurut tuan punya video, dirinya amat respeck dengan orang Melayu dan ramai menyokong selepas melihat adegan tersebut.
Kata mereka pemuda ini seharusnya di reward atas sikap baiknya itu. Bahkan kata mereka didikan dari ibu bapa menjadikan dirinya seorang anak yang baik.
Sebaik video ini tular dan hampir ditonton sejuta orang, ibu kepada pemuda ini memaklumkan itu adalah anaknya dan sejak dahulu sentiasa berbuat baik dalam hidupnya.
Ternyata kita semua adalah sama, inilah keluarga Malaysia yang saling bantu membantu tanpa mengira bangsa.
Dengan izinNya, pasangan yang berkahwin pasti gembira dikurniakan cahaya mata tak kira anak lelaki atau anak perempuan. Ia adalah amanah dan anugerah terindah yang tiada bandingnya.
Anak mampu memberi kebahagiaan, mendekatkan dan meningkatkan kasih sayang antara suami isteri, juga akan mendapatkkan jaminan rezeki dari Allah.
Namun ini tidak bermakna pasangan yang belum dikurniakan anak, tidak akan bahagia hidup bersama; rezeki belum tiba. InsyaAllah berusahalah bersungguh ke arah itu. Dikurniakan anak lelaki atau perempuan bukanlah satu persoalan pun, asalkan sahaja anak itu sihat dan bakal menjadi anak berakhlak tinggi.
Cuma seperkara harus diingat anak lelaki dan perempuan memiliki keistimewaan berbeza antara mereka. Khas untuk kupasan ini, kita ketahui apa keistimewaan dikurniakan anak-anak perempuan.
1. Melindungi Orang Tua Dari Neraka
“Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad).
Jika pasangan suami isteri diberi anugerah dengan anak perempuan dan mampu melalui ujian Allah dalam hal memelihara dan mendidik mereka pada jalan Allah, maka anak-anak solehah ini akan menjadi pelindung kedua orang tuanya dari api neraka.
2. Dekat Dengan Rasulullah
“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini (baginda menggabungkan jari jarinya)”. (HR Muslim).
Rasulullah juga memiliki anak perempuan yang amat disayangi dan solehah, iaitu Fatimah Az Zahra. Pada hari kiamat nanti, orang tua yang memiliki dua anak perempuan dan tulus menghadapi kerana Allah, akan mendapat syafaat pada hari kiamat.
3. Jalan Masuk Surga
“Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan dikubur hidup-hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak lelaki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”. (HR Abu Daud).
Allah menjamin syurga bagi orang tua yang memiliki anak perempuan dan memperlakukan anak tersebut dengan baik serta tidak membezakan kasih sayangnya dengan anak lelaki.
4. Lebih Dekat Secara Hati Nurani
Mereka memiliki hati yang lebih lembut, lebih dekat dengan orang tua terutama ibu kerana karakter perempuan yang hampir sama. Orang tua wajib menjaga dan melindungi mereka dari jalan atau pergaulan yang salah.
Harus dibiasakan dengan ilmu agama sejak kecil, sehingga ketika dewasa dia akan faham tentang ilmu agama dan memiliki keakraban yang lebih dengan orang tuanya kerana dididik nuraninya untuk menjadi anak yang berbakti.
5. Pelindung Di Hari Kiamat
“Siapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat”. (HR Ibnu Majah).
Jika kita dianugerahkan tiga anak perempuan dan bersabar dalam mengurusnya, bekerja keras mendidiknya menjadi anak solehah, kelak kita akan dilindungi ketika hari kiamat sebab kebaikan kita pada ketiga-tiganya.
6. Cermin Kelembutan Hati
Anak perempuan memiliki hati yang lembut. Umumya mereka terbiasa bermain segala sesuatu yang berhubungan dengan keindahan, seperti anak patung yang cantik atau bermain pondok-pondok.
Hal tersebut cerminan kelembutan hati yang telah Allah tanamkan sejak kecil sebagai ciri khas. Kita harus tahu membentuk mereka menjadi orang yang berhati dan bersikap lembut terhadap orang tua dan sesama manusia.
7. Mudah Dalam Membantu Orang Tua
Anak-anak ini seringkali lebih selesa bermain di rumah daripada di luar. Ini menjadi sisi positif jika kedua orang tua dapat mendidiknya dengan mudah. Orang tua dapat mula melatih kebiasaan tentang kewajiban perempuan sejak kecil, seperti membersihkan rumah dan memasak.
Dengan demikian ibu ayah merasa sangat bertuah ketika anak-anak tersebut sudah mampu membantu. Selain termasuk didikan agar anak berbakti, kebiasaan baik tersebut nantinya akan sangat bermanfaat untuknya ketika dia dewasa, menjadi lebih berdikari dalam hal apapun.
8. Berita Gembira Dari Allah
“Apabila mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah wajahnya dan dia sangat marah… ketahuilah betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu”. (QS An Nahl : 58-59).
Anak perempuan adalah sebuah berita gembira dari Allah. Bagi orang yang menolaknya hal tersebut mereka dipandang buruk oleh Allah sebab Allah amat memuliakan perempuan dengan berbagai syariatNya seperti wajib menutup aurat agar tidak digoda oleh lelaki.
9. Cerminan Ibu
Mereka merupakan cerminan ibunya, jika seorang ibu mampu beri didikan agama dan menghindarkannya daripada pengaruh buruk persekitaran, maka anak tersebut juga akan menjadi wanita yang solehah seperti ibunya. Sebab itu sebagai orang tua, kita harus memberi contoh yang baik terlebih dahulu baru mengajarkan pada anaknya.
10. Kebanggaan Orang Tua
Pada masa sekarang, ramai perempuan memiliki peluang sama dengan lelaki dalam pelbagai hal; pendidikan mahupun pekerjaan. Orang tua yang memiliki anak perempuan dan mampu membesarkan hingga memiliki akhlak mulia, tentu akan merasa bangga sebab mampu menjadian anaknya tersebut sukses dan memiliki kemampuan yang sama dengan anak lelaki.
11. Peluang Untuk Berbuat Baik
“Tidaklah seorang muslim yang memiliki dua anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke syurga”. (Shahih Al Adabil Mufrad).
Kelebihan memiliki anak perempuan merupakan kesempatan atau ladang pahala yang besar dalam Islam. Orang tua yang berjaya menjaga dan mendidik sebaik mungkin sesuai kemampuannya, akan menjadikannya peluang untuk berbuat baik, peroleh pahala dan peluang yang dilorongkan untuk orang tua ke syurga.
12. Meningkatkan Kasih Sayang
“Aku pun melihat Abu Bakar mencium pipi puterinya sambil berkata, bagaimana keadaanmu puteriku?”. (HR Bukhari).
Anak perempuan yang memiliki sifat lebih lembut dan cenderung lebih manja, umumnya lebih disayangi oleh orang tua; lebih diawasi ketika bergaul dan berteman. Hal tersebut merupakan bentuk kasih sayang.
Memiliki anak-anak ini dapat menjadi lubuk meningkatkan kasih sayang, sehingga akan meningkatkan kasih sayang dan rahmat Allah pula bagi orang tuanya.
13. Dimuliakan Allah
Jelas dari berbagai ayat Al Qur’an dan hadis bahawa wanita selalu dimuliakan dan dilindungi, hal tersebut berlaku sejak kecil, selama masa dewasa, juga setelah anak perempuan tersebut berkeluarga.
14. Darjat Yang Sama
Mereka memiliki kedudukan sama dengan anak lelaki. Mereka tidak berbeza dalam hal kepandaian dalam pendidikan mahupun dalam pekerjaan paling utama tidak memiliki perbezaan di sisi Allah, semua memiliki kesempatan yang sama untuk beribadah dan mendapat jalan berbuat baik yang sama juga.
15. Lebih Cerdas Dalam Ilmu Dan Menerima Nasihat
Mereka cenderung menurut dan memudahkan orang tua dalam memberi ilmu dan memberi nasihat. Memang tidak semuanya baik dan penurut, hal itu bergantung daripada cara orang tuanya mendidik sejak kecil dan bagaimana cara orang tuanya menanamkan kesedaran nurani Islami di hati anaknya.
Anak-anak yang solehah, akan tetap mengingat nasihat orang tuanya untuk menjaga diri dan melakukan yang terbaik dalam setiap urusannya, hal itu dapat terjadi jika orang tua berhasil menanamkan rasa bakti sejak kecil.
Jangan lupa bersyukur, mengajarkan kebaikan dan memberi yang terbaik untuk anak kita.