
Tidak dinafikan jika seseorang itu mengalami masalah berat badan berlebihan akan menyebabkan sukar untuk melakukan ibadah seperti bersolat juga aktiviti lasak yang lain. Agak sukar seseorang itu untuk mengurangkan berat badan jika gagal untuk mengawal hawa nafsu makan.
Namun perkongsian di laman sosial Facebook Sea Tie Mukhatar memberi cadangan menu tengah hari yang sesuai diambil untuk membolehkan penurunan berat badan yang ideal.
Jika diamalkan secara konsisten setiap hari, tidak mustahil berat akan turut antara 10 kg – 20 kg dan mendapat tubuh seperti kerengga. Jadi tidak ada alasan untuk malas melakukan ibadah terutamanya bersolat.
ini cadangan menu eat clean untuk sebulan. Menggunakan aturan diet suku-suku separuh dalam satu-satu pengambilan hidangan.
Contoh portion menu eat clean untuk sebulan. Boleh loss 10kg hingga 20kg sebulan kalau follow betul2 tauuu
Detox #TURBOCUT wajib konsisten setiap hari
Welcome body kerengga!
“Siapa Betulkan Solat, Allah Betulkan Hidup Dia” – Antara 21 Pesanan Bermakna Ustaz Ebit Lew Ketika IG Live Bersama Neelofa

Usahawan serta pengacara Neelofa antara selebriti yang rajin membuat IG Live sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Antara barisan tetamu jemputan yang diajak adalah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Pendakwah Bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Rani dan terbaru Ustaz Ebit Lew.
Dalam perkongsian dengan Ustaz Eit Lew, Pendakwah Bebas ini sempat memberi beberapa pesanan yang sangat berguna untuk kita amalkan bersama.
Antaranya beliau berpesan, walaupun kita miskin, tetapi bila ada agama, kita akan rasa bahagia. Beliau juga turut mengingatkan perihal solat, bukan sebab kita baik tetapi kita adalah hamba Allah.
Ustaz Ebit Lew juga memberi pesanan bahawa kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah tetapi kita lupa apa yang Allah mahukan dari kita sebagai hambaNya.
Dalam pada itu pesanan lain, beliau turut memberitahu tidak mengapa jika orang hina atau aibkan kita, kerana kita hidup bukan untuk penghormatan manusia tetapi untuk Allah sayang pada kita.
Pendakwah kesayangan ramai ini juga turut memberitahu untuk Allah bantu kita, kita perlu mendapat doa dari mereka yang makbul doanya, iaitu mak ayah, isteri, doa orang baik-baik dan juga doa dari teman-teman di laman sosial.
Beliau turut menekankan pesanan bahawa biar orang nak kata apa yang penting kita hidup kerana Allah sayang.Kita juga perlu ingat, dalam hidup ini Allah sentiasa sayang kita.
Bila Allah sayang, dia beri kita kebaikan dan hati yang tenang. Dan kena ingat juga tiada benda yang kebetulan, semuanya sudah Allah aturkan dan pertemukan.
Paling terkesan pesanannya ialah menurut beliau wanta itu amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Malah Allah jadikan mereka untuk saling melengkapi dan pasti tiada apa yang silap.
Beliau juga mengingatkan bila kita cinta kerana Allah, untuk Allah sayang dan akan kekal. Tetapi jika cinta selain daripada itu belum ada jaminan apa-apa.
Beliau turut menyarankan agar kita mengasihani keluarga kita kerana Allah untuk reda Allah. Dan orang yang paling disayangi ramai orang boleh dibenci sekelip mata.
KASHOORGA: Ingatlah 21 pesanan yang sangat berguna untuk kita jadikan panduan. Apa pun sentiasalah menjaga solat, jaga hubungan dengan Allah dan kita hidup untuk Allah sayang.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA & USTAZ EBIT LEW
“Pilu Rasa Hati Lihat Makanan Dibawa Bertaburan” – Pekerja Foodpanda Ini Maut Dirempuh Saat Cari Rezeki Halal

Islam menggalakkan umatnya supaya mencari rezeki rezeki yang halal di atas muka bumi Allah yang luas ini untuk mendapat keberkatanNya. Malah sesesorang itu sanggup bersusah payah bekerja untuk mencari rezeki yang halal.
Ada kalanya mereka ini sanggup tidak mengetepikan keselamatan diri asalkan kerja yang dibuat dapat memberi rezeki yang halal buat menyara keluarga.
Hari ini viral di kalangan laman sosial Facebook melalui Negeri Sembilan Kini di mana kisah seorang syarikat penghantar makanan popular, Foodpanda, Muhammad Fadhil Abdullah yang meninggal dunia akibat kemalangan dilrempuh dari belakang ketika sedang dalam proses menghantar makanan kepada pelanggan.

Lebih menyedihkan dan memilukan warga net, makanan yang mahu dihantar dilihat bertaburan bersama arwah.
Ternyata perkongsian seorang teman sekelasnya mengenai keperibadian arwah membuatkan kita sebak. Betapa arwah seorang yang baik dan pendiam dalam kelas.
Alfatihah untuk classmate saya . Muhd fadhil asbullah . Dia ni memang baik . Pendiam dalam kelas . Excident petang tadi dekat sek19/20 . Bawa foodpanda kena rempuh dari belakang ..
Info lanjut ..
انا لله وان اليه راجعون
Kemalangan maut melibatkan penunggang motor food panda di ss 20 S Alam. Memang ajal maut di tgn Allah ttp sememangnya aku sangat tak sampai hati tgk rider2 food panda/ pizza dll. Sbbtu..bila order je..mesti aku lebihkan duit utk mrk. Nampak berserinya muka adik2 tu wpun hanya rm3/5 lebihan. Tak kesahlah mrk Muslim atau tidak. Rasa kemanusiaan itu melangkaui perbezaan agama, bangsa dan budaya.
Sedar tak? Kita tak tahu doa siapa yg boleh tembus ke arasyh Allah. Mungkin hanya dgn rm2 yg penuh rasa keikhlasan itu..ditambah dgn bunga2 keseronokan si penerima td menerima tips…ia dpt “menyentuh rahim” Allah. RM2 mungkin tk bernilai pd kita ttp amat bernilai buat mrk.
Budak2 rider ni ada juga di kalangan yg ada degree. Begitu susahnya utk hidup sekarang. Syabas kpd adik2 ini yg berusaha gigih utk dapatkan rezki yg halal. Sudah tentu ada di kalangan mrk yg bantu ibu bapa/ adik2 bersekolah/ utk memastikan anak bini dpt makan. Betapa pilu pula andai pintu rumah dibuka riang menunggu papanya pulang ttp polis yg datang memaklumkan satu kehilangan yg tak mungkin pulang.

Ya…maybe ada segelintir mrk yg tak berapa jaga keselamatan..bawa laju dsbnya, ttp..kita pemandu yg lain…sama2lah berhati2. Kasihani dan hormatlah mrk wpun kita di dlm kereta besar yg tak kena panas dan hujan.
Buat adik2 rider yg membantu kami mengenyangkan perut yg lapar… berhati2lah sentiasa ye. Alangkah pilu rasa hati seandai melihat makanan yg bertaburan bersama arwah. Semoga arwah sentiasa dlm rahmat Allah di hari penuh barokah ini. Melihat mereka…sentiasa teringat anak2ku jua yg semakin meningkat umur mereka.
Sebaik status ini di muat naik laman Facebook Negeri Sembilan Kini rata-rata meninggalkan komen menyentuh hati. Ramai mendoakan semoga arwah ditempat dalam kalangan orang beriman apatah lagi meninggal dunia pada hari Jumaat nak barokah.
Yatt Hamzah Beri Kesedaran Kongsi Video Jenazah Mangsa COVID-19 Hanya Ditayammum & Tidak Dimandikan. Subhanallah!

Seperti yang kita maklum, jenazah bagi pesakit yang meninggal dunia tidak dimandikan, sebaliknya hanya ditayammum di atas beg plastik sahaja sebelum dikebumikan.
Memang itu adalah prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan. Malah sanak saudara juga tidak dibenarkan mendekati jenazah hinggalah selepas selesai pengebumian mangsa.
ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Mangsa COVID-19 Hanya Ditayammum Atas Beg
Dalam satu perkongsian di laman Instagram Yatt Hamzah, beliau muat naik dengan stu video cara bagaimana jenazah mangsa COVID-19 disempurnakan.
Menurutnya memang sangat sedih apabila di saat terakhir, tidak ada seorang pun ahli keluarga boleh melihat dan beri penghormatan terakhir. Malah tidak boleh juga diadakan majlis tahlil dalam tempoh Perintak Kawalan Pergerakan ini.
Apa yang boleh dilakukan oleh waris adalah membaca Yasin dan ayat-ayat suci Al-Quran di rumah.
Jadi dia meminta kita mengambil ikhtibar dengan video berkenaan dengan bersama-sama putuskan rantaian jangkitan wabak ini dengan mengikut saranan kerajaan melaksanakan PKP ini.
Jenazah mangsa Covid 19 yg ditayamum krn tdk dapat dimandikan.
Allahu akhbar .
Ya Allah…Sedihnya bila saat terakhir kita, seorang ahli keluarga pun tak boleh tengok dan beri penghormatan terakhir.. Tak boleh juga majlis tahlil dalam tempoh begini. Hanya bacaan Yasin dan ayat2 Suci Al Quran lain di rumah 😭
.
PLEASE MALAYSIA Kita bersama putuskan RANTAIAN JANGKITAN COVID-19 ini.. Kita boleh In shaa Allah..
.
#yattmengayat#darihatiseoragllngmujahidah#fromtheheartofamujahidah#bondaYHshareú #bondaYattshare
#PlsStayAtHome
Ternyata perkongsian ini mendapat respon daripada warganet. Rata-rata bersedih dengan situasi berkenaan dan mengharapkan wabak ini akan berakhir serta keadaan menjadi seperti sediakala.